Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga Akan Mula Dibayar Pada 28 Ogos 2019 - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Thursday, 15 August 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga Akan Mula Dibayar Pada 28 Ogos 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga Akan Mula Dibayar Pada 28 Ogos 2019
bsh fasa 3

Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan initiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

BSH telah memasuki tahun ke-2 pada 2019 kali ini yang sedikit sebanyak memberi kebaikkan kepada penerima. Setiap golongan juga telah menerima bantuan sebelum ini.

Bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) ini terdapat 3 kategori iaitu kategori 1, 2 dan 3 yang dibezakan mengikut pendapat isi rumah dan 3 kategori ini juga akan menerima bantuan ini 3 kali setahun iaitu Fasa 1, 2 dan 3.

[Berkaitan] Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar


Bagi Fasa 1 sebelum ini telah pun dibayar pada Januari 2019, seterusnya Fasa 2 pada Mei 2019 dan kini Fasa 3 akan dibayar pada Ogos 2019.

Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Mula Dibayar

Demi menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat dengan meringankan kos sara hidup membantu golongan berpendapatan rendah (B40), pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mula dibayar pada 28 Ogos 2019 (Rabu).

Bagi yang tidak mengertahui berkaitan perincian nilai BSH 2019 yang diterima oleh isi rumah. Anda boleh tengok didalam jadual seperti dibawah:


Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2000 RM2001 - RM3000 RM3001 - RM4000
Fasa 1 RM300 RM300 RM300
Fasa 2 RM300 RM150 RM100
Fasa 3 RM400 RM300 RM100
Jumlah RM1000 RM750 RM550

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran Fasa Kedua BSH 2019 sebelum ini.

Rayuan Permohonan BSH 2019

Jika pada Fasa Kedua sebelum ini terdapat keluarga yang tidak mendapat bayaran atas sebab-sebab tertentu dan penyelesaian diberi iaitu dengan memohon dan membuat rayuan.


Jadi kepada yang belum lagi membuat permohonan rayuan bagi BSH 2019 ini, anda boleh berbuat demikian mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019. 

Bayaran baig mereka yang diluluskan rayuannya ini dijangka akan dibuat pada bulan September 2019 kelak. Jadi masih sempat lagi untuk anda membuat permohonan rayuan.



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi : 
Talian bebas tol 1-800-88-2747
e-mel : bsh@treasury.gov.my  

Kongsikan Artikel Ini

3 comments

  1. untng sapa yg dapat, hihi btw wow blog aiman dah berwajah baru...nice

    ReplyDelete
  2. Oh! patutlah time Raya Korban baru-baru ni Adik Mrs. A check takde hahahaaa...
    Kekdahnya dapat time nak sambut merdeka!

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done