Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 1

bercuti di perth

Keputusan untuk bercuti di luar negara dibuat hanya sebulan lebih sahaja dan seterusnya membuat keputusan untuk ke dunia Kangaroo, Perth, Australia. Tugas untuk dapatkan tiket penerbangan ke Perth dilakukan oleh Kakak aku dengan menggunakan beberapa aplikasi dan akhirnya ketemu tiket penerbangan yang sesuai dengan harga menggunakan aplikasi Expedia.

Perkongsian itinerary ini mungkin disediakan dengan harga perbelanjaan sekal
Sebagai pemula, aku kongsikan perbelanjaan utama selama berada di Perth, Austrlia:

1. Tiket Penerbangan - RM1050 return
2. Visa Australia - RM20
3. Kereta Sewa (Aries Car Rental) - AUD200 + bond AUD200
4. Sewa Apartment (Perth City Apartment) - RM1200 untuk 4 hari 3 malam

Bagi tiket pengangkutan, makanan, jajan, tiket masuk dan pelbagai lagi, aku cuba masukkan di dalam perkongsian itinerary aku selepas ini.

Penerbangan dengan menggunakan perkhidmatan Malaysia Arlines (MAS) dengan tarikh penerbangan berlepas daripada KLIA pada 26 Jun 2019 (Rabu) dan kembali berlepas daripada Perth Airport pada 1 Julai 2019 (Isnin). Aku bersama keluarga 5 orang kesemuanya bercuti sebenarnya cuma 4 hari (penuh) dengan 2 hari penerbangan dan bukannya 6. Tempoh penerbangan daripada KUL - PER mengambil 5 jam 15 minit lebih.


Bagi muslim, jangan risau Aiport menyediakan ruang solat (musolla) berdekatan dengan pintu ketibaan. Kami terpaksa berada di Airport lebih lama sikit, sebab sampai awal.

Tempat yang dilawati pada hari pertama (26 Jun 2019):

  1. Perth Airport
  2. Watertown Brand Outlet
  3. West Leederville
  4. King's Park and Botanical Garden

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami mula bergerak ke tempat penginapan. Di sini disediakan Bas 380 yang bergerak daripada Perth Airport Terminal 1/2 dan terus ke pusat bandar Perth/CBD Perth. Jadi anda boleh ambil bas ini terus ke pusat bandar dengan hargap $4.80 seorang. Kebetulan apartment kami memang berada di bandar Perth.



Kami turun di perhentian Victoria Park sebab untuk tukar ke CAT bas Kuning secara percuma dan teruskan perjalanan ke Perth City Apartment. Disini, anda berhenti di perhentian Wellington St. betul-betul berhadapan dengan apartment kami. Jika di luar, anda hanya akan nampak signboard Perth Central City Apartment sahaja. Tetapi di dalam ada 3 kaunter atau jenis apartment iaitu Perth City, Perth Central City dan Inner City Apartment. Dalam 1 bangunan ada 3 syarikat apartment.


Tips: di CBD Perth disediakan 2 jenis bas; bas berbayar bewarna belang hijau dan juga CAT bas yang ada lambang kucing hitam di bas iaitu secara percuma. CAT bas disediakan 4 jenis iaitu kuning, merah, hijau, dan biru. Setiap warna mengikut jalan dan perhentian masing-masing. Jadi nak jimat, naik je la CAT bas.

Alhamdulillah, apartment kami cukup kesemua keperluan, boleh masak, ada washing machine, dryer, heater, tv, sebuah katil queen dan 2 katil single. Disini juga disediakan WiFi secara percuma.




Selesai letakkan barang, kami teruskan destinasi pertama iaitu shopping outlet iaitu di Watertown Brand Outlet yang ambil masa 5 minit sahaja berjalan kaki. Disini iainya seperti premium outlet kita, jual barang branded dan banyak butik di sana. Di sana hampir semua outlet ada diskaun dan daripadanya ada lagi extra diskaun. Jadi anda kene pandai la cari disetiap outlet disana.

Di sana juga terdapat beberapa kedai makanan, kalau nak cuba kebab ke fries ke ada dijual disini. Ada tanda halal.




Selesai disini, kami decide untuk berjalan kaki sahaja disekitar apartment kami dengan mencari mart yang berdekatan. Mart yang terdekat adalah West Mart dengan berjalan kaki lebih kurang 10 minit.




Tips : Bentuk 3 pin di Austalian berbeza dengan negara-negara lain, jika anda sudah beli travel adapter, anda perlu gerakkan 2-pin-USA untuk menjadi bentuk yang digunakan di Australia

Selepas itu, kami menaiki CAT Bas Merah pula mencari pasaraya yang lebih besar seperti Coles dan Woolworth. Kami jumpa di area West Leederville iaitu Coles. Coles seperti Giant yang menyediakan barangan makanan harian. Jadi anda nak cari sayur, buah, air, makanan dan macam-macam lagi. Katanya disini juga dijual ayam halal, tapi kene cari brand tersebut. Cuba anda google.


Jangan lupa cuba air coffee atau chocolate seperti jenama Dare, OAK chocolate dan Chill. Sedap beb.

Sebelum pulang, kami sempat singgah di King's Park and Botanical Garden, tapi tak tak sempat explore sebab dah pukul 5 petang. Winter season di Perth, Magrib pukul 5.30 petang, jadi waktu tersebut sudah gelap. Jadi kepada yang ingin sampai di Perth, cuba bergerak pulang sebelum Magrib iaitu lebih kurang 5.30 petang.

Selain itu juga, kedai-kedai kebanyakkannya sudah tutup pukul 5-5.30 petang. Outlet tu pun tutup 5.30 petang. Perkhidmatan bas pula rasanya sampai pukul 9 sahaja. Lepas tu anda kene naik Uber-Grab la jawabnya. Jadi dalam pukul 6.30 petang (hampir Isyak) kami pulang ke apartment. Suhu pun sudah semakin sejuk di malam hari, kalau tak silap sehingga 11-12°C. Balik dan sediakan makan malam pula.





8/Post a Comment/Comments

  1. Jalan2 kejap singgaj baca kat sini.

    ReplyDelete
  2. murah gila visa nya.. aparmtnt tempah melalui apa ye? AirBnb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ini lah harganya. kalau ikut ejen mana2 pun lebih kurang ni la harga dia. valid untuk setahun. apartment airbnb macam dalam link di atas.

      Delete
  3. boleh try la cari kat expedia gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kadang2 tempat macam ni dia dapat lagi murah.

      Delete
  4. Sebut MElancong 2 hari dah tolak untuk flight huu, kena lagi banyak hari dekat sini baru syok 😂,, bestnya pergi time sejuk

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa. homestay nampak mewah dan selesa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post