Trivia Menarik Dan Review Ringkas Filem Aquaman

Trivia Menarik Dan Review Ringkas Filem Aquaman



Trivia Menarik Dan Review Ringkas Filem Aquaman | Pada 13 Disember 2018, filem Aquaman secara rasmi ditayangkan di seluruh panggung wayang di seluruh Malaysia. Filem Aquaman merupakan filem ke-6 daripada DC Extended Universe yang juga merupakan salah satu ahli daripada kumpulan Justic League. Filem yang berdurasi 2 jam 30 minit lebih ini menampilkan adegan dan aksi yang menarik. Jadi jangan lupa saksikan filem ini panggung wayang terdekat anda.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Disember 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 23 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe
Pengarah: James Wan


Trivia Menarik Dan Review Ringkas Filem Aquaman

Sinopsis Ringkas


Arthur Curry mendapat tahu yang dia adalah pewaris kepada kerajaan di bawah lautan, Atlantis. Dengan pengetahuan baru itu, dia bukan sahaja perlu mengetuai orangnya sahaja tetapi turut menjadi wira kepada dunia. Disamping itu, bagi mengelakkan daripada berlaku peperangan antara tentera lautan dan daratan, arthur mesti menghentikannya. 

Review Ringkas


Akhirnya pada minggu ke-3 selepas tayangan rasmi Aquaman aku berpeluang untuk tonton di pawagam. Pada mulanya, aku jangkakan filem Aquaman ini akan jadi seperti filem DC sebelum ini iaitu Justice League iaitu bagi aku agak sedikit mengecewakan daripada pelbagai sudut tetapi tidak la teruk. Tetapi jangkaanku meleset, ternyata filem Aquaman berada di kelasnya tersendiri yang aku rasa antara filem DC Extended Universe yang terbaik bagi aku selepas Wonder Women. Latar masa filem ini adalah selepas filem Justice League tetapi jika anda tak ikuti filem JL pun tiada masalah sebab tiada kesinambungan pun, hanya sekadar 1 line dialog sahaja. Dari segi jalan cerita, aku rasa ianya seperti filem-filem lain juga yang juga kita boleh jangka apa yang berlaku, tetapi aku suka kepada perkembangan jalan ceritanya yang begitu menarik. Untuk aksi, sangat menarik untuk ditonton ditambah dengan cinematographic yang awesome lagi-lagi bila di dalam lautan. CGI juga tidaklah keterlalulan kartonnya dan bagi aku agak baik dan cantik. Pelakon juga sangat awesome dan membawa watak dengan baik sekali terutamnya watak utama Jason Mamoa, badass beb! Jadi anda patut tengok Aquaman di pawagam dan jangan sampai lemas di dalam lautan sudah. hahaha

Trivia Menarik

  1. Ini merupakan filem ke-6 daripada DCEU
  2. Nicole Kidman terus menerima tawaran memegang watak ibu kepada Arthur iaitu Atlanna selepas pengarah memberi tahunya, beliau akan memakai pakaian 'Mother-of-Pearl' dan menjadi Pahlawan Duyung
  3. Semasa pertemuan Arthur dengan Vulko, anak patung Annabelle dari filem-filem seram pengarah filem "Conjuring" James Wan dapat dilihat di atas lantai.
  4. Jason Momoa mengakui suka bermain-main dan mengusik dengan semua rakannya semasa penggambaran kecuali Nicole Kidman.
  5. James Wan mendedahkan dia mempunyai pilihan filem apa yang dia mahu mengarahkan antara The Flash dan Aquaman, tetapi memilih Aquaman kerana watak itu 'underdog'
  6. Pakaian Aquaman sepatutnya diperkenalkan pada tahun 2016. Sebaliknya, Zack Snyder mengeluarkan gambar Momoa memakai pakaian Aquaman pada Februari 2015 
  7. Filem Aquaman merupakan filem ke-3 bukan seram yang diarahkan oleh James Wan dan juga filem superhero pertama bagi beliau
  8. Filem ini siap dilakonkan pada 20 October 2017


IMDB Rating : 7.6 / 10
Aiman Rating : 8 / 10

sumber: IMDB, cineman.com.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post