Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019




Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 dianjurkan bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dicalonkan serta dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi yang disiarkan di semua slot drama TV3, TV9, ntv7 dan 8TV dan penghargaan untuk karyawan terbaik sepanjang tahun 2018. DFKL pastinya akan menggabungkan empat buah stesen dari rangkaian Media Prima iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019

Pada tahun 2019 ini, Anugerah DFKL telah berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 April 2019 dengan menyaksikan sembilan (9) kategori pilihan utama, satu (1) kategori drama pendek pilihan telah dipertandingkan. DFKL 2019 kali ini mengangkat tema “#positifselalu” untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif di kalangan penonton TV dan kalangan pengguna sosial media. Malam tersebut telah dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari yang juga disiarkan secara langsung di TV3.

Antara drama yang menjadi pilihan dan dipertandingkan ialah Shah Dan Zam, Nur, Seribu Rindu, Isteriku ‘Mem’ Besar dan banyak lagi. Yang kita tahu hampir semua anugerah telah dibolot oleh drama meletop, Nur. Jadi jom tengok senarai penuh pemenang anugerah DFKL 2019.



Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2019


Anugerah Skrip Pilihan
Shahrul Ezad - Nur

Anugerah Pengarah Pilihan
Shahrul Ezad - Nur

Anugerah Pasangan Pilihan
Syafiq Kyle & Amyra Rosli - Nur

Anugerah Antogonis Pilihan
Azhan Rani - Nur

Lagu Tema Pilihan
Haqiem Rusli (Jatuh Bangun) - Shah Dan Zam

Anugerah Drama Pendek Pilihan
Orang Kita

Drama Rantaian Cina Pilihan
My Sensei Nyonya

Aktor Pilihan
Syafiq Kyle - Nur

Aktres Pilihan
Janna Nick - Semerah Cinta Humairah

Drama Pilihan
Nur (Radius One Sdn Bhd)


Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019



2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post