Mungkin bagi pengguna lama Google Adsense sama ada Blogger atau Youtuber telah merasa semua method atau cara cashout duit Google Adsense yang disediakan. Yang akhirnya memilih cara yang lebih mudah kini disediakan oleh pihak Google.
Jika sebelum ini, aku ada kongsikan tempoh yang diambil untuk menerima pembayaran Adsense daripada pihak Google selepas earning telah pun melepasi threshold yang ditetapkan. Jika dapat lihat pada maklumat di entry tersebut, ianya hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja untuk anda menerima pembayaran Adsense tersebut
Artikel berkaitan : Bila Google Mula Membuat Pembayaran Google Adsense Anda?
Jika dilihat aku menerima pengeluaran daripada Google (issued by Google) pada 23 September 2019 dan aku menerima pembayaran tersebut pada 25 September 2019. Jadi lebih kurang 2 hari sahaja dengan menggunakan method atau cara ke 3 yang disediakan oleh pihak Google. Jadi apa method yang disediakan bagi cara cashout duit Google Adsense?
Cara Atau Method Cashout Duit Google Adsense
Jika anda telah lulus menggunakan khidmat Google Adsense dan sudah pun menerima akaun penuh, anda boleh lihat cara yang disediakan di bahagian Payment > How You Get Paid
Terdapat 3 cara yang anda boleh peroleh bagi menerima pembayaran daripada Google Adsense iaitu :
Terdapat 3 cara yang anda boleh peroleh bagi menerima pembayaran daripada Google Adsense iaitu :
- Menggunakan Cek
- Western Union
- Wire Transfer (To Bank Account)
Cara Pertama - Menggunakan Cek
Bagi cara pertama iaitu menggunakan Cek, anda diarahkan untuk menulis alamat penerima dan kemudian jika Cek sudah tersedia, pihak Google akan pos Cek tersebut terus ke alamat yang anda sudah tulis tadi. Menurut pengalaman yang dikongsikan oleh otai Adsense, mereka pernah menggunakan khidmat Cek ini dan ianya mengambil masa lebih 2 minggu untuk sampai ke Malaysia.
Jadi method menggunakan Cek ini kelemahannya adalah anda perlu menunggu masa yang lama untuk menerima keratan Cek tersebut sampai ke Malaysia. Belum lagi nak Cek In ke bank akaun lagi. Tambah lagi masa.
Cara Kedua - Western Union
Seterusnya method ke 2 iaitu mengguna Western Union. Western Union menyediakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari serata dunia. Jadi anda kene lihat jika bank yang anda sedang guna ini ada atau tidak khidmat Western Union yang disediakan. Jika ada barulah anda boleh proses.
Cara ini juga lebih pantas daripada menggunakan Cek tetapi ada banyak kerja yang anda perlu buat. Kene proses melalui pejabat pos, kene isi borang dan pergi ke bank. Jadi terlalu banyak kerja yang perlu dipersiapkan sebelum menerima pembayaran Google Adsense. Kenapa tidak terus ke akaun bank?
Cara Ketiga - Wire Transfer (Lebih Mudah)
Jadi disinilah, aku nak kongsikan method ke-3 iaitu mengguna Wire Transfer. Senang cerita, wire transfer ini anda akan menerima pembayaran Adsense terus ke akaun bank anda tanpa perlu membuat apa-apa kerja. Lebih cepat, lebih mudah.
Cara untuk anda menggunakan method Wire Transfer
- Log in Google Adsense anda
- Pergi bahagian Payment dan klik How You Get Paid
- Klik Add Payment Method dan pilih Bank Transfer to Bank Account
- Kemudian masukkan details anda dengan panduan di bawah :
Name On Bank Account : Masukkan nama penuh anda
Bank Name : Tuliskan nama bank anda
SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Anda boleh semak kod tersebut mengikut nama bank anda dipautan ini
Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda yang sama
Akhirnya, tandakan Set as primary payment method dan klik Save
Anda akan menerima email daripada Google yang memberi tahu anda sudah memasukkan maklumat berkaitan menggunakan Wire Transfer. Selesai! Sekarang anda hanya perlu menunggu duit Google Adsense anda masuk lebih kurang 1-3 hari waktu bekerja sahaja.
Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran awal kepada yang baru mula dengan Google Adsense dan dapat menolong mana-mana blogger yang ingin mengeluarkan duit dari Google Adsense kelak.
bestnya bila dapat cashout adsense ni, saya punya xtau la bila dapat buat cashout ni..
ReplyDeletenice sharing.. tak sabar nak cashout duit daripada google adsense once dah melepasi treshold dia..
ReplyDeleteDah lama ada akaun google Adsense tapi entah bila dapat cash out.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html
Belum dapat merasa lagi nak cash out ni..lama lagi
ReplyDeleteTerima kasih. Membantu sangat info ni..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian aiman
ReplyDeleteBaca je mampu..hahaha.. tak tau lah bila bole sampai tahap keluarkan cash dari google adsense😅..
ReplyDelete~rupanya boleh pilih ya... thanks sudi kongsi ilmu..
Wow, cara yang mudah. Kiranya macam letak no akaun bank biasa kan?
ReplyDeleteTapi, saya ada persoalan. Cek Citibank dari Google Ads baru sampai ni. Bagaimana nak cash out? Perlu pergi ke Citybank dan perlu ada akaun bank tersebut ke? Atau tak kisah bank mana pun?
Tq awak
better ikut wire transfer ni je. letak no akaun je. senang
Deletekalau ikut cek ni saya tak pasti. Tapi rasanya untuk cek in kene di atm citibank dan boleh transfer ke bank akaun lain.
Cik nak buat isi form Malayan Banking Berhad ke atau Maybank saya nak tahu tu je...
ReplyDeletesaya tulis maybank, code MBBEMYKL
Deletetapi saya type Malayan Banking Berhad... :(
Deletesaya ada masalah CTR saya merah macam mana nak lakukan ya? i check kat home page google adsense tiba-tiba merah semua yang RPM pun merah.. macam mana boleh tak tanya?
ReplyDeletenak tanya sikit kalau cara reissued macam mana pulak ?
ReplyDeleteSalam...betul ke kalau guna wire transfer perlu membuat penjelasan kepada pihak bank jika duit itu lebih 3k?
ReplyDeleteYang tu saya tak pasti. tapi yang pastinya penerimaan pertama, bank akan call tanya duit tu datang dari mana. jadi kene hantar statement daripada adsense.
Deleteohh terima kasih
Deleteterima kasih :D
ReplyDeleteThank you buat sharing ni, mudah faham. Excited first time nak cash out
ReplyDeletewahh tahniah!
Deletesory nak tnya. kalau adsense dah lebih $100 usd, bagaimana nak cash out? ada tekan mana-mana button ke? Terima kasih
ReplyDeleteDia automatik, pastikan kita dah masukkan maklumat akaun bank je. Then, next month, dia akan transfer secara sendiri
Deleteperkongsian yang sangat bermanfaat..terima kasih ye
ReplyDeleteSaya pernah terima cek yang pertama daripada google adsense... sekarang saya sudah tukar kepada wire transfer dan sedang menunggu paras limit untuk dikeluarkan.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya sekiranya, saya mempunyai blog lain dengan pelbagai akaun googgle, bagaimana saya nak jadikan supaya blog yang lain boleh mendapat pendapatan menggunakan akaun yang telah dibayar oleh google adsense?
Boleh add domain lain (blog lain) pada akaun google adsense sedia ada. Tak perlu buat akaun lain. Pergi Site > Add sites
Deletethanks kongsi cara-cara setup payment adsense.. amat bermanfaat
ReplyDeletejangan lupa visit dan bagi komen di blog sy, saripkay.com
good info.. lama saya cari.. terbaik..
ReplyDeletevisit my blog onviral.com.my
Terima kasih kerana membantu....
ReplyDeletewire transfer skrang memang lambat?
ReplyDeleteBergantung. Untuk saya guna maybank, masih lagi on time every 23rd.
DeleteTerima kasih berkongsi. Baru nak belajar belajar.
ReplyDeletePost a Comment