Pelajar IPT Pun Dapat Bantuan RM100




Pelajar IPT Pun Dapat RM100

Jika sebelum ini pihak Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan Bantuan Sara Hidup  (BSH) RM100 bagi golongan bujang, jadi sekali lagi pihak MOF mengumumkan bantuan bagi lagi satu golongan iaitu Pelajar Pendidikan Tinggi (IPT)

Melalui cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi bagi meneruskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Pihak MOF telah bersetuju meluluskan kadar bantuan sebanyak RM100 untuk setiap penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi

BPPT ini sama seperti BSH bagi golongan bujang di mana akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 tetapi makanisme yang mungkin berbeza. Ini kerana sebelum ini pelajar menerima bantuan melalui kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucer buku yang terdahulu.

Perincian pelaksanaa BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kelak. Bersyukurlah kan daripada takda.


2/Post a Comment/Comments

  1. Macam mana nak mohon bagi pelajar yang baru sebelum ni tiada kad debit Bank Rakyat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya belajar dulu, pada awalnya kami dapat voucer sahaja. update melalui universiti kalau tak silap. Selepas ditukar ke kad debit. Secara automatik nama setiap pelajar yang dapat voucer akan dapat kad debit bank rakyat. Kalau untuk yang baru, saya tak pasti formatnya macam mana. mungkin akan diumumkan masa terdekat nanti.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post