Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2019

hari kemerdekaan 2019

Setiap bulan Ogos, Malaysia akan menyaumbut hari Kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Seperti mana biasa tahun sebelum-sebelum ini, pasti bulan Ogos menjadi meriah dengan pelbagai acara dan suasana yang melibatkan Kemerdekaan.

Malaysia telah berjaya merdeka daripada penjajah khususnya iaitu pada 31 Ogos 1957, kira-kira 62 tahun yang lalu.

Setiap tahun juga, pihak Kerajaan akan memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kemerdekaan. Bagi tahun 2019 ini, sekali lagi telah berbuat demikian.

Jadi apakah Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2019?


Tahun 2019 ini juga merupakan tahun ke-2 dimana kerajaan baru telah menyambut Hari Kemerdekaan. Jika sebelum ini, 'Sayangi Malaysiaku' telah diangkat sebagai tema rasmi bagi Hari Kemerdekaan 2018.

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2019

Logo Merdeka

hari kemerdekaan 2019

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 tahun 2019 ini, pihak Kerajaan mengekalkan logo Merdeka seperti tahun 2018 sebelum ini.

[Sudah Baca?] Trivia Menarik Tulisan Jawi

Penceritaan disebalik logo Hari Kemerdekaan 2019:

Di logo tersebut memaparkan 3 orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan (dada) mereka

Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonia rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada Negara Malaysia.
Bagi penggunaan warna pula, warna yang digunakan merupakan warna-warna Jalur Gemilang yang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Tema Hari Kemerdekaan 2019

hari kemerdekaan 2019

Pada 2019 ini, tema yang digunakan sedikit berbeza dengan tahun 2018 iaitu dengan membuat sedikit penambahan. Tema yang digunakan adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah.

Selain itu disebalik rasional tema yang digunakan, ianya menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.


Anda juga boleh menggunakan tandapagar (#) diseluruh pelusuk media sosial bagi menunjukkan semangat patriotik dengan menggunakan #sayangimalaysiaku #malaysiabersih #kemakmuranbersama #kitamalaysia

Anda boleh dapatkan muat turun Logo dan Tema Rasmi di pautan ini

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2019



Hari Kemerdekaan 2019 memperkenalkan lagu tema bertajuk Malaysia Bersih yang dicipta oleh:

Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Idris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Nyanyian : Gemersik Chorus

Lirik lagu Malaysia Bersih

Harapan semua Moga kita berjaya
Bagai negara Yang kekal merdeka
Amanah bangsa Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita, Budi pekerti indah
Amanah jujur Amalan kita
Kini masanya Sudah tiba Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara, Perangi rasuah
Kita satukan hati Demi ibu pertiwi
Keutuhan jiwa, Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua Moga kita berjaya
Bagai negara yang kekal merdeka
Kini masanya Sudah tiba Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih Harapan kita!
Malaysia bersih Harapan kita!



Jadi kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik bersatulah dengan menunjukkan semangat patriotik sempena Hari Kemerdekaan 2019 ini. Jika ada bendera, pasanglah di rumah, kereta, pejabat dan dimana sahaja.

Siapa lagi mahu cintakan negara kita, kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia. Tunjukkan di mata dunia, walaupun dengan pelbagai kaum dan agama, tetapi kita mampu hidup dengan harmoni dan sejahtera.

Untuk mendapatkan bahan edaran dan mengetahui maklumat lanjut, anda boleh pergi ke:


hari kemerdekaan 2019


1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post