Google Plus Akan Ditutup Sepenuhnya Pada April 2019


Google+ atau ditulis Google Plus merupakan antara sosial media di bawah syarikah Google. Ia pada asasnya sama juga seperti platfom media sosial yang lain seperti facebook. Boleh berkongsi ucapan, gambar, video dan macam-macam lagi. 

Sejarahnya, Google+ dilancarkan secara rasmi pada Jun 2011 kira-kira hampir 8 tahun yang lalu. Google membangunkan platfom ini bagi bersaing secara sihat dengan platfom sosial media yang lain yang lebih gah ketika itu hatta sehingga kini iaitu Facebook dan Twitter.

Google Plus Akan Ditutup Sepenuhnya Pada April 2019 Ini.

Hampir selepas 8 tahun beroperasi di seluruh dunia, Google mengumumkan pada 2 April 2019 ini, Google+ akan dipadam sepenuhnya daripada dunia Internet. Maka selepas itu, tiada lagi Google+ atau +1 yang muncul di mana-mana ruangan internet anda.

Para pengguna Google+ mungkin sedia maklumt tentant ini pada awal Februari lagi seperti saya, di mana pihak Google menghantar email bertajuk 'Your personal Google+ account is going away on April 2, 2019'

Penutupan ini dibuat disebabkan oleh penggunaan yang rendah daripada rakyat Internet sekali gus menyukarkan dalam mengekalkan produk ini bagi memenuhi jangkaan pengguna. Pihak Google juga berterima kasih kepada semua pengguna Google+ dan telah memberi arahan lanjut dengan memuat turun semua foto-foto kenangan yang terkandung di dalam Google+ serta maklumat-maklumat penting.

Google Plus Akan Ditutup Sepenuhnya Pada April 2019 Ini.


Google Plus Akan Ditutup Sepenuhnya Pada April 2019 Ini.


Google Plus Akan Ditutup Sepenuhnya Pada April 2019 Ini.
Pada 2 April kelak, akaun Google+ anda dan mana-mana Google+ Page yang anda buat akan ditutup dan akan mula memadam kandungan dari akaun Google+ pengguna. Foto dan video dari Google+ dalam Arkib Album anda dan Google+ Page anda juga akan dipadamkan. Anda boleh memuat turun dan menyimpan kandungan anda, pastikan anda berbuat demikian sebelum April. 

Proses memadam kandungan dari akaun Google+ pengguna, Google+ Page, dan Arkib Album akan mengambil masa beberapa bulan, dan beberapa kandungan mungkin masih tersedia. Sebagai contoh, pengguna masih boleh melihat bahagian akaun Google+ mereka melalui log aktiviti dan beberapa kandungan Google+ pengguna mungkin kekal kelihatan kepada pengguna G Suite sehingga pengguna Google+ dihapuskan.

Jadi kepada rakan-rakan blogger yang rajin berkongsi artikel di Google+ sama seperti aku, korang boleh lah tengok semula akaun korang mungkin ada data yang penting untuk disimpan secara peribadi. Selamat Tinggal Google+


5/Post a Comment/Comments

  1. saya selalu share post di Google Communities..April nanti tak boleh dah..

    ReplyDelete
  2. setiap yg bermula pasti akan berakhir...

    ReplyDelete
  3. usih...mujur baca sini..kalau tak mesti saya pun tak tau..tq share..nak kena kemas out kan photo ..saya banyak store photo situ..alahai..

    ada store lain tak recomended?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau photo sekarang ni saya guna google photo (unlimited storage). letak la berapa banyak pun. dia senang sebab ada apps. boleh upload guna fon terus

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post