Saturday, 20 April 2019

,

Sudah Masanya Ucap Selamat Tinggal Kepada BBM



goodbye bbm

Mungkin sebelum wujudnya aplikasi Whatsapp, satu nama gah yang pernah menguasai dunia internet iaitu Blackberry Messenger (BBM) yang wujud lebih 10 tahun lepas. Ini merupakan antara aplikasi komunikasi dua hala terawal selepas wujudnya Whatsapp, Telegram, Messenger dan macam-macam lagi. Tetapi yang lebih istimewanya pada awal penubuhan ia hanya ekslusif untuk pengguna BlackBerry (BB) sahaja.

Kini, pihak Blackberry telah mengeluarkan kenyataan di blogpost BBM di mana mereka akan menutup khidmat BBM tersebut sepnuhnya pada 31 Mei 2019. Selepas Android dan iOS meningkat naik dan menguasai dunia teknologi, aplikasi BBM sudah mula dilupakan yang kini mereka bertukar kepada platfom selain Blackberry OS yang seterusnya meninggalkan aplikasi BBM itu sendiri.

Sejurus selepas itu, BB juga turut bersaing dengan platfom lain dengan memberi keizinan memuat turun aplikasi BBM ke Android dan juga iOS tetapi masih tidak lagi mampu untuk melawan aplikasi seperti Whatsapp.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna BBM versi enterprise yang dipanggil BBMe, ianya akan diteruskan operasi seperti biasa. Jadi jika anda rindukan BBM kelak, anda boleh muat turun versi ini di Android dan iOS secara percuma tetapi terdapat yuran langganan $2.50 untuk setiap 6 bulan.

goodbye bbm
BlackBerry phone

Aku merupakan salah seorang pengguna BBM yang menggunakan BlackBerry pada masa dahulu tetapi tidak lama. Sebab fon rosak. BBM sedikit unik kerana ianya menggunakan PIN ID dan bukannya nombor telefon seperti Whatsapp.

'Kami berterima kasih atas sokongan anda dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terutama pengguna, rakan kongsi, dan pekerja kami, kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan perkhidmatan pengguna BBM. Kami harap anda akan menghargai banyak kenangan perkhidmatan BBM pengguna yang membantu membentuk platform messenger untuk menjadi apa yang mereka ada hari ini' - BB writer

So Long BlackBerry Messenger (BBM)


Share:

5 comments: