Trivia Filem MCU Terbaru: Captain Marvel




Trivia Filem MCU Terbaru: Captain Marvel


Kali terakhir filem MCU ditayangkan di pawagam adalah filem Venom pada Oktober 2018 yang lepas. Jadi selepas hampir 5 bulan filem seterusnya keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) akan temui peminatnya di layar perak dengan judul Captain Marvel. Filem dijadualkan akan ditayangkan pada 6 Mac 2019 di seluruh pawagam di seluruh Malaysia. Dengarnya sekarang dah boleh mula beli tiket. Rata-ratanya sudah pasti teruju sebab mungkin post-credit Captain Marvel akan menunjukkan klip video Avangers: Endgame. Apa-apapun tunggu nanti ok


Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 134 minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace, Lashana Lynch
Pengarah: Anna Boden, Ryan Fleck

Trivia Filem MCU Terbaru: Captain Marvel


Sinopsis Ringkas

Mejer Carol Danvers adalah juruterbang United States Air Force. Apabila DNAnya secara tidak sengaja tercampur dengan genetik makhluk asing, ia membuatkannya mendapat kuasa luar biasa. Dapatkah Captain Marvel menyelamatkan dunia? Jom tonton sendiri di pawagam berhampiran

Trivia Menarik

  1. Filem ini tidak mengikut sepenuhnya jalan cerita asal. Ini kerana telah disahkan bahawa heroin akan mempunyai kuasa seawal ketika filem bermula. (Spoiler!)
  2. Producer, Kevin Feige mengumumkan bahawa filem ini berlaku sebelum peristiwa Iron Man (2008), dan menampilkan Skrulls sebagai penjahat utama
  3. Filem ini berlatar belakangkan tahun 1990-an, dan menjadi kisah prequel untuk watak Marvel Cinematic Universe yang ditubuhkan Nick Fury, Phil Coulson, Korath the Pursuer, dan Ronan the Accuser.
  4. Stan Lee dilaporkan akan membuat penampilan cameo, yang sempat dilakonkan sebelum kematiannya pada 2018 yang lepas
  5. Ini akan menjadi filem ke dua puluh satu (21) yang dikeluarkan oleh Marvel Studios untuk Marvel Cinematic Universe
  6. Untuk mempersiapkan peranannya sebagai Captain Marvel, Brie Larson (pelakon utama) dilatih selama sembilan bulan dengan belajar judo, tinju, dan gusti. Beliau juga melawat Pangkalan Tentera Udara Nellis dan bertemu dengan orang-orang penting di sana, termasuk Brigadier Jeneral Jeannie Leavitt dan juruterbang Thunderbird Major Stephen Del Bagno
  7. Filem pertama yang diterajui oleh wanita di Marvel Cinematic Universe. Jika sebelum ini pada filem Ant-Man dan Wasp (2018),  diketuai oleh seorang lelaki superhero tetapi digandingkan dengan wanita.
  8. Filem ini dijadualkan akan dikeluarkan pada 8 Mac, 2019, di USA bersamaa dengan Hari Wanita Antarabangsa. Di Malaysia pada 6 Mac 2019
  9. Trailer pertama yang dikeluarkan untuk filem ini menerima lebih daripada seratus sembilan juta views dalam hanya dua puluh empat jam, menjadikannya antara trailer yang paling banyak ditonton.
  10. Filem MCU pertama yang akan dikeluarkan selepas kematian Stan Lee.
  11. Katanya pelakon Malaysia Raja Ilya ada berlakon dalam filem ini. Tak tahu la jadi ke tidak. Nantikan 6 Mac 2019 ni nanti


sumber: IMDB, cinema.com.my


2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post