Karnival Pesta Lampu LED Kini Sampai Di Temerloh

karnival pesta lampur led temerloh

Jika 12 Ogos yang lepas warga Bentong telah disinari malam dengan cahaya lampu LED di Taman Sultan Abu Bakar, kini cahaya lampu LED tersebut bertukar tempat ke Temerloh pula.

Kini giliran warga Temerloh pula merasai cahaya daripada Karvial Pesta Lampu LED yang akan menyinari Temerloh selama beberapa hari.

Tahun 2018 sebelum ini, di Kuantan juga telah diadakan karnival seperti ini dimana memperagakan dengan pertunjukkan lampu LED yang menyinari malam di bandar Kuantan tersebut.

[Artikel Berkaitan?] Fiesta Lampu-Lampu Akan Sampai Di Kuantan Pada 27 Julai Ini

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, bagi menyemarkkan sambutan acara tahunan tersebut pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menyokong dengan penganjuran Karnival Pesta Lampu LED dibeberapa buah tempat termasuk di Temerloh.

karnival pesta lampur led temerloh


Karnival Pesta Lampu LED Temerloh kali ini di anjurankan oleh kesatuan Miss Malaysia Kebaya dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Perbandaran Temerloh.

Jika di Bentong, katanya hampir 1 juta lampu LED telah mewarnai Taman Abu Bakar sempena Karnival Pesta Lampu LED tersebut dan apakah sama jumlahnya atau lebih lampu LED nya tika tiba di Temerloh kelak.


Karnival Pesta Lampu LED, Temerloh

Jadi kepada warga Temerloh khususnya dan juga yang berdekatan, datanglah beramai-ramai ke Karnival Pesta Lampu LED yang akan diadakan seperti jadual berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2019 - 1 September 2019
Masa : Setiap hari bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam
Tempat : Dataran Tok Gajah, Temerloh
Tiket masuk : RM5 sekali masuk (Masuk percuma bagi kanak-kanak bawah 3 tahun)

Di karnival ini juga terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan selama karnival ini berlangsung. Aktivit yang disediakan pastinya akan memberi lebih keceriaan kepada penggunjung yang tiba disini.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung adalah pertunjukan kereta LED, tarian LED, penampilan Ratu Kebaya, persembahan ilusi, supadupa permainan air, karaoke dan banyak lagi.

karnival pesta lampur led temerloh

karnival pesta lampur led temerloh

karnival pesta lampur led temerloh


Selain itu karnival ini menfokuskan dengan hiasan lampu LED dengan dipasang di tempat-tempat dalam bentuk yang menarik. Disinilah sesuai untuk anda mengambil selfie atau swafoto dan bergambar bersama keluarga dan kawan-kawan.

karnival pesta lampur led temerloh


Warga Temerloh juga disajikan dengan pelbagai bentuk lampu LED disediakan seperti bentuk bulan, terowong starlight dan pelbagai lagi jenis hiasan lampu dan pastinya anda tidak harus melepaskan peluang untuk mengambil gambar yang secukupnya.

Jadi kepada anda yang ingin bergambar pre-wedding ke photoshoot preconvo, dan sebagainya ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan latar belakang. Dengan lampu LED yang berwarna-warni pasti memberi gambaran yang cantik dan indah.


Selain daripada aktiviti yang disediakan, disini juga disediakan gerai makanan dan minuman untuk melegakan tekak yang basah dan mengisi perut yang kelaparan.

Anda tunggu apa lagi, bermula seawal jumaat (16 Ogos 2019), moh datang dan bawa semua keluarga dan rakan taulan untuk bersama-sama melihat Pesta Lampu LED yang berwarna-warni dengan pelbagai bentuk yang pasti akan memukau mata anda.

karnival pesta lampur led temerloh

karnival pesta lampur led temerloh

Untuk maklumat lanjut berkaitan Karnival Pesta Lampu LED di Temerloh, anda boleh lawati akaun media sosial rasmi :


9/Post a Comment/Comments

  1. waahh.. d sini walaupun ada lampu led nie masi xda masa nak pergi huhu

    ReplyDelete
  2. owh best pulak tengok karnival2 camni

    ReplyDelete
  3. wah meriah sungguh. cantik warna warni.. yang suka bergambar mesti kena pergi

    ReplyDelete
  4. macam best je. btw cantik design baru blog :)

    ReplyDelete
  5. di KK itu hari..punya ramai org..nda dpt bergambar solo..huhhhu

    ReplyDelete
  6. kira mcm kat i-City lah ni ya...best nyaaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post