Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Saturday, 19 October 2019

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank
Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat

Mungkin bagi pengguna lama Google Adsense sama ada Blogger atau Youtuber telah merasa semua method atau cara cashout duit Google Adsense yang disediakan. Yang akhirnya memilih cara yang lebih mudah kini disediakan oleh pihak Google.

Jika sebelum ini, aku ada kongsikan tempoh yang diambil untuk menerima pembayaran Adsense daripada pihak Google selepas earning telah pun melepasi threshold yang ditetapkan. Jika dapat lihat pada maklumat di entry tersebut, ianya hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja untuk anda menerima pembayaran Adsense tersebut

Artikel berkaitan : Bila Google Mula Membuat Pembayaran Google Adsense Anda?

Jika dilihat aku menerima pengeluaran daripada Google (issued by Google) pada 23 September 2019 dan aku menerima pembayaran tersebut pada 25 September 2019. Jadi lebih kurang 2 hari sahaja dengan menggunakan method atau cara ke 3 yang disediakan oleh pihak Google. Jadi apa method yang disediakan bagi cara cashout duit Google Adsense?

Cara Atau Method Cashout Duit Google Adsense


Jika anda telah lulus menggunakan khidmat Google Adsense dan sudah pun menerima akaun penuh, anda boleh lihat cara yang disediakan di bahagian Payment > How You Get Paid


Terdapat 3 cara yang anda boleh peroleh bagi menerima pembayaran daripada Google Adsense iaitu :
  1. Menggunakan Cek
  2. Western Union
  3. Wire Transfer (To Bank Account)
 Cara Pertama - Menggunakan Cek 
Bagi cara pertama iaitu menggunakan Cek, anda diarahkan untuk menulis alamat penerima dan kemudian jika Cek sudah tersedia, pihak Google akan pos Cek tersebut terus ke alamat yang anda sudah tulis tadi. Menurut pengalaman yang dikongsikan oleh otai Adsense, mereka pernah menggunakan khidmat Cek ini dan ianya mengambil masa lebih 2 minggu untuk sampai ke Malaysia. 

Jadi method menggunakan Cek ini kelemahannya adalah anda perlu menunggu masa yang lama untuk menerima keratan Cek tersebut sampai ke Malaysia. Belum lagi nak Cek In ke bank akaun lagi. Tambah lagi masa.

 Cara Kedua - Western Union 
Seterusnya method ke 2 iaitu mengguna Western Union. Western Union menyediakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari serata dunia. Jadi anda kene lihat jika bank yang anda sedang guna ini ada atau tidak khidmat Western Union yang disediakan. Jika ada barulah anda boleh proses. 

Cara ini juga lebih pantas daripada menggunakan Cek tetapi ada banyak kerja yang anda perlu buat. Kene proses melalui pejabat pos, kene isi borang dan pergi ke bank. Jadi terlalu banyak kerja yang perlu dipersiapkan sebelum menerima pembayaran Google Adsense. Kenapa tidak terus ke akaun bank?

 Cara Ketiga - Wire Transfer (Lebih Mudah) 
Jadi disinilah, aku nak kongsikan method ke-3 iaitu mengguna Wire Transfer. Senang cerita, wire transfer ini anda akan menerima pembayaran Adsense terus ke akaun bank anda tanpa perlu membuat apa-apa kerja. Lebih cepat, lebih mudah.

Cara untuk anda menggunakan method Wire Transfer


  1. Log in Google Adsense anda
  2. Pergi bahagian Payment dan klik How You Get Paid
  3. Klik Add Payment Method dan pilih Bank Transfer to Bank Account
  4. Kemudian masukkan details anda dengan panduan di bawah :
Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat

Name On Bank Account : Masukkan nama penuh anda
Bank Name : Tuliskan nama bank anda
SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Anda boleh semak kod tersebut mengikut nama bank anda dipautan ini
Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda yang sama

Akhirnya, tandakan Set as primary payment method dan klik Save

Anda akan menerima email daripada Google yang memberi tahu anda sudah memasukkan maklumat berkaitan menggunakan Wire Transfer. Selesai! Sekarang anda hanya perlu menunggu duit Google Adsense anda masuk lebih kurang 1-3 hari waktu bekerja sahaja.

Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran awal kepada yang baru mula dengan Google Adsense dan dapat menolong mana-mana blogger yang ingin mengeluarkan duit dari Google Adsense kelak.

Kongsikan Artikel Ini

4 comments

  1. bestnya bila dapat cashout adsense ni, saya punya xtau la bila dapat buat cashout ni..

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. tak sabar nak cashout duit daripada google adsense once dah melepasi treshold dia..

    ReplyDelete
  3. Dah lama ada akaun google Adsense tapi entah bila dapat cash out.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html

    ReplyDelete
  4. Belum dapat merasa lagi nak cash out ni..lama lagi

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done