Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer


Inilah Bola Sepak! yang mungkin anda takkan dapat lihat pada permainan atau sukan lain. Kejutan dan keputusan luar jangkaan yang akan berlaku di dalam dunia bola sepak. Pagi tadi sebuah pasukan yang secara atas kertas pasti memenangi perlawanan tersebut tetapi disebabkan bola itu bulat, mereka dikalahkan oleh pasukan yang sedang pulih daripada 'korebekan' aura lama, Manchester United

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer

Sedia maklum, minggu ini telah berlangsung pusingan ke-2 bagi pusingan 16 terbaik UEFA Champions League (UCL) yang melibatkan 8 pasukan bagi 4 perlawanan dan salah satunya pertemuan pasukan gergasi Perancis Paris Saint Germain (PSG) bertemu Manchester United di Stadium Le Parc des Princes, Paris. Jika anda ikuti perlawanan pusingan ke-2 di Old Trafford, di mana United sudah pun tewas 0 berbalas 2. Jadi secara perkiraan, United perlukan 3 gol tanpa balas untuk ke pusingan suku akhir di tempat lawan.

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer
sumber: twitter manchester united

United yang kini sedang bergelut dengan pemain utama hampir 10 orang mengalami kecederaan yang tidak membolehkan mereka diturunkan. Jadi Ole terpaksa turunkan pemain yang masih ada tambah dengan pemain akademi yang rata-ratanya tiada pengalaman UCL berumur 20 tahun dan ke bawah. Malam tersebut tugas agak sukar bagi pasukan Ole untuk mencari gol yang berharap hanya kepada Rashford dan Lukaku di bahagian serangan.

Ternyata dengan percaturan dan suntikan yang diberi oleh 'pengurus interim', Ole ianya membuahkan hasil di mana malam tersebut Manchester United dapat menumbangkan 'Paris' dengan 3 gol berbalas 1 yang secara agregat 3 sama dan memenangi perlawan dengan kelebihan jaringan ditempat lawan

Paris Saint Germain (3) 1 - 3 (3) Manchester United

Gol United telah dijaringkan oleh Romelu Lukaku (2 gol) dan Marcus Rashford (1 gol) dan seterusnya secara rasmi menempah tiket ke pusingan seterusnya. 

Aku saksikan perlawanan malam (4 pagi waktu Malaysia) itu tidak seimbang di mana berlaku 'one way traffic' dengan hampir 73% dikuasai oleh PSG. Secara logiknya, PSG pasti dapat membuat sesuatu dengan menjaringkan gol.

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer
sumber: twitter Manchester United

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer
sumber: twitter Manchester United

Mungkin ramai mengatakan gol yang diperoleh United merupakan gol nasib iaitu daripada error back-pass, bola muntah dan gol penalti tetapi dalam dunia bola sepak tidak wujud nasib. Bola itu bulat, dia boleh pergi kemana sahaja dia nak pergi. Selain itu, semangat yang aku tengok dalam kalangan pemain menunjukkan sikap tidak berputus asa, terus berjuang, terus kejar bola. Manakala pengurus, terus memberi arahan, berdiri di tepi padang memberi kata semangat. Itulah Manchester United. Walaupun hanya melepasi ke pusingan suku akhir, semangat dan kepercayaan (BELIEVE) yang diberikan oleh semua pihak itu harus diberi kredit dan apresiasi.

Tahniah dan terima kasih kepada pengurus interim, Ole dan pasukan kejurulatihan yang baru yang pastinya memberi tonik yang baru kepada semua pemain. Tahniah untuk semua pemain yang terus bersemangat untuk memberi persembahan yang menarik di atas padang. 

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer
sumber: twitter manchester united

Jadi apa tunggu lagi boss, bagilah jawatan tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer tu. Nak tunggu apa lagi. No more Zidane, no more Pachettino, no more Dollah Salleh. We want Ole! Ole's at the wheel!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post