Buka-Kotak Smartwatch Amazfit Bip

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

Huami merupakan antara syarikat China pengeluar jam tangan pintar terbesar dunia sebaris dengan syarikat lain seperti Apple, Fitbit, Garmin dan lain-lain yang ditubuhkan pada 2014. Syarikat ini lebih menumpukan teknologi jam pintar yang kini menjadi pengeluar bagi syarikat besar China, Xiaomi.


Selain jam pintar atau smartwatch, pihak Huami juga mengeluarkan jam penjejak kesihatan atau health tracker yang bukan beroperasi sepenuhnya seperti jam pintar. Salah satu produk terkenal adalah Amazfit Bip. Ianya bagi aku tetapi dipanggil jam pintar atas sebab ciri-ciri yang disediakan.

Jadi kali ini, aku telah dapatkan sebuah Amazfit Bip di halaman Shopee bagi menggantikan gelang pintar sebelum ini iaitu Mi Band 2. Jom kita tengok apa yang ada didalam kotak Amazfit Bip dalam segmen buka-kotak smartwatch Amazfit Bip.


Jika anda berminat untuk dapatkan Amazfit Bip ini, boleh dapatkan jam pintar ini diakhir penulisan ini.

Buka-Kotak Smartwatch Amazfit Bip

Jika di laman rasmi Amazfit, mereka menawarkan 4 pilihan sahaja dengan perbezaan warna iaitu Onyx Black, White Cloud, Kokoda Green dan Cinnabar Red.

[Sudah Baca?] BUKA-KOTAK GOOGLE PIXEL 2 XL, TELEFON KELUARAN GOOGLE

Aku dapatkan versi Onyx Black yang aku rasakan dapat dipadangkan dengan semua keadaan berbandingan warna-warna lain yang ditawarkan.

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

Di dalam kotak tersebut, diberi sebuah Amazfit Bip berwarna hitam, pengecas bersama sambungan USB dan juga manual dengan bahasa Inggeris turut disediakan. Aku membeli di halaman Shopee dan diberi percuma bersama screen protector



Spesifikasi Amazfit Bip

Amazfit Bip diperbuat daripada polycarbonate pada bahagian badan jam dan pada skrin pula menggunakan Corning Gorilla Glass yang pastinya tahan calar. Manakala tali jam yang diberi secara asas diperbuat daripada getah. Selesa untuk dipakai.

Berat
32 g keselurhan
Bahan Skrin
2.5D Corning Gorilla Glass
Saiz Skrin
1.28 inci
Waterproof
IP68
Saiz
20mm x 11 + 8.5 cm
Bateri
190 mAh

Skrin sebesar 1.28 inci bagi aku cukup luas untuk membaca keseluruhan perkataan yang ada di skrin. Bagi tangan yang kecil juga, jam ini tidak nampak besar berbanding jam pintar lain. Di skrin ini juga ditulis dengan Amazfit

Dibahagian kanan jam disertakan dengan satu butang fizikal yang berfungsi sebagai butang Home/Back manakala dibahagian kiri tiada apa-apa. Dibahagian bawah pula diletakkan pin pengecas dan juga heart-rate sensor.


review Smartwatch Amazfit Bip malaysia
hear-rate sensor beserta 2 pin pengecas

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia
tombol butang di sebelah kanan jam

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia


Amazfit Bip menggunakan sistem always-on-display dimana paparan jam aku sentias menyala sehingga bateri habis berbeza dengan penjejak atau jam pintar lain. Hatta mi band 2 aku pun hanya akan menyala bila pergelangan tangan diangkat atau butang ditekan. Bagi aku fungsi ini menarik.

Amazfit juga memberi tahu bahawa ketahanan bateri didalam penggunaan biasa mampu bertahan sehingga 45 hari. Manakala jika anda menggunakan GPS secara menerus, ia mampu bertahan sehingga 22 jam. Tak perlu caj selalu. Menarik.


Fungsi yang paling menarik pada Amazfit Bip sekali gus menarik minat untuk aku dapatkannya adalah disebabkan adanya fungsi GPS. Dengan fungsi utamanya merupakan penjejak kesihatan, pastinya anda mahu bawa jam ini bersama ketika beriadah atau jogging dipetang hari. Jika ada GPS, anda tidak perlu lagi bawa telefon pintar anda bersama.

Fungsi lain iainya sama sahaja dengan Mi Band siri tetapi berbeza dari segi fungsi GPS, Weather dan Compass. Beza harga dengan Mi Band 4 terbaru pun tidak jauh. Jika di Mi Band 4 anda boleh ubah tatapan jam, di Amazfit Bip pun juga boleh.


Terdapat 9 paparan secara asas jika anda mula-mula buka kotak Amazfit Bip iaitu Jam, Status, Activity, Weather, Alipay, Alarm, Timer, Compass dan Setting. Anda boleh mengubah semua tatapan ini di dalam aplikasi rasmi iaitu Mi Fit atau Amazfit.

Anda kene tahu bahawa jam pintar Amazfit Bip ini tidaklah sepintar jam pintar yang lain seperti Applewatch dan fungsinya lebih kepada penjejak kesihatan sahaja. Untuk notifikasi pun, anda hanya boleh melihat sahaja.

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

Dengan harga serengah RM219 (harga terendah yang aku jumpa di Shopee untuk versi English ketika itu) ianya merupakan jam pintar penjejak kesihatan yang disertakan dengan fungsi GPS termurah anda boleh dapatkan. Kalau anda mahu dapatkan, anda boleh pergi ke link yang disediakan.

Jik berkesempatan, aku kongsikan pengalaman aku bersama Amazfit Bip ini ketika tugasan harian dan juga paling penting ketika beriadah. Adakah ianya tepat? Adakah fungsi keseluruhannya cukup? Berbaloi dengan harga?

Bagi pengguna baru Shopee yang ingin membuat pembelian pertama anda boleh dapatkan diskaun RM8 dengan menggunakan kod AIMANM94 ketika sebelum membuat pembayaran.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post