Foodpanda Kini Di Temerloh

Foodpanda Kini Di Temerloh
sumber : facebook muhammad ilmi

Kini orang Temerloh boleh pesan makanan secara online kerana Foodpanda Kini Di Temerloh. Mungkin bandar-bandar besar di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan sudah lama menerima khidmat pesanan makanan secara online, jadi kini giliran orang Temerloh pula.


Jika sebelum ini, Temerloh sudah menerima khidmat pesanan e-hailing seperti Grab dan MyCar bagi alternatif kepada kepada pengangkutan awam dan kini Temerloh sekali lagi menjadi tempat tumpuan iaitu bagi khidmat pesanan makanan iaitu Foodpanda.


Foodpanda merupakan syarikat penghantaran makanan dari pilihan hidangan restoran tempatan dengan pelbagai masakan, pelbagai hidangan dan pilihan pembayaran yang selamat dan mudah dengan hanya melalui online. Senang cerita, anda boleh pesan makanan di restoren atau kedai kegemaran anda melalui aplikasi dan buat bayaran secara online dan akan terus dihantar ke depan pintu rumah anda. Tak perlu bersusah payah hadap jem dan kereta di atas jalan raya.

Pada awal September 2019 yang lepas, perkhidmatan Foodpanda telah membuka 1 lagi kawasan di bahagian Pantai Timur iaitu Temerloh. Jadi bermula September, anda orang Temerloh sudah boleh mendapat liputan bagi menggunakan perkhidmatan Foodpanda bagi mendapatkan makanan kegemaran terus ke pintu rumah anda.

Foodpanda Kini Di Temerloh

Jadi post ini khusus untuk orang Temerloh. Kini anda sudah boleh membuat tempahan Foodpanda terus melalui talifon bimbit anda. Anda boleh membuat pesanan melalui 2 cara iaitu sama ada menggunakan aplikasi Foodpanda ataupun melalui laman web di https://www.foodpanda.my/ 

Setakat ini diberitahu, hanya terdapat lebih 50 buah kedai yang berdaftar dengan Foodpanda dan kawasan yang mendapat perkhidmatan ini adalah daripada Taman Sri Semantan sehingga ke Kawasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS). Untuk kawasan lain, akan dimaklumat kemudian oleh pihak Foodpanda.

Jadi kawasan seperti Jalan Bahagia, Batu 1, bandar Temerloh, Temerloh Jaya anda boleh menggunakan khidmat Foodpanda. Manakala antara kedai yang sudah berdaftar dengan Foodpanda adalah :
  1. Mcdonald's
  2. KFC
  3. Burger Koi TJ
  4. Kancil Raja Patin Temerloh
  5. Nasi Kukus by Azim Jaafar
  6. Laksa Gebok Temerloh
  7. Ustaz Cendol Temerloh
  8. Nasi Air Kak Na
  9. Hogoh De Coco
  10. Sheikh Cendoy
  11. Balqis Nasi Kukus
  12. Idea Kitchen dan banyak lagi
Anda boleh lihat senarai kedai yang ada terus di aplikasi Foodpanda.

Foodpanda Kini Di Temerloh
gambar : facebook azim jaafar

Cara Daftar Akaun Pengguna Foodpanda

Bagi mendaftar sebagai pengguna di aplikasi Foodpanda yang penting anda ada telefon pintar dan juga sambungan internet sahaja. Cara seperti berikut.

1.  Muat turun aplikasi Foodpanda disini

2.  Anda tekan tiga lines di penjuru kiri atas kemudia pilih Log in / Create Account

3.  Disini anda diberi 2 pilihan sama ada daftar menggunakan alamat emel ataupun lebih senang menggunakan akaun Facebook anda sahaja. 

4.  Kemudian terus kepada proses pendaftara seperti biasa sehingga selesai.

Foodpanda Kini Di Temerloh

5.  Selepas itu, anda pergi ke bahagian Profile dan update maklumat anda seperti No Telefon dan nama yang digunakan supaya mudah kepada rider yang menghantar makanan kepada anda kelak.

6.  Kemudian anda perlu update alamat kediaman anda di bahagian My Addresses. Disini anda perlu masukkan alamat kediaman anda dengan tepat supaya senang untuk rider membuat penghantaran nanti.


      1.  Anda tekan butang tambah di penjuru kanan bawah
      2.  Kemudian tekan Set Location
      3.  Jadi dibahagian ini anda perlu masukkan alamat rumah / kediaman anda dengan tepat dan                   tekan Create jika sudah selesai.

7.  Jika sudah semuanya, anda sudah boleh mula membuat pesanan di Foodpanda

Foodpanda Kini Di Temerloh


Cara Membuat Pesanan Menggunakan Foodpanda

Disebabkan Foodpanda kini di Temerloh, aku cuba juga untuk membuat pesanan makanan hari ini. Jadi aku akan tunjukkan serba sedikit cara bagaimana mahu membuat pesanan makanan melalui aplikasi Foodpanda kepada mereka yang masih baru.


1.  Buka aplikasi Foodpanda di telefon pintar anda

2.  Pilih kedai yang disenaraikan di dalam aplikasi Foodpanda dan tekan pilihan tersebut

3.  Kemudian pilih menu yang disenaraikan oleh kedai kedai tersebut. Disitu akan disediakan ilustrasi gambar dan harga menu tersebut. Kemudian jika ada variasi lain, juga akan dipaparkan.

4.  Selepas selesai, tekan Add To Card di bahagian bawah. Jika ada tambahan maklumat kepada rider, anda boleh tulis dibahagian Special Instructions

5.  Jika sudah selesai membuat pilihan anda tekan View Your Cart

Foodpanda Kini Di Temerloh

6.  Disinilah akan dipaparkan harga menu bersama-sama dengan delivery free dan service tax dan jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar.

Jika anda mempunya apa-apa baucer potongan, anda tekan Do you have a voucer? dan masukkan baucer tersebut. Anda boleh cuba [MAKANLAH] untuk dapat percuma penghantaran.

7.  Disini juga dipaparkan semua maklumat anda yang telah dimasukkan di bahagian Profile sebelum ini.

      1.  Pastikan alamatnya kediaman anda betul.
      2.  Anda juga boleh boleh pilih waktu penghantaran mengikut keinginan anda. Bila-bila sahaja.
      3.  Kemudian pilih cara bayaran sama ada : Cash on delivery, credit or debit card dan online               banking. Lebih baik anda terus bayar menggunakan online banking je, lebih mudah.

8.  Akhir sekali anda tekan Place Order dan teruskan dengan bayaran anda

Foodpanda Kini Di Temerloh

Foodpanda Kini Di Temerloh

Selepas selesai membuat semua pembayara, kini anda hanya perlu tunggu sahaja dengan mengikut masa yang diberi. Setiap semasa ke semasa akan di update oleh Foodpanda di telefon pintar anda. Jangan risau, makanan akan sampai kepada anda.


Foodpanda kini di Temerloh dan rodong-rodong semua sudah boleh mula buat tempahan makanan kegemaran anda tanpa anda perlu bergerak daripada rumah. Rider yang akan tolong belikan untuk anda dan hantar terus ke pintu rumah anda.

Foodpanda Kini Di Temerloh

*Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2019 ini, pihak Foodpanda memberikan baucer potongan 62% bagi setiap pembelian RM31 dan ke atas. Maksimum potongan adalah RM31.

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post