Orang Bujang Dapat RM100 Untuk BSH



Jika anda pergi di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekarang, sudah pastinya anda temui ramai orang di sana. Ini kerana tarikh permohonan dan kemaskini bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) telah dibuka iaitu bermula 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

Orang Bujang Dapat RM100 Untuk BSH

Bagi bayaran Fasa 1 telah pun dibuat iaitu pada 28 Januari 2019 yang lepas. Kemudian bagi Fasa 2 dan 3 adalah pada Mei 2019 dan Ogos 2019. Tarikh akan diumumkan kemudian. Berbeza untuk kali ini berbanding bantuan kali ini.

Jika sebelum ini, Menteri Kewangan memberi tahu syarat kelayak untuk memohon BSH salah satunya mestilah sudah mempunyai pasangan ataupun sudah berkahwin. Tetapi semalam beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi di sosial media rasmi Kementerian Kewangan di mana Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang

Demi menepati hasrat Kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta. Kata Menteri di kenyataan rasmi tersebut.

Jadi kemungkinan individu yang pernah menerima BR1M sebelum ini, data tersebut akan digunakan untuk menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 ini. Berhubungan dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari laman web rasmi di bsh.hasil.gov.my boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my


2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post