Recent Posts

Kufi Wednesday #87 | Tulisan Khat

kufi khat jawi

توليسن خط

Sebelum ini di media sosial kecoh dengan isu tulisan khat yang ingin diperkenalkan dan dimasukkan di dalam silibus Bahasa Melayu darjah 4. Banyak pihak mengeluarkan pendapat dan hujah masing-masing berkaitan perkara ini.

Jadi pihak KPM akhirnya membuat keputusan tetap akan memasukkan silibus Tulisan Khat ini dengan hanya 3 helaian sahaja.

Sebenarnya ianya merupakan idea yang baik kepada pelajar, dimana semua bangsa dapat mempelajari benda baru dan boleh digunakan kelak.


Anda kene ingat, tulisan khat ini tidak menjadikan anda bertukar kepada Melayu atau Islam pun, ianya hanya seni kaligrafi. Hatta sebelum merdeka pun dah guna tulisan khat jawi ni. Apa la yang nak ditakutkan.

Nak cantik lagi, belajar lagi tulisan khat lain seperti Khat Kufi ini. Baru lah nampak cantik kan.

[Artikel Berkaitan] Cara baca Khat Kufi

Jadi bermula 2020 kelak, silibus tulisan khat ini akan dimasukkan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu darjah 4. Baru la Malaysian. 




Post a Comment

2 Comments

  1. seni yg mesti dipertahankan..

    ReplyDelete
  2. dulu zaman sekolah menegah ada belajar, tpi part of syllibus, sebab sekolah agama..hihi

    ReplyDelete