Fakta Menarik Berkaitan Wikipedia - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Wednesday, 19 June 2019

Fakta Menarik Berkaitan Wikipedia

Fakta Menarik Berkaitan Wikipedia
fakta menarik wikipedia

Rasanya hampir semua pembaca Internet pernah dengar atau pernah menggunakan khidmat Wikipedia. Ya, ia merupakan carian artikel terbesar dunia secara atas talian. Anda nak cari apa-apa sahaja artikel, pasti ianya ada di website Wikipedia.org.

Aku aku, aku mula kenal Wikipedia ini hanya selepas aku mula masuk ke dunia pengajian tinggi ketika peringkat Diploma dalam 2010. Jadi aku kenal Wikipedia selepas 9 tahun, ianya dilahirkan. Jadi dengan Wikipedia inilah macam-macam informasi yang aku boleh ketemu. Lagi-lagi ianya memudahkan untuk menyiapkan assigment ketika itu. hahaha


Tetapi tahukah anda, terdapat banyak fakta menarik yang mungkin kita tidak tahu berkaitan Wikipedia ini. Jadi disini aku ingin kongsi 10 fakta menarik berkaitan Wikipedia.

10 Fakta Menarik Wikipedia

1.   Lagu rasmi Wikipedia bertajuk Hotel Wikipedia

Lagu ini merupakan lagi rasmi bagi website terkenal Wikipedia yang diolah daripada lagu terkenal daripada The Eagles iaitu Hotel California. Ianya diperkenalkan pada tahun 2004 dan dibuat khas kepada golongan yang obses kepada Wikipedia yang digelar Wikipediaholics. Anda boleh tengok lirik Hotel Wikipedia penuh di pautan ini

hotel wikipedia


2.   Menerima hampir 600 artikel setiap hari

Ketika ini, jumlah artikel yang diterima di Wikipedia adalah sebanyak 5.8 juta artikel sejak ia diperkenalkan pada 2001. Jadi lebih kurang 500 ke 600 artikel setiap hari telah disiarkan di Wikipedia. Ianya berdasarkan Wikipedia:statistik 

3.   Lebih 30 juta pengguna yang menggunakan Wikipedia

Di Wikipedia, anda boleh menjadi 2 pengguna iaitu sebagai pembaca dan penyunting (anda boleh edit artikel Wikipedia). Penyunting di Wikipedia digelar sebagai Wikipedian dan sesiapa sahaja layak untuk menjadi penyunting dengan mendaftar akaun di Wikipedia. Setakat ini terdapat lebih 36.5 juta pengguna yang mendaftar sebagai Wikipedians berdasarkan statistik Wikipedia:Wikipedians


4.   Hari Jadi Wikipedia digelar sebagai Wikipedia Day

Pada 15 Januari 2001 merupakan hari penting bagi Wikipedia kerana ia merupakana Hari Jadi Wikipedia. Jadi sejak daripada itu, mereka mengelarkan hari tersebut adalah Hari Wikipedia atau Wikipedia Day. Trivia menarik, pada tahun 2011 iaitu ketika umur Wikipedia 10 tahun, 1 page telah diterbitkan dengan menyenaraikan perayaan-perayaan yang disertai oleh manusia seluruh dunia bagi memperingati hari tersebut. Boleh tengok sini page tersebut.

wikipedia day


5.   Wikipedia menyokong lebih 299 bahasa yang berbeza

Sehingga April 2019, terdapat 304 bahasa yang diterjemahkan atau digunakan di Wikipedia dengan 294 masik aktif dan 10 daripada telah ditutup. Jangan risau rakyat Malaysia juga rajin menyunting artikel di Wikipedia. Menurut statistik, lebih 300,000 artikel telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Syabas anak Malaysia!
Bertapa banyaknya bahasa yang ada di dunia ini kan

6.    Hanya pakar sahaja yang boleh menulis di Wikipedia pada awal penerbitannya

Wikipedia pada asalnya sepatutnya melengkapkan online Nupedia, ensiklopedia yang diasaskan oleh usahawan teknologi Jimmy Wales dan Larry Sanger. Walau bagaimanapun, Nupedia hanya ditulis oleh pakar, yang bermaksud kandungannya menjadi sangat terhad dan lambat untuk diterbitkan.


Yang akhirnya mereka telah Akibatnya melancarkan Wikipedia, yang mengatasi Nupedia dan membenarkan masyarakat umum menambah dan menyunting artikel.

7.   Halaman yang paling sering dilawati adalah Laman Utama (Main Page)

Halaman Utama Wikipedia atau Main Page selalu menjadi yang paling dilihat atau dilawati, diikuti oleh Special: Search and Special: Random. Jadi anda boleh lawati Wikipedia:Wikipedia_records untuk ketahui lagi beberapa data lain termasuklah artikel mana yang sering disunting dan sebagainya.

wikipedia homepage


8.   Kaki edit tegar artikel Wikipedia adalah Ser Amantio di Nicolao

Di Wikipedia juga terdapat bot yang menyunting artikel selain pengguna asli. Cydebot iaitu sebuat bot khas yang kerjanya adalah menyunting artikel berkaitan dengan lebih 6 juta kali sejak 2016. Tetapi ada pengguna yang menggunakan Ser Amantio di Nicolao telah edit atau menyunting artikel di Wikipedia sebanyak 3.09 juta kali. Bapak rajin. Juga boleh tengok di Wikipedia:Wikipedia_records

9.   Kebanyakan editor Wikipedia adalah lelaki

Menurut artikel daripada the atlantic, kira-kira 90 % editor Wikipedia paling aktif adalah lelaki. Laman ini menyedari masalah itu juga. Sebagai tindak balas kepada jumlah tersebut, pengasas bersama Jimmy Wales mengakui: "Isu terbesar adalah kepelbagaian editor." Mana perempuan ni, pergi la edit Wikipedia tu.


10.   Wikipedia adalah salah satu daripada 10 laman web teratas di dunia.

Walaupun kedudukannya sebagai salah satu daripada 10 laman web teratas di dunia selama bertahun-tahun. Tetapi pada Oktober 2017, TIME menyenaraikan Wikipedia sebagai laman web yang paling berpengaruh ke-3 sepanjang masa, mengikuti Google dan Amazon. TIME memanggilnya "ensiklopedia internet de facto." Kalau tengok Alexa ranking, no 5 dikedudukan global dan blog aimanabdullah dikedudukan 3 juta. hahaha

alexa ranking wikipedia


sumber: entrepreneur.com

Kongsikan Artikel Ini

1 comment

  1. hebat betul en wiki ni. mama lah tu selalu ziarah en wiki

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done