Review Filem Raatchasi - Dedikasi Seorang Guru Besar Demi Anak Bangsa

review filem raatchasi

Filem Raatchasi sebenarnya sudah lama ditayangkan di beberapa panggung wayang Malaysia iaitu bermula pada Julai 2019 yang lalu. Tetapi bermula September 2019 yang lepas, filem ini tiba-tiba hangat diperkatakan terutamanya di laman media sosial.

Rupa-rupanya filem ini direkomendasi sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik apabila mengajak rakyat Malaysia untuk menonton filem ini. Beliau memberikan pujian terhadap cerita ini.

Ini kerana cerita ini berkisarkan latar belakang dan kisah pendidikan sekolah yang juga pastinya dekat dengan Dr Maszlee sendiri sebagai Menteri Pendidikan. Justeru, cerita ini memberi banyak pengajaran dan aspirasi kepada beliau bagi mengembalikan sistem pendidikan ke arah yang lebih baik.

Filem : Raatchasi
Negara : India (Tamil)
Pengarah : Sy Gowthamraj
Genre : Drama
Pelakon : Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss
Tarikh Tayangan : Julai 2019
IMDB : 7.4 / 10
Penilaian : 7.8 / 10

Review Filem Raatchasi

Sinopsis Filem Raatchasi

Sebagai Guru Besar baru Sekolah Kerajaan di sebuah kampung Tamil Nadu, Geetha Rani nekad untuk cuba memperbaiki piawaian dan sistem pendidikan bagi para pelajarnya.

Dia telah mengubah undang-undang serta mewujudkan semula hubungan baik antara sekolah dan alumni, termasuk para ibu bapa.

Perkara itu menimbulkan kemarahan seorang pekerja dari sebuah sekolah swasta, yang mencuba pelbagai cara untuk menghalang perbuatan Geetha, termasuk memasukkan dia ke dalam penjara.

Terdapat pelbagai halangan yang diterima oleh Guru Besar tersebut sehingga akhirnya beliau ditangkap. Tetapi halangan-halangan tersebut, tetapi ditempuh oleh beliau dengan tabah dan terus mara ke hadapan demi anak bangsa dan masa depan sekolah tersebut.

Walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza pada awalnya tetapi sikap dedikasi untuk membentuk masa hadapan pelajar ke arah lebih baik ditonjolkan oleh pelakon utama, Jyothika sehingga akhirnya membuahkan hasil.

Review Filem Raatchasi

Raatchasi merupakan perkataan sanskrit yang bermaksud Female demon atau dalam bahasa Melayu Raksaksa Perempuan. Adakah dalam cerita ini, watak utama iaitu Guru Besar, Geetha Rani adalah seorang raksaksa akhirnya? Sudah tentu tidak.

Raatchasi merujuk kepada sifat beliau yang tegas terhadap sesuatu perkara yang melibatkan pendidikan sehingga ramai orang sekeliling beliau sedikit takut terhadap beliau tetapi akhirnya dihormati dan disenangi oleh semua orang.

Review Filem Raatchasi

Review Filem Raatchasi

Filem Raatchasi ini sedikit berbeza dengan filem Tamil yang lain yang mana biasa kita lihat adegan lawan, nyanyian, tarian, pergaduhan, konflik dan sebagainya. Tetapi tidak boleh tidak, ciri ini ada juga diselitkan sedikit tetapi bersebab ianya dimasukkan.

Berlaku juga adegan pertarungan antara Geetha dan pengusaha bas yang akhir memberikan kemenangan kepada Guru Besar tersebut dan juga adegan pergaduhan besar antara kasta yang disudahi dengan pendamaian setelah diselesaikan konflik tersebut oleh Guru Besar tersebut

Geetha sebenarnya terlibat dengan Ketenteraan yang sehingga memberikan beliau pangkat yang tinggi tetapi beliau sanggup melupakan semuanya demi menaikkan semula martabat sebuah sekolah di sebuh kampung pedalaman Tamil Nadu.

Seperti diberi tahu, Menteri Pendidikan begitu teruja apabila menonton filem ini. Katanya, filem ini sedikit sebanyak memaparkan aspirasi beliau dalam meningkatkan sistem Pendidikan di Malaysia.

Sebagai contoh, filem Raatchasi ini sering menujukkan babak dimana beliau biasanya akan bersarapan sekali dengan anak muridnya. Keadaan ini juga sedang diusahakan oleh Dr. Maszlee dalam Program Sarapan Percuma (PSP) yang antara objektifnya adalah guru-guru bersama bersarapan dengan anak murid.

'Setiap kanak-kanak diwajibkan untuk bersekolah' inilah agenda yang dibawa oleh Guru Besar ini sehingga mengarahkan pihak polis menangkap mana-mana ibu bapa yang tidak membenarkan anaknya bersekolah.

Review Filem Raatchasi

Untuk melahirkan pelajar yang gemilang, mestilah datang daripada guru yang dedikasi dan cemerlang. Kalau anda tonton sendiri filem ini, rata-rata guru yang ada tidak mencapai piawaian sebagai pendidik.

Ada juga yang malas, sering ponteng mengajar dan keluar sekolah ketika waktu pembelajaran. Geetha hentam mereka dengan hanya memberi isyarat '3 soalan' sahaja kepada guru-guru tersebut. Yang akhirnya selepas sebulan, ianya membuahkan hasil.

Sebenarnya walaupun kita tidak bekerja di sekolah, sebenarnya kita sebagai komuniti setempat bertanggungjawab terhadap sekolah tersebut. Ini yang ditunjukkan di dalam filem Raatchasi. Anda boleh terus menderma terhadap rumah ibadah, tetapi kenapa anda tidak boleh buat benda yang sama terhadap sekolah yang fungsinya membentuk peribadi seseorang.

Selain drama berkaitan sistem pendidikan, ianya juga diselitkan dengan percintaan yang tidak kesampaian dimana tunang Geetha meninggal sebelum beliau memasuki sekolah tersebut. Ditambah lagi dengan babak sedih selepas ayah Geetha pula meninggal dunia. Dengan sikap dedikasi, selepas kebumikan ayahnya, tengah hari tersebut beliau terus kembalik ke sekolah demi anak muridnya.

Aku setuju dengan cadangan Dr. Maszlee dimana filem ini juga wajib tonton bagi semua orang yang sayangkan akan anak bangsa tidak kira bangsa. Jalan cerita yang menarik dan lakonan pelakon utaman, Jyothika yang mantap. Jadi jangan lupa saksikan filem Raatchasi.

Review Filem Raatchasi

Dr. Maszlee Mendapat Maklum Balas Sendiri Daripada Team Raatchasi

Pada awal September yang lepas iaitu selepas Dr. Maszlee memberikan sedikit ulasan berkaitan filem Raatchasi di laman facebook beliau. Team Raatchasi menghantar surat terbuka terhadap beliau atas ucapan penghargaan dan terima kasih.

Ianya juga dikongsikan sendiri oleh pelakon utamanya Jyothika di laman twitter beliau berkenaan surat terbuka tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kerana menjadikan filem Raatchasi filem contoh demi memartabatkan Pendidikan di Malaysia.


3/Post a Comment/Comments

  1. filem Tamil x dinafikan... ada yg bagus utk ditonton. sy plg suka kalu ia berkaitan kisah benar

    ReplyDelete
  2. Nak kena layan yang gak filem tamil ni...

    ReplyDelete
  3. Lama betul CUya tak layan cerita tamil...dulu2 ada gak tengok.... macam kena tengok je ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post