Trivia Menarik Living Legend Sejarah Muzik Negara, Raihan



Beberapa hari yang lepas, warganet atau nitizen berkali-kali berkongsi di laman sosial masing-masing terutamanya di laman Twitter berkaitan dengan sebuah kumpulan Nasyid terkemuka tanah air suatu masa dahulu yang telah mengeluarkan lagu dengan memberi nafas baru iaitu daripada kumpulan Nasyid Raihan.

raihan Queen Elizabeth II


Nitizen kagum dengan lagu tersebut kerana rakan featuring nya iaitu Alif Satar yang berjaya membawa lagu Sesungguhnya dengan begitu baik sekali. Rata-rata kana internet berkongsi video tersebut dan merasakan lagu itu sekali lagi sampai ke setiap hati yang mendengarnya. Jika sebelum ini lagu tersebut dibawa oleh penyanyi asal mereka iaitu Nazri sudah begitu baik dan Alif Satar juga berjaya membawa lagu tersebut juga dengan versi terbaik daripada beliau. 





Sejurus trending di laman sosial, ramai yang memberikan pujian dan kerinduan kepada lagu-lagu Raihan yang dahulu. Walaupun hanya artis Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu Bahasa Melayu tetapi berjaya menambat hati seluruh dunia dengan lirik dan kelunakan suara daripada setiap ahli Raihan (Che Amran Idris, Nazri, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim)

Salah seorang pengguna facebook menggunakan nama Ahmad Ashraf telah berkongsi dengan pembaca lain berkenaan sejarah kumpulan Raihan yang telah menerima pengiktirafan dalam dan luar negara dengan begitu hebat. Jom sambung baca di bawah


Trivia dan Sejarah Menarik Kumpulan Nasyi Raihan Di Mata Dunia

Ramai orang kata, artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima di seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya.

Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa.

Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.

  1. Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.
  2. Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.
  3. Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.
  4. Raihan mempunyai ramai peminat kipas-susah-mati, di pelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.
  5. Tony Fernandes, menyokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia. Tony knows big business opportunity in Raihan, earlier than others.
  6. Tak main lah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian (Album pertama Raihan) menjadi all time Malaysia's best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.
  7. Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

raihan legend



Raihan tidak perlu kepada lagu-lagu memuja manusia, cinta-cinta tetapi lebih kepada sifat ketuhanan dan unsur nasihat. Terdapat banyak lagu yang pastinya kita gunakan lagi untuk seharian hidup kita.

Semoga kumpulan Raihan terus diberi idea untuk berdakwah dengan cara berkarya sehingga akhirnya. Living Legend, Raihan 

Cuba kongsikan, lagu apa yang masih korang ingat daripada kumpulan Raihan ni. Mesti banyakkan.

sumber: facebook Ahmad Ashraf


1/Post a Comment/Comments

  1. Ramai tak tahu kumpuan Raihan adalah kumpulan aktif zaman ar arqam lagi. Waktu itu di kenali sebagai The Zikr, Manakala Hijjaz dan Rabbani adalah Nadamurni. Jika perasaan hampir 90% lagu mereka adalah zaman ar- arqam lagi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post