Monday, 25 March 2019

,

Aktiviti Menarik Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang Pahang


Sekarang sudah masuk cuti penggal bagi sesi persekolahan 2019. Jadi pelajar atau murid sekolah sedang bercuti selama 1 minggu sehingga 30/31 Mac 2019. Jadi kesempatan ini seharusnya diambil oleh murid untuk membuat perkara yang berfaedah bagi mengisi ruang kosong ketika berada di rumah. Dengan itu juga, ibu bap ajika diberi masa luangkanlah bersama anak-anak mereka selama yang mungkin.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan salah satunya adalah melawat Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Kenapa aku bagi cadangan sedemikian? Sebab aku baru je melawat tempat tersebut pada hujung minggu lepas (masih belum cuti sekolah).

Setibanya anda di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (KPGK) Kuala Gandah anda mestilah melalui proses pendaftara terlebih dahulu. Jika anda datang kumpulan yang ramai, anda boleh hantar wakil sahaja untuk melalui proses ini. Ianya tidak mengambil masa yang lama kalua orang tak ramai. Jadi di sini anda akan diberi stiker pendaftaran yang memberi tahu anda telah mendaftar dan boleh masuk secara sah. Pusat ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk, tetapi anda boleh membuat sedikit sumbangan bagi menampung perbelanjaan pemulih dan pemeliharaan gajah-gajah di sini.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang
Tidak dibenarkan mempermainkan perasaan anak-anak gajah

Selepas itu, anda akan disediakan dengan sebuah tayangan video untuk 10-20 minit di pusat pendaftaran tersebut. Pada hari tersebut, aku tak berkesempatan untuk menonton tayangan tersebut, sebab dewan tayangan sudah penuh. Diluar bilik tayangan tersebut disediakan informasi berkaitan dengan tepat KPGK dan juga gajah yang wujud di dunia ini.

Selepas tayangan selesai, barulah kami beramai-ramai akan masuk ke bahagian utama di mana terletaknya gajah-gajah tersebut. Jika anda masuk di tempat tersebut anda akan jumpa kendang berbumbung yang ditempatkan gajah-gajah tersebut. Jadi disini anda diberi peluang untuk memberi makan gajah tersebut dengan tebu. Ianya dijual seikat dengan harga RM3. Nak tangkap gambar semua pun boleh. Untuk amaran katanya, jangan acah-acah untuk memberi makanan kepada gajah, takut ganggu emosi kot.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang


Di sini juga terdapat 1 kawasan yang lebih besar di mana menjadi pusat latihan gajah-gajah tersebut. Di sinilah nanti akan diadakah sedikit pertunjukkan oleh binantang yang bijak ini bersama mahut atau penjaga gajah tersebut.

Selepas selesai memberi makan, mahut akan membawa gajah-gajah ini ke sungai berdekatan untuk aktiviti ke-3 (selepas menonton tayangan, memberi makan) iaitu sesi memandikan gajah. Sungainya tidak jauh daripada pusat utama gajah tersebut. Di sini anda akan melihat bagaimana mahut memandikan gajah yang besar itu. Pelbagai ragam yang akan anda lihat semasa sesi ini. Gajah memang sukakan air. Sesi ini lebih kurang 15-20 minit. Di sini juga anda dibenarkan untuk mengambil video atau gambar tetapi tidak dibenarkan masuk atau turun ke sungai tanpa kebenaran. Jangan risau, tempat menonton ada disediakan.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Sejurus selepas itu, gajah semua akan dibawa naik dan kembali ke tempat pusat latihan untuk aktivit ke-4 atau terakhir. Jadi di sinilah anda akan dipertontonkan bagaimana binatang yang besar ini sebenarnya bijak. Tetapi anda kena tahu, ini bukan sarkis yang menzalimi binatang. Ianya sekadar hiburan ringan yang diajar oleh mahut untuk mengembirakan penonton yang datang. Di sinilah anda akan dapat lihat, gajah menari, gajah pura-pura tidur, bagaimana gajah mengangkat mahut menggunakan kakinya, belalainya dan bermacam-macam lagi. Cukup menghiburkan.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang



Jadi itulah serba sedikit aktiviti yang anda boleh saksikan dengan lebih dekat bagaimana gajah-gajah ini dipelihara dengan baik disini. Anda disarankan membawa payung terutamanya musim-musim panas ini.


Di sini sediakan tempat parkir yang besar, jadi anda tidak perlu risau untuk singgah disini. Selain itu, pusat kafeteria juga disediakan jika anda mahu makan disini. Nak ala-ala camping pun boleh, tetapi pastikan bersihkan semula ditempat anda makan tersebut.

Bagi aku tempatnya sangat menarik jika datang beramai-ramai bersama keluarga. Lagi-lagi jika anda minat terhadap haiwan seperti gajah ini yang rata-ratanya sukar untuk kita dapat lihat dengan lebih dekat. Jadi bawa lah keluarga anda datang di Kuala Gandah ini untuk menyaksikan gajah dengan lebih dekat.



Maklumat Berkaitan Di KPGK

Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang?

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

Penginapan

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.

Perkhidmatan Pemandu Pelancong

Pelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).

Jadual Aktiviti Pelawat

10 pagi - Proses pendaftaran bermula

10.30 - 12.30 tengah hari - Memerhati anak-anak gajah (saksikan gelagat gajah sambil memberi makan)

1.00 & 1.30 tengah hari - Menonton tayangan video

2.00 - 2.15 petang - Lintasan gajah bersama mahut (anda berpeluang untuk menangkap gambar dengan lebih dekat)

2.14 - 3.00 petang - Penerangan konservasi dan pertunjukkan bermaklumat dari mahut dan gajah (aksi bijaksana daripada gajah)

3.00 - 3.15 petang - Lintasan gajah bersama mahut (anda berpeluang untuk menangkap gambar dengan lebih dekat)

3.00 - 4.30 petang - Memandikan gajah

4.30 petang - Pendaftaran ditutup

Waktu Lawatan

(Dibuka setiap hari)
Isnin - Ahad: 8.00 pagi - 1.00 petang & 2.30 petang – 4.30 petang
Jumaat:          8.00 pagi - 12.30 tengahari & 2.30 petang – 4.30 petang



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 017-931 9650  Kaunter: 013-908 8207
Laman Web : http://www.wildlife.gov.my

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang
Artifak yang dipertontonkan di PKGK

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang


Share:

6 comments:

  1. Selalu dengar tentang tempat ni tapi belum ada kesempatan ke sana lagi.

    ReplyDelete
  2. Semoga tempat ini terus terjaga pada masa akan datang

    ReplyDelete
  3. best.. pernah sekali ke sini.. lama dah tak pergi sini..

    ReplyDelete
  4. kena pi melawat ni. dpt tengok gajah secara live!

    ReplyDelete
  5. menariknya semua aktiviti di sini

    ReplyDelete