Kemangkatan KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH



Kemangkatan KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Sembah Takzim dan dukacitanya daripada Rakyat Pahang khususnya kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang dan Seluruh Rakyat Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

Selain itu, dikhabarkan seluruh Pahang akan mendapat Cuti Peristiwa pada 23 Mei 2019 Khamis bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda dan semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman dan para Syuhada.


Kenyataan Media Daripada Menteri Besar Pahang


KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH MANGKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’.

Amin.

Al Fatihah

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang


1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post