Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Google Pixel merupakan produk telefon pintar pertama daripada syarikat gergasi, Google. Jika sebelum ini mereka pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat yang menghasilkan telefon pintar lain bagi mengeluarkan produk mereka iaitu bernama Nexus. Sebagai contoh jika anda pernah dengar Nexus siri sebelum ini seperti Galaxy Nexus yang dengan kerjasama Samsung, Nexus 7 dengan kerjasama LG, Nexus 7 iaitu bersama Asus dan banyak lagi.


Jadi kali ini, mereka keluarkan produk telefon pintar mereka sendiri iaitu Google Pixel. Pada 2019 ini, Google telah berjaya menghasilkan 8 produk telefon pintar bermula dengan Google Pixel, Google Pixel XL, Google Pixel 2, Google Pixel 2 XL, Google Pixel 3, Google Pixel 3 XL dan terbaru Google Pixel 3a dan Google Pixel 3a XL.

Daripada banyak-banyak keluaran ini, aku berjaya dapatkan Google Pixel 2 XL dan sudah menjadi telefon utama aku. Untuk pengetahuan anda, siri Google Pixel ini secara rasminya tidak masuk ke pasaran Malaysia, jadi aku hanya dapatkan daripada penjual biasa.

[Sudah Baca?] BUAT DUIT DENGAN APLIKASI CASHZINE

Entry kali ini, aku nak kongsikan apa yang ada di dalam kotak Google Pixel 2 XL yang aku beli yang pastinya tidak rasmi dijual di pasaran Malaysia. Jika anda mahu dapatkan, anda boleh baca di pengakhiran penulisan ini.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL 

Untuk makluman, terdapat beberapa versi yang dibawa masuk oleh penjual ke Malaysia, ada versi daripada Singapore, USA, Canada dan macam-macam lagi. Dan versi yang aku dapat adalah daripada USA. Mengikut pembacaan di group Pixel, setakat ini tiada lagi masalah sim lock atau tidak boleh digunakan di Malaysia. Setiap produk yang dijual pasti boleh digunakan dengan simkad daripada telco-telco di Malaysia. Macam aku guna UMobile dan ianya mampu berfungsi dengan lancar.

Jika anda buka kotak Google Pixel 2 XL, anda hanya diberi:
  • Manual bersama sim ejector tool
  • Telefon (GP2XL)
  • Kable USB
  • Adapter USB-C to Micro USB
  • Dongle (USB-C to bicu audio)
  • Pengecas (Untuk seller ini diberi free gift tempered glass dan silicon clear case)
Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Bagi kable USB, anda diberi kable jenis USB-C ke USB-C berwarna putih. Jadi untuk penyambungan ke komputer, anda perlu mencari kable USB-C ke USB biasa.

Bagi pengecasnya pula, anda akan terima pengecas 15W juga berwarna putih dengan penyambungan USB-C. Plug yang diterima juga bukan versi 3-pin yang digunakan di Malaysia tetapi menggunakan 2-pin tipis iaitu versi USA. Di sini anda perlu dapatkan adapter yang sesuai untuk digunakan di plug rumah anda. Harga dalam RM5 sahaja. Penjual memberi tahu yang ianya original.


Pergi ke bahagian telefon ini, bahagian belakangnya diberitahu oleh pihak Google sendiri ianya diperbuat daripada bahan kaca tetapi disaluti dengan lapisan yang rasanya seakan plastik berkualiti. Dibelakang juga disertakan dengan thumb print scanner untuk tujuan keselamatan dan juga Logo G dibahagian bawah telefon. Iainya juga diletakkan 1 kamera bersama flash.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google


Badan belakangnya melengkung bagi sisi kanan dan kiri dan bagi aku sedap untuk dipegang. Dibahagian kanan disediakan butang kuasa dengan warna oren dan butang suara manakala di bahagian kiri hanya terdapat slot simkad sahaja.

Pergi di bahagian depan pula, telefon ini disertakan dengan 6 inci saiz skrin dan dilapis dengan cornin gorilla glass 5 yang menjadikan ianya lebih tahan calar. Di hadapan telefon juga diletak dengan ear piece, kamera hadapan dan juga 2 speaker bunyi dibahagian bawah dan atas skrin.


Di bahagian bawah telefon pula hanya mempunyai sambungan USB-C dan mikrofon. Manakala di bahagian atas hanya ada lubang mikrofon sahaja. Di Google Pixel 2 XL tiada lubang bicu audio.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

  

Bercerita tentang specs Google Pixel 2 XL ini, ianya diperkasa dengan Snapdragon 835 (10nm) dengan GPU Adreno 540


Spesifikasi Google Pixel 2 XL 

Paparan - 6" HD+ Penuh
Pemproses - Snapdragon 835 (10 nm)
RAM - 4GB
Storan - 128GB (tidak boleh dipasang mikro sd kad)
Sistem Operasi - Android 9 Pie
Kamera belakang - 12.2 MP, f/1.8
Kemera depan - 8 MP, f/2.4
Bateri 3520mAh - (Pengecasan pantas sehingga 10.5 W)

Bermula Google Pixel 2, ianya disertakan dengan 1 simkad dan juga 1 eSim tetapi kerana tiada penjualan rasmi di pasaran Malaysia, eSIM tidak boleh digunakan di Malaysia.

Pixel 2 XL dijalankan dengan antaramuka pure Android (Pixel) dengan operasi Android 9 Pie. Disebabkan ianya keluaran Google sendiri, anda yang pertama akan dapat naik taraf Android. Tidak seperti telefon Android lain yang perlukan masa untuk dinaiktaraf. Pixel anda akan sentias terkehadapan daripada telefon android lain.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google
Ianya tidak disediakan slot mikro sd kad, jadi storan anda tidak boleh diperluas. Dapatkanlah versi 128GB untuk kepuasan kelak. 

Diberitahu sebelum ini, GP2XL menggunakan paparak skrin bersaiz 6 inci P-OLED Display dengan resolusi HD Penuh+

Telefon ini tiada notch seperti Google Pixel 3 XL tetapi dibahagian dahi telefon, bezel agak tebal bagi meletakkan 8MP kamera, earpiece bersama speaker bunyi dan lampu notifikasi LED.


Secara luarannya, aku sukakan design dan kualiti yang diberi pada Pixel 2 XL ini lagi-lagi dengan versi panda. Walaupun tidak disediakan bicu audio, tetapi anda diberi pilihan dengan mereka menyediakan sekali di dalam kotak iaitu dongle untuk disambungkan dengan telefon dan earphone anda. 

Aku dapatkan Google Pixel 2 XL ini dengan harga RM1499 di halaman Shopee DISINI pada kira-kira sebulan yang lepas. Jika dibandingkan dengan harga secara rasmi di USA, harga baru telefon ini kira-kira USD399 atau lebih kurang RM3000. Untuk versi aku ini, penjual bagi tahu ianya second hand tetapi keadaan telefon sangat kelihatan baru dan dongle masih dibungkus didalam plastik.

Selain itu, sebagai cadangan anda juga boleh dapatkan di Shopee melalui Seller seperti dibawah


Bagi pengguna baru Shopee yang ingin membuat pembelian pertama anda boleh dapatkan diskaun RM8 dengan menggunakan kod AIMANM94 ketika sebelum membuat pembayaran.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 versi Google Pixel daripada USA iaitu boleh di unloadbootleader dan tidak boleh iaitu versi Horizon. Ianya hanya berfungsi jika anda mahu root telefon anda, itu sahaja. Yang lain semua sama.

Aku sudah gunakan telefon ini hampi sebulan lebih, terdapat banyak yang aku suka daripada tidak suka dengan menggunakan Pixel ini. Jadi entry seterusnya, aku akan tulis review sebulan aku dengan Google Pixel ini dan juga kenapa aku tukar daripada iPhone ke Google Pixel atau daripada iOS ke Android. Pixel ni pakai 1 kamera sahaja berbanding telefon yang lain, yang ada sehingga 4 kamera. Cantik ke kualitinya?

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

3/Post a Comment/Comments

  1. alaaaa cepat update next entry,, nak tengok kualiti gambar camera dia & kualiti gambar/video bila upload dkt sosial media

    ReplyDelete
  2. teringin nak pakai pixel.. tapi belum mampu.. haha pakai je dulu yg ada skrg ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post