Recent Posts

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

McDonald's jika sebelum ini memperkenalkan menu baru bagi Burger Ayam Portugues yang mendapat sambutan baik dari rata-rata rakyat Malaysia.

Kini McDonald's kembali lagi dengan rasminya memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X. Jika sebelum ini hanya disediakan dibeberapa cawangan sahaja, tetapi kini semua cawangan sudah boleh anda dapati Ayam Goreng terbaru ini.

Seperti diberi tahu oleh pihak McDonald's, menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X hanya ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Jadi kepada yang ingin rasa menu ini cepat dapatkannya di mana-mana cawangan diseluruh Malaysia

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Berbalik kepada ayam goreng ini, dengan menggunakan nama Spicy 3X, betul ke ayam ni pedas daripada biasa? Sedia maklum, ayam goreng McD ini sebenarnya sudah pedas dengan tambahan 3X ini adakah ianya lebih pedas? Pedas ke?

Dengan amaran diberi : Eat At Your Own Risk


Review Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X

Sebelum masuk ke bahagian review utama, anda perlu tahu berapa harga yang ditetapkan? Secara rasmi, Ayama Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini dijual dengan set dengan tanda harga RM13.99. 

Tetapi sebelum ini aku telah dapatkan tawaran yang disediakan di aplikasi McDonald's anda boleh dapatkan dengan tanda harga RM14.99 dengan set berserta Cempedak Mcfluffy. Tetapi dengan bayaran menggunakan BigPay aku dapat jimat RM10 untuk 1 set Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X. Di akhir nanti aku cerita.

Menu baru ini sama sahaja dengan set Ayam Goreng Mcd yang disediakan seperti biasa, cuma hanya berbeza pada rasa ayam tu sahaja. Dalam set anda akan dapat 2 ketul ayam goreng + kentang goreng dan juga air berkarbonat. Ayamnya juga warna lebih kepada merah gelap sedikit tidak seperti cerahnya ayam goreng spicy biasa.

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pergi ke bahagian rasa, bagi pendapat aku, rasa ayam goreng extra spicy 3x ini lebih pedas daripada biasa tetapi tidak sepedas yang seperti yang digembar-gemburkan di iklan sampai 3X pedas. Tetapi mungkin ianya berbeza mengikut daya ketahanan pedas individu.

Ada juga memberi tahu ayam goreng extra spicy ini pedas gila sampai nak makan pun tak habis, dan ada juga warganet melontarkan komen dimana ayam goreng ini sama pedasnya ketika ayam goreng spicy mula diperkenalkan dahulu.


Ada juga mengatakan, iainya tidak pedas dimulut tetapi pedas diperut sehingga ada mengatakan sakit perut dan pelbagai lagi. 

Bagi aku, ianya pedas daripada ayam goreng spicy tetapi boleh makan seperti biasa dan mungkin perlukan air sedikit ketika makan. Rasa lain masih sama seperti ayam goreng biasa.

Selain daripada menu ayam goreng extra spicy 3X, anda boleh dapatkan mcflurry cempedak. Sama seperti durian D24 sebelum ini, rasa cempedak seakan cempedak betul. Mungkin nampak pelik, sebenarnya rasanya sedap bila aiskrim vanila bercampur dengan campuran cempedak. Anda patut cuba.

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Bagi aku menu baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini lebih pedas daripada biasa dan rasanya masih sedap dan boleh dimakan. Juga pada mcflurry cempedak, ianya juga sedap untuk dirasa. Untuk itu, menu ini patut rasa dan juga boleh dicuba sekali lagi.

Jimat RM10 Beli Ayam Goreng McD Dengan BigPay

Aku nak kongsikan macam mana aku jimat RM10 bila beli Ayam Goreng McD yang berharga RM15 ini menggunakan BigPay.

Secara ringkas, BigPay ini seakan e-wallet tetapi diberikan debit kad secara fizikal. Anda topup duit masuk kedalam kad BigPay anda dan berbelanja seperti debit kad. Yang paling best, setiap perbelanjaan RM20 anda diberi mata atau point. Anda kumpul point, anda boleh tebus ganjaran antaranya adalah tiket flight.


Jadi nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke https://www.bigpayme.com/

Sekiranya anda pengguna baru BigPay, bila anda mohon untuk daftar (secara percuma) dan masukkan kod ini 0LMZHKVZ3T ketika daftar baru, anda akan diberi RM10 secara percuma. Ianya hanya untuk pelanggan baru sahaja.

Muat turun aplikasi BigPay

Android : Muat Turun
iOS : Muat Turun

Jadi dengan RM10 tersebut anda boleh gunakan untuk beli secara debit di mana-mana cawangan McDonald's dan dapatkan Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X dengan tambahan RM5 lagi sahaja. Jimat bukan.


Post a Comment

14 Comments

  1. yg sedia ada pun dah rasa pedas.. inikan pulak extra.. huaaa

    https://puansyah.blogspot.com/2019/07/open-belajar-forex-untuk-wanita-sahaja.html

    ReplyDelete
  2. Ramai yang review dan nasihati tidak mengambilnya .hehe

    ReplyDelete
  3. Tengok pada warna ayam goreng tu saja dah boleh agak level kepedasannya macam mana 🍗🔥

    ReplyDelete
  4. Nnti nak cuba rasa kepedasan ayam goreng baru dr MC D. Nampak sodap :)

    ReplyDelete
  5. Yang sedia ada tu saya tak tahan, ni extra lagi menangis agaknya

    ReplyDelete
  6. tak tahulah tahan ke tak makan pedas ni sebab yang biasa tu je pun dah tak tahan alahai

    ReplyDelete
  7. belum try lg ayam goreng pedas nih & mcflurry cempedak..yg sediada pun dh pedas bg akk..

    ReplyDelete
  8. ramai kwn kite ckppp toksah try... kalau nk bibir tebal boleh try hihihi

    ReplyDelete
  9. Akak belum cuba lagi 2 2 menu terbaru dari Mcd ni, Aiman.

    Kawan kata pedas macam nak pijor bibirnya.

    Aiman kata biasa2 je.masih boleh dimakan.

    Tapi itulah. Lain orang lain feedbacknya. Hehe.

    Akak ni jenis tak tahan pedas mana :)

    ReplyDelete
  10. Tengok iklan dalam TV, teringin juga nak cuba :)

    ReplyDelete
  11. lepas u makan, perut u sakit ke tak?

    ReplyDelete
  12. Something wrong with this ayam goreng McD 3x pedas...it's not that spice in my mouth but it did something to my tummy. I have been eating pedas-pedas all my life. I can eat ghost pepper with so pedas but my tummy wouldn't feel as painful after eating this ayam goreng. Around 2 hours eating 3x pedas, my tummy started to pain, gassy and all that. Something wrong with the ingredient for sure. Anybody experiencing the same?

    ReplyDelete
  13. Dah cuba dah.. oklah, boleh makan macam biasa cuma nak kena ada sos dan air

    ReplyDelete