Recent Posts

Senarai Aplikasi Yang Patut Segera Dibuang Daripada Telefon Pintar Anda

Senarai Aplikasi Yang Patut Segera Dibuang Daripada Telefon Pintar Anda

Baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui akaun facebooknya memberitahu senarai-senarai aplikasi yang berbahaya jika ia sudah pun dipasang di telefon pintar anda.

Pihak PDRM juga menekankan untuk membuang atau unisntall segera kesemua aplikasi tersebut daripada telefon pintar anda. Kesemua yang diberitahu iaitu sebanyak 7 buah aplikasi.

Buang Segera 7 Aplikasi Ini

Aplikasi-aplikasi tersebu adalah:

  1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
  2. Spy Kids Tracker;
  3. Phone Cell Tracker;
  4. Mobile Tracking;
  5. Spy Tracker;
  6. SMS Tracker; dan
  7. Employee Work Spy.


Kenapa Perlu Dibuang Aplikasi-Aplikasi Ini?

Melalui posting yang dibuat oleh pihak PDRM, ianya memberitahu 7 aplikasi ini yang disenaraikan di dalam Google Play Store telah dimuat turun dan dipasang ke peranti Android hampir 130,000 kali.

Keburukan aplikasi-aplikasi ini adalah ianya mendapati telah menceroboh data dan keselamatan pengguna dengan melalukan intipan terhadap pengguna yang pasang aplikasi tersebut di peranti mereka.

Sebuah badan penyelidik keselamatan siber memberitahu dimana 7 aplikasi tersebut dipercayai mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan dibuat.

Sebuah badan iaitu Penyelidik Ancaman Keselamatan Siber telah memberitahu dan menyenaraikan 7 aplikasi yang berada di dalam Google Play Store yang didapati melalukan intipan.

Senarai Aplikasi Yang Patut Segera Dibuang Daripada Telefon Pintar Anda

Justeru itu, kepada para pengguna peranti Android khususnya sila semak dan periksa jika ada aplikasi-aplikasi ini yang terpasang di peranti anda dan jika ianya ada, segera buang dan uninstall aplikasi-aplikasi tersebut.

Pihak PDRM juga menasihatkan supaya para pengguna supaya berwaspada jika ingin memasang apa-apa aplikasi di peranti anda bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Pihak Google juga telah menurunkan kesemua aplikasi-aplikasi tersebut bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus menjadi buruk.


Platfom Google Play Store sebenarnya lebih terbuka dan lebih senang untuk anda muat naik aplikasi anda berbanding App Store di peranti Apple.

Setahu aku dengan bayaran USD25 sahaja anda sudah boleh muat naik aplikasi anda di Google Play Store tanpa tapisan yang ketas daripada pihak Google. Jika anda lihat terdapat lambakan aplikasi 'scam' yang wujud di dalam Google Play Store.

Untuk lebih selamat sebelum pasang atau install apa-apa aplikasi di telefon pintar anda, baca terlebih dahulu review daripada pengguna lain. Adakah ianya selamat? reviewnya baik? atau sebaliknya?

Jadilah pengguna yang bijak


sumber: facebook PDRM dan blog avast

Post a Comment

7 Comments

  1. bahaya nyaaa.. nak download apps pun kena check betul2 kan.. tak boleh nak install sembarangan dah lepas ni... nice info

    ReplyDelete
  2. kalu ikutkn hati nk buang semua😆

    ReplyDelete
  3. nasib baik takda install mana2 apps ni.. bahaya :)

    ReplyDelete
  4. mujurlah sy x pernah ada program spt yg tersenarai itu...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi nak install apps macam ni.Nice sharing aiman

    ReplyDelete
  6. Appss untuk travel je byk..untk hotel sje smpi 5@6, flight pon sama..hahahaha..apps shopping pon bole thn byk..😂

    ReplyDelete
  7. busyra tak pernah install app diatas di phone. game pun tak ada dlm phone ni. haha.

    ReplyDelete