Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Wednesday, 16 October 2019

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh
bulan sukan negara temerloh

Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 telah pun dirasmikan penuh gilang gemilang dan meriah pada 1 Oktober 2019 yang lepas. Perasmian telah dibuat oleh Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq di IOI City Mall, Putrajaya.

Baru-baru ini, pada 12 Oktober 2019, pelancaran Bulan Sukan Negara di peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan meriah sekali di KL Sport City. Pada hari tersebut, terdapat banyak acara sukan yang diadakan seperti fun run, badminton, bola sepak dan banyak lagi.

Baca Juga : Pengalaman Menggunakan Amazfit Bip. Adakah 'Smartwatch' Termurah?

Bulan Sukan Negara 2019 akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2019. Dalam masa sebulan ini, di setiap tempat bagi setiap Negeri dan Daerah akan diadakan acara sukan bagi menyahut seruan Bulan Sukan Negara.


bulan sukan negara temerloh
sumber : Facebook KBS

Objektif BSN2019 ini adalah :

  • Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat
  • Memupuk semangat sukan
  • Membangunkan ekonomi negara
  • Meningkatkan pengetahuan sukan
  • Pengiktirafan kepada rakyat
Konsep pelaksanaan terhadap BSN2019 ini adalah mensasarkan 5 juta orang penyertaan bagi melakukan semua bentuk pergerakan fizikal sama ada dalam bentuk sukan, kecergasan dan rekreasi, Acara yang diadakan menggunakan konsep 3M iaitu Mudah, Murah dan Menarik. 


Kementerian Belia & Sukan (KBS) mensasarkan supaya semua golongan mengambil bahagian sempena #BSN2019 ini tidak kira golongan baik, kanak-kanak, wanita, belia, warga emas hatta orang kurang upaya sekali pun. Mereka boleh memilih untuk melakukan apa-apa bentuk pergerakan fizikal dimana-mana sahaja seperti di kawasan perumahan, tempat kerja, pusat kecergasan, luar bandar dan mana-mana sahaja.

Jadi setiap daerah akan diadakan apa-apa acara sempena Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 ini. Jika pada 12 Oktober 2019 yang lepas, telah diadakan perasmian BSN2019 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kuantan, kini daerah di Pahang pula akan mula mengadakan acara sempena BSN2019


Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh

bulan sukan negara temerloh
Salah satu dearah di Pahang adalah Temerloh, jadi pada 19 Oktober 2019 ini, akan diadakan Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Temerloh. Butiran seperti dibawah :

Acara : Majis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh
Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Tempat : Dataran Tok Gajah Temerloh
Masa : 7.00 pagi

Acara Yang Bakal Diadakan


Pada majlis sambutan tersebut, pihak Jabatan Belia & Sukan Daerah Temerloh telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan acara tersebut, antaranya adalah :

  • Senamrobik
  • Walk For Fit BSN
  • Fitness Challenge
  • Sukaneka
  • Tic Tac Toe Game
  • Physical Challenge
  • Skyrunner
  • Futsal (bawah 12 tahun)
  • Shoot & Goal Challenge
  • Dam Gergasi dan banyak lagi

bulan sukan negara temerloh
sumber : facebook KPM
Jadi kepada semua Temerloh khususnya dan yang berdekatan, datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh pada Sabtu ini. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga untuk bersukan di sana.

Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan acara ini, anda boleh hubungi Majlis Sukan & Belia Daerah Temerloh di talian 09-296 1826

Kongsikan Artikel Ini

2 comments

  1. wah banyak ya aktiviti. dh lama jugak tak bersukan ni. hehe sbb busy sgt (alasan)

    ReplyDelete
  2. Satu event yang sangat menarik juga menggalakkan cara hidup sihat

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done