Malaysia Merupakan Negara Ke-5 Di Dunia Terbanyak Bercakap Berkaitan Avengers: Endgame




trivia avengers endgame

Avenger: Endgame merupakan filem sambungan daripada Avanger: Infinity Wars yang dikeluarkan pada 2018 yang lepas. Filem ini merupakan kesinambungan daripada peristiwa dimana watak jahat bernama Thanos berjaya melenyapkan 50% daripada penduduk di seluruh alam maya termasuk juga bumi. Dalam erti kata lain, Avangers gagal menghentikan dan mengalahkan Thanos.

Apa peristiwa atau kesinambungan yang berlaku di dalam Endgame, korang kene tengok sendiri di pawagam sebab di sini aku tak berhajat untuk kupas atau review berkaitan filem Avengers: Endgame. Yang pastinya korang takkan menyesal menontonnya. Ini filem pertama aku, yang aku mahu tonton untuk kali-2 di pawagam. Jadi korang kene tengok juga la.

trivia avengers endgame

Tayangan sudah pun bermula pada 24 April 2019 yang lepas lebih kurang 10 hari yang lepas, tetapi filem ini masih diceritakan dan diperbincangkan hangat terutamanya di media sosial. Dengan pelbagai reaksi yang kita boleh baca, ada ber emosi, ada yang teruja dan pelbagai lagi dan ada yang katanya sudah tonton sampai 5 kali. Betul-betul diehard fans Marvel. 

Tetapi, tahukah anda, menurut laporan daripada Astro Awani, Malaysia merupakan negara ke-5 dunia yang tersenarai banyak berkata dan memperbincangkan perihat Avengers: Endgame di media sosial terutamanya di Twitter.

Di Twitter terdapat banyak hashtag yang dikeluarkan khusus untuk platform tersebut seperti #AvengersEndgame #Endgame dan juga setiap watak yang terlibat seperti #Thanos #IronMan #CaptainAmerica dan banyak lagi. Yang paling best siap keluarkan #DontSpoilTheEndgame bagi menghormati peminat lain yang masih belum berkesempatan menontonn.

Kepada yang masih belum tonton filem masterpiece daripada Russo Brothers yang katanya sudah kutip lebih $1 billion walaupun baru seminggu tayangan. 


Terima kasih Avengers
Terima kasih Marvel
Terima kasih Iron Man

trivia avengers endgame


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post