Recent Posts

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia


Kini di laman sosial sudah pastinya kita nampak  warganet sibuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain gambar papan iklan yang terletak di negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Papan iklan yang dimaksudkan adalah daripada papan iklan daripada syarikat makanan terbesar iaitu McDonald. Tapi kenapa dengan hanya papan iklan sahaja sudah jadi bualan warganet sekali gus menjadi tular di media sosial baik Facebook ataupun Twitter.

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia

Jika kita lihat papan iklan besar atau billboard di tepi jalan pastinya kita akan jumpa bagi 1 syarikat dengan design papan iklan yang sama bagi seluruh Malaysia. Jadi ianya sudah mungkin menjadi perkara biasa.

Tetapi lain pula bagi McDonalds dimana setiap negeri mempunyai design yang berlainan bagi setiap papan iklan yang boleh kita nampak TETAPI bahanya adalah menu McD sendiri seperti Fries, Nugget, McFlurry dan sebagainya dan kemudian diolah menjadi lebih menarik. Lebih menarik setiap papan iklan yang ditempatkan menggunakan tema atau tempat-tempat menarik di negeri tersebut.

Sebagai contoh, jika kita Pulau Pinang sudah tentunya kita terbanyak Jambatan Pulau Pinang, jika di Sabah, terkenal dengan Gunung Kinabalu dan ada beberapa lagi (seperti didalam gambar)

Jadi rata-rata warganet begitu teruja dengan strategi pemasaran yang dibuat oleh pihak McDonalds. Sekali gus, McD kini terus dikenali dan mendapat iklan percuma di media sosial terutamanya di Malaysia.

Jadi disini anda boleh tengok senarai papan iklan yang dikongsikan di platfom media sosial sama ada Facebook mahupun Twitter.

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Batu Caves, Selangor

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Perak

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Johor

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Kedah

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Kelantan

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Kuala Lumpur

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Negeri Sembilan

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Pahang

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Pulau Pinang

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Sabah

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Shah Alam, Selangor

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Bandar Sunway

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Taman Tasik Taiping

Papan Iklan McDonalds Di Seluruh Malaysia
Terengganu

Unik bukan!

Tapi ada lagi beberapa negeri yang masih tiada, ataupun mungkin rakyat negeri situ tak jumpa lagi seperti Melaka, Perlis dan Sarawak. Jadi kepada rakyat negeri tersebut, dah jumpa boleh la share sini, nanti aku masukkan.

Kredit kepada empunya gambar di atas.


Post a Comment

5 Comments

  1. Pelbagai cara menarik pelanggan ke tempat mereka. hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Kreatif gilerrrrr 😂😂

    ReplyDelete
  3. hahaha kadang2 terhibur tgk signboard diorg. XD

    ReplyDelete
  4. Creative marketing department dorang ni

    ReplyDelete