Semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019



Selain yang dijanjikan Kerajaan bagi penerimaan RM100 kepada golongan bujang, golongan pelajar IPT juga tidak ketinggalan untuk menerima bantuan iaitu dinamakan Bantuan Pelajar Pendidikan (BPPT) yang diagihkan kepada semua Pelajar Pengajian Tinggi

bantuan pelajar rm100

Agihan ini diasingkan kepada 2 bahagian iaitu kepada pelajar yang pernah menerima bantuan baucer buku atau kad siswa sebelum ini dan juga pelajar bagi permohonan baru.

Cara Semakan Kelayakan Dan Permohonan Baharu

a)   Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 akan disalurkan kepada yang layak bermula 28 Mac 2019 secara berperingkat.

b)   Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt mengikut tarikh seperti yang disediakan jadual di bawah. Di pautan Bank Rakyat, akan ditunjukkan cara bagaimana untuk semak dan daftar bagi pemohon baru.

kad siswa 2019


*Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”

   -   Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

c)   Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”



Kriteria Kelayakan

Pelajar yang layak menerima BPPT 2019 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
  • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  • IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
  • Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Faedah Penggunaan BPPT 2019 Melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Pelajar boleh menikmati pelbagai diskaun sekiranya menggunakan kad tersebut di premis rakan dagang yang berkaitan. Senarai rakan dagang KPDNHEP boleh disemak melalui pautan http://kadsiswa.infopengguna.com


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post