Grab Kini Sudah Beroperasi Di Temerloh



Selepas e-hailing yang pertama jejak di Temerloh iaitu My Car yang telah beroperasi sejak Januari yang lalu, kini satu lagi syarikat e-hailing yang popular di banda-bandar besar akan bertapak di daerah Temerloh iaitu syarikat Grab.

Grab Kini Sudah Beroperasi Di Temerloh

Pada akhir Februari yang lepas, secara rasminya Grab telah bertapak secara rasmi di Temerloh. Telah banyak promoter yang telah mengiklankan mencari pemandu-pemandu yang ingin mencari pendapatan tambahan bagi menyertai Grab sebagai pemandu.

Perkhidmatan ini anda boleh tempah melalui aplikasi di smartphone anda di mana anda berada. Anda hanya perlu tunggu pemandu anda terima tempahan anda dan tunggu sahaja mereka sampai betul-betul di destinasi anda berada.

Kepada rakyat Temerloh sekalian, jika aokme mahu ke HOShas, Temerloh Mall, Starmall atau di mana-mana sahaja sekitar daerah Temerloh, selain teksi, bas, atau perkhidmatan My Car aokme boleh download aplikasi Grab di smartphone dan mula tempah Grab. Nanti deme datang la ke tempat aokme.

Caranya:
  1. Muat turun aplikasi MyCar:
    1. Playstore | Android
    2. Apps Store | iOS
  2. Daftar untuk butiran peribadi
  3. Tempah Grab
  4. Tunggu pemandu Grab sampai dan naik

4/Post a Comment/Comments

  1. senang la nanti dah ada grab..:)

    ReplyDelete
  2. sama la. Di Tanah Merah, Kelantan pun dah ada Grab tp x pernah naik sbb harganya mahal lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post