Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2024

cara daftar astro go

Selain di TV, kini anda boleh menonton saluran Astro terus di telefon bimbit anda. Selain di rumah, anda juga boleh menonton Astro dimana-mana sahaja bersama telefon bimbit atau apa-apa peranti yang mempunyai sambungan internet.

Jadi selepas ini, korang tidak lagi perlu berebut remote control dengan orang lain. Kalau mereka nak tengok Korea tetapi anda nak tengok bola. Anda boleh biarkan mereka menontong korea di TV, tetapi anda menonton bola di telefon bimbit atau melalui komputer anda. Selesai masalah!

Astro telah memperkenalkan Astro GO yang diperbaharui namanya Astro On The GO pada 2017 yang lepas. Jadi apa bezanya Astro biasa yang kita guna dan juga Astro GO yang diperkenalkan ini?

Secara ringkasnya, Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro bagi menonton on demand serta saluran-saluran kegemaran mereka pada peranti mudah alih (smartphone dan tablet)  serta komputer, pada bila-bila masa atau di mana sahaja mereka berada di Malaysia.

Astro GO adalah eksklusif untuk pelanggan Astro

Pelanggan Astro yang mempunyai langganan televisyen berbayar boleh menghubungkan akaun mereka untuk menonton on demand dan saluran-saluran TV yang merupakan sebahagian daripada langganan mereka.

Cara Menggunakan Astro GO

Dengan Astro GO, anda boleh menonton saluran mengikut langganan bulanan yang dibuat dengan Astro tetapi yang berbeza hanya anda perlu mempunya sambungan internet.

Jadi di dalam website dan juga aplikasi Astro GO juga disenaraikan semua saluran seperti langganan anda dan juga senarai tontongan on demand. Ini bermakna, anda boleh tengok siaran serentak sama di TV dan juga anda boleh menonton mana-mana drama yang telah disiarkan secara terus tanpa gangguan.

 Perhatian 
Apa yang diterangkan di website Astro GO, adalah sama seperti di aplikasi Astro GO

Anda boleh menonton siaran Astro GO sama seperti yang sedang berlangsung di TV di bahagian Now On TV. Apa yang anda langgan di Astro, sama juga disiarkan di Astro GO

cara daftar astro go

Kemudian terdapat juga beberapa ketegori lain yang boleh anda tonton secara on demand seperti 

  • Catch Up
  • Boksets
  • Movies
  • Kids dan banyak lagi

cara daftar astro go

Jika anda mahu membeli/sewa sesebuah cerita atau filem, anda boleh pergi ke bahagian Store. Disini anda boleh membeli dengan cara pay-per-view. Anda diberi beberapa hari untuk menonton filem tersebut, bila-bila masa sahaja dengan hanya menggunakan sambungan internet.

cara daftar astro go

Jika pada awal Oktober yang lalu, jika anda sudah mendaftar Astro GO, anda boleh menonton semua saluran secara percuma. Astro menghadiahkan 2 minggu saluran percuma kepada semua pengguna atas pencapaian yang diperoleh pihak Astro sebelum ini.

BACA JUGASaluran Astro Percuma Pada Oktober 2019

Cara Daftar Astro GO

Sebelum anda boleh akses saluran yang diperkenalkan di atas, anda perlulah mendaftar masuk Astro GO terlebih dahulu. Jadi bagaimana caranya untuk anda daftar supaya membolehkan anda menonton Astro terus di telefon bimbit anda. Pendaftaran adalah PERCUMA!

 Langkah 1 

Anda perlu mendaftar maklumat diri di aplikasi Astro GO atau terus melalui laman web di astrogo.astro.com.my

Muat turun aplikasi Astro GO

cara daftar astro go

 Langkah 2 

Anda mula mendaftar dengan klik di bahagian Don't have an Astro ID?Click here dan anda akan dibawa ke bahagian seterusnya

cara daftar astro go

 Langkah 3 

Disinilah anda perlu dapatkan No akaun atau No Smartkad Astro berserta no kad pengenalan bagi pemegang akaun Astro tersebut. Pastikan no IC tersebut adalah pemilik no akaun Astro tersebut. Kemudian barulah masukkan butiran peribadi yang berkaitan dan barulah anda boleh akses Astro GO. 

Dan ianya selesai! Anda boleh nikmati Astro GO bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Bilangan Peranti Yang Boleh Disambungkan Dengan Pemilik Astro ID Kita

Dengan menggunakan 1 Astro ID (No akaun atau No Smartkad), anda boleh mendaftar 4 peranti dan menonton dengan peranti-peranti tersebut secara serentak.

Untuk filem-filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama.

Jadi selepas ini, tiada lagi masalah perebutan remote control terjadi. Mereka boleh tengok cerita kesuakaan mereka, anda boleh tonton filem kegemaran anda dengan hanya menggunakan Astro GO.

38/Post a Comment/Comments

  1. terima kasih atas perkongsian. memang boleh buat terus la camni. hehehheehe

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tya. Bila dah masuk app astro go, macamana nak tengok channel sama di dekoder yg kita langgan? Bila tgk semua channel ada. Risau nak tekan channel lain takut kena cas tmbahan dalam bil nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekan je mana-mana channel. kalau tak subs dia akan bagi tahu yang channel tu takda dalam pakej kita. jadi memang tak boleh tengok

      Delete
  3. nak tgk kt chrome web browser camna

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok sini http://astrogo.astro.com.my/

      Delete
  4. Kenapa astro go sy tiada saluran tv1..tv2..tv3. Pendek kata tiada basic siaran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh untuk astro go memang tiada siaran basic tu. hanya siaran Astro sahaja

      Delete
    2. dah nma pon basic channel, siarkan jela

      Delete
  5. Kalu pakai astro go kena caj ke dalam bil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak. ianya percuma. bil astro kita bayar, apa yang kita subscribe sahaja. astro go percuma

      Delete
  6. Macamana nak tengok astro go kat tv ye..

    ReplyDelete
  7. Nak tanya kalau kita dh langgan astro go, ada charge tak dlm bill kita untuk siaran yg kita tengok di fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. astro go hanya mengikut apa yang kita langgan sahaja. kalau siaran tak langgan, kita tak boleh tengok

      Delete
  8. salam. nak tanya. saya dah berpuluh2 kali masukkan no account & kp. langsung x blh. kenapa yer

    ReplyDelete
  9. salam nak tanya.. saya dah smpai ke step 3. tapi keluar mcm ni.. Your acc number is linked to another astro id. it is linked to n***********@yahoo.com for ass please call 03-9543-3838.. boleh tak tolong kenapa jadi mcm ni

    ReplyDelete
  10. As'slm..nk Tanya..Adakah bil bertambah jika Saya pakai astro go nie yr

    ReplyDelete
  11. kenapa ya , astro go sy nak buat id baru tak boleh ? dia kata username already exist . nak link masuk terus acc Facebook pun tak boleh . nak buat id yg ke dua . nak tengok kt peranti yg kedua .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun menghadapi masalah yang sama! Tapi saya bukan pelanggan Astro

      Delete
  12. kalau pakai astro go kat fon dia akan bertambah tak bill astro kita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. ianya percuma. anda boleh tonton apa yang anda subscribe seperti di tv. Kiranya bayar 1 dan boleh tengok di tv dan astro go

      Delete
  13. Assalam.. nak tanya la, kenapa saya da register astro go tp bila tgk gmbar tiada suara ada.. kenapa ya?

    ReplyDelete
  14. Assalam,kenapa bila masuk je website tu dia asyik stuck dekat sign in loading je memanjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. website dia berat sikit sebenarnya. Kena cuba beberapa kali

      Delete
  15. Assalam nk tanya, kalau kita beli movie dekat astro first melalui astro go...boleh tgk dekat tv ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya boleh. Pastikan menggunakan akaun yang sama.

      Delete
  16. Saya pemegang akaun astro njoi. saya dah register tapi bila log in, dia cakap not register. macam mana ye nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya astro njoi tak boleh. Untuk pengguna Astro sahaja.

      Delete
  17. nak tanya kenapa bila saya log in dia kata id dgn password tu tak valid sedangkan mmg itu password n id yang betul? Klau kes cmni dia punca dri phone ke atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memang dah betul passwordnya, mungkin dari apps tu. Cuba clear cache atau uninstall apps dan install semula.

      Delete
  18. Pengguna njoi tak boleh guna app astro go ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. memang bawa astro tapi identiti yang berbeza

      Delete
  19. boleh tgok siaran anugerah meletop k? nak ulang
    balik

    ReplyDelete
  20. Kenapa takde saluran 704 dalam astro go, kt tv biasa ada pulak,

    ReplyDelete
  21. Saya pengguna njoi, tapi dah beli chanel sukan. Boleh daftar astro go tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. astro go hanya untuk pengguna astro sahaja. njoin tak dapat guna.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post