Review Filem Parasite | Filem Wajib Tonton

review filem parasite melayu

Ulasan kali ni berkaitan filem Parasite yang sudah beberapa minggu berada di layar perak Malaysia dan negara asal mereka iaitu Korea Selatan. Filem ini hangat diperkatakan di media-media sosial. Katanya wajib tonton, kene tengok banyak kali dan pelbagai lagi.

Filem ini juga memberi beberapa riaksi daripada pengulas-pengulas filem tempatan dan antarabangsa. Jika dilihat daripada pautan terkenal Rottentomatoes sendiri mendapat skor 100% daripada 78 pengulas. Manakala di laman IMDB mendapat skor sehingga 8.5/10. Daripada skor ni menunjukkan filem ini patut ditonton.


Filem : Parasite
Negara : Korea Selatan
Pengarah : Bong Joon-Ho
Genre : Drama, Misteri
Pelakon : Song Kang-ho, Lee Sun-Kyun, Jo Yeo-jeong, Choi Woo-Shik, Park So-Dam
Tarikh Tayangan : Ogos 2019 (GSC, Malaysia), Mei 2019 (Korea Selatan)
Penilaian : 8/10

review filem parasite melayu


Sinopsis Filem Parasite

Filem ini menceritakan sebuah keluarga, 4 anak beranak yang tidak mempunyai pekerjaan dan hidup dalam serba kekurangan. Tiba-tiba anak lelaki mereka telah mendapat tawaran kerja sebagai tutor kepada anak orang kaya. Dengan itu, beliau telah mengambil kesempatan mengusir semua pekerja orang kaya tersebut supaya perkerjaan tersebut dapat diganti oleh ahli keluarga mereka sendiri iaitu adik perempuan sebagai tutor seni, ibu sebagai pembantu rumah dan ayahnya sebagai pemandu peribadi orang kaya tersebut. Jadi disini telah berlaku konflik antara pekerja lama dan ahli keluarga tersebut. Yang akhirnya telah berlaku pembunuhan di rumah mana orang kaya tersebut. Ada yang mati, ada yang dilepaskan dan ada yang menghilangkan diri.

Ulasan Filem Parasite

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga Kim mempunyai 4 anak beranak iaitu Ki Taek iaitu Ayah serta Chung Sook sebagai ibu kepada 2 anak lelaki iaitu Ki Woo dan perempuan iaitu Ki Jung.

Bagi aku filem ini boleh dibahagian kepada  4 bahagian penting iaitu bahagian 1 menceritakan kehidupan serba kurang di kawasan separa bawah tanah penempatan miskin di bandar Seoul dan kemudian bahagian dimana proses membawa semua ahli keluarga Kim untuk bekerja di rumah pasangan kaya iaitu Mr. Park dan Yeon Kyo. Seterusnya bahagian ke-3 ialah dimana konflik berlaku antara keluarga Kim dan pembantu rumah lama yang dipecat. Akhirnya bahagian ke 4 adalah dimana pengakhiran tragedi buruk dengan berlakunya pembunuhan sekali gus mematikan beberapa watak.

review filem parasite melayu

Ramai yang mengatakan filem ini terbaik tidak lupa juga daripada pengulas-pengulas terkenal. Manakan tidak filem Parasite ini merupakan filem pertama daripada Korea Selatan yang memenangi anugerah Palme d'Or 2019 yang tahun sebelumnya dimenangi oleh filem Shoplifter daripada Jepun juga berkisarkan kekeluargaan.

Pada awal penceritaan, filem ini mengambarkan bagaimana sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan dengan menunjukkan untuk dapatkan sambungan wifi pun tak mampu, yang hanya bergantung pada sambungan percuma. Demi mencari sedikit wang, mereka hanya mengambil upah melipat kotak pizza sahaja.


Sebenarnya Ki-woo mempunyai kebolehan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Universiti tetapi atas sebab kemiskinan beliau terpaksa membatalkan hasratnya. Ki Jung juga mempunyai watak yang pandai dalam bidang seni, beliau pernah berlakon menjadi askar kalau tidak silap, berlakon sebagai operator pencarian pekerja dan juga mampu mencipta sijil palsu bagi Ki-woo.

Dalam filem ini sebenarnya tiada watak jahat tetapi disebabkan perlakuan dan percakapan kita, akan terlahirlah sifat kurang senang sehingga berlaku pembunuhan pada akhir babak filem Parasite ini. Untuk watak baik pula, ada juga yang terlalu baik sehingga sampai tahap naif iaitu watak Yeon-kyo. Semua yang diberitahu oleh keluarga Kim dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa. Tetapi beliau diangkat sebagai bos yang baik dalam cerita ini oleh keluarga Kim kerana walaupun dia kaya, tetapi dia baik hati.

review filem parasite melayu

Dari segi perlakuanlah berlakunya peristiwa hitam dan ianya bermula apabila Moon-gwang terjatuh dan terhentak di dinding selepas di tolak oleh Chung-sook. Dan akhirnya watak ini mati di bilik bawah tanah. Peristiwa inilah telah membuatkan Geun-sae menyimpan sifat dendam terhadap semua keluarga Kim. Beliau berjaya menikam dan membunuh Ki-jung di akhir cerita sebelum ditikam semula oleh Chung-sook ketika majlis hari jadi Da-song dirumah agamnya. Selain itu juga, Geun-sae telah mencederakan Ki-woo dikepala sehingga berlaku pendarahan yang banyak.

Percakapan juga memberi kesan buruk kepada Mr. Park dimana sebelum ini, beliau telah tercakap dan merendah-rendahkan golongan bawahan yang tinggal di kawasan separa bawah tanah sehingga percakapan itu didengan oleh Ki-taek. Atas sebab itu juga, akhirnya Ki-Taek menyimpan dendam dan membunuh Mr. Park juga di majlis hari jadi tersebut.


Dalam filem ini juga, mengambarkan 2 taraf hidup yang berbeza. Walaupun hujan lebat, rumah kaya pasti selamat daripada banjir berbanding rumah di kawasan miskin. Ianya juga mengambarkan dimana keluarga miskin juga mempunyai hati untuk berubah dan mahu menjadi kaya dan hidup senang seperti orang lain.

Akhirnya, penutup filem Parasite ini sedikit mengecewakan aku sebab ianya seperti penutup yang tidak logik. Manakan tidak interpool sendiri tak dapat cari Ki-taek yang menyorok di bilik bawah tanah untuk berbulan-bulan kerana melarikan diri atas sebab membunuh Mr. Park. Tetapi ianya hanya disedari oleh Ki-woo sahaja  dan dengan sifat kekeluargaan yang kuat, beliau berhasrat untuk bekerja dengan lebih gigih selepas itu supaya dapat membeli rumah agam tersebut supaya ayahnya boleh keluar daripada bilik bawah tanah tersebut.

review filem parasite melayu

Betul dalam filem Parasite ini, permulaan cerita sehingga pertengahan jalan ceritanya sangat best dan boleh diikuti tetapi pengakhiran sedikit kecewa. Atau mungkin pengarah Bong Joon-Ho ada ingin membuat sequel Parasite. Nantikan je la.

Secara jujur, filem ini wajib tonton. Ini merupakan filem korea yang ketiga bagi. Kalau aku tengok tu, maksudnya filem tu sedap la. Katanya filem ini dah masuk Netflix. Jadi kepada yang ingin menonton, anda boleh pergi ke panggung pawang GSC terpilih atau menonton melalui Netflix atau muat-turun secara percuma dengan tanggungan risi sendiri bagi menontong filem Parasite.

9/Post a Comment/Comments

  1. dengar tajuk filem pun dah menakutkan

    ReplyDelete
  2. Macam mendebarkan je ni...tak berapa suka sgt movie korea sebab slow, kecuali train to busan.

    ReplyDelete
  3. sis suka gak citer korea... so dam tu pun best gak lakonan dia.. nnti ada masa free leh tgk citer ni

    ReplyDelete
  4. Peminat citer Korea wajib tonton nih!
    Macam tak sabar je nak pi tengok

    ReplyDelete
  5. rasa macam pernah tengok... tapi tak ingat dah tengok ke belum.. haha...

    ReplyDelete
  6. lepas baca entri kat sini, terus tengok. ni baru ja habis. hahahaha

    ReplyDelete
  7. best jg movie ni..betullah ending dia mcm tk logik..sedangkan ada je cctv di rmh seberang jalan..melainkan dah rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CCTV da dipotong wayar dia oleh bekas pembantu rumah tu

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post