Siapakah Yang Memenangi Asia's Got Talent Musim Ke-3?



Pertandingan ini merupakan pencari bakat dari segi semua aspek bagi seluruh benua Asia dan tahun 2019 ini merupakan Asia's Got Talent (AGT) bagi musim ke-3. Pertandingan ini menawarkan hadiah lumayan iaitu USD100,000.

Rancangan ini telah diacarakan oleh 2 pengacara iaitu Alan Wong dan juga Justin Bratton serta barisan juri yang mengadili di pusingan pertama; David Foster, Anggun dan Jay Park.

undi asia's got talent

Undi telah bermula! Kini anda boleh undi peserta kesukaan anda yang telah beraksi di peringkat Finale Asia's Got Talent 2019. Paling menarik untuk tahun ke-3 ini adalah, di mana wakil daripada Malaysia telah berjaya ke sampai ke peringkat akhir dengan 2 peserta iaitu Kumpulan NAMA dan Yaashwin Sarawanan (Human Calculator).

Tahun ini 9 peserta berjaya ke pusingan akhir AGT daripada beratus-ratus peserta iaitu Eric Chien (Taiwan), JUNIOR GOOD VIBES (Philippines),  MANIAC Family (Taiwan), NAMA (Malaysia), Power Duo (Philippines), Shadow Ace (Philippines), Siti Saniyah (Indonesia), YAASHWIN SARAWANAN (Malaysia) dan YANG SHIH HAO (Taiwan)

undi asia's got talent

Jadi kini undian telah bermula sehingga 11 April 2019. Anda boleh mengundi dengan 2 cara iaitu melalui:
  1. Google Search
  2. Melalui Akaun Rasmi Facebook Asia's Got Talent

Cara Mengundi


Google Search

   1.   Pergi ke www.google.com dan taip 'asia's got talent'  
   2.   Anda akan dipaparkan senarai peserta seperti gambar di bawah

undi asia's got talent

   3.   Anda dibenarkan untuk undi dengan 10 undian sahaja setiap hari. Jadi anda perlu klik pada peserta pilihan dan pilih jumlah undian (sebagai contoh: aku dah undi Eric Chien dengan 6 undian dan NAMA dengan 4 undian)
   4.   Esok anda ulang langkah 1 hingga 3 sehingga tarikh tutup.  


Melalui Akaun Rasmi Facebook Asia's Got Talent

   1.   Anda pergi ke Laman Rasmi Asia's Got Talent
   2.   Anda tekan 'Send Message'
   3.   Pop-up messenger akan muncul dan tekan 'Get Started'

undi asia's got talent
   4.   Jadi anda hanya ikut sahaja arahan yang diberikan
   5.   Disini juga anda diberikan dengan 10 undian untuk setiap hari. Jika 10 undian sudah diberikan, esok datang kembali untuk teruskan undian.



    Untuk pilihan aku, selain mengharapkan peserta Malaysia yang menang, aku suka Magic Talent daripada vietnam Eric Chien dan juga peserta Filipina iaitu Power Duo. Talent atau bakat yang tak ramai orang boleh buat dibandingankan dengan yang lain. Selain daripada itu, persembahan malam tersebut sangat menarik minat. Jadi siapa yang anda minat? Comment down below!

    3/Post a Comment/Comments

    Post a Comment

    Previous Post Next Post