Tak Tahu Cara Daftar Netflix? Katanya Ada Pelan Yang Lebih Murah, RM17 Je Sebulan

netflix murah

Beberapa hari yang lepas, pihak Netflix secara rasmi telah mengumumkan pelan terbaru daripada mereka yang pastinya lebih murah daripada pelan yang sedia ada.

Selain daripada pelan yang lebih murah dan berpatutan diperkenalkan itu, yang lebih manis, Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menerima pelan terbaru ini.

Jadi apa pelan yang diperkenalkan tersebut? Berapa RM sebulan? Betul ke murah daripada pelan-pelan sebelum ini? Jawapannya Ya! Kini anda boleh langgan dan stream menggunakan Netflix dengan hanya bayaran RM17 sebulan. Dengan bayaran tersebut, anda bebas menonton semua kandungan Netflix yang disediakan bila-bila masa sahaja.

netflix murah

Langganan Netflix Hanya RM17 Sebulan 


Dengan bayaran RM17 sebulan (pelan Mobile) anda boleh menonton semua kandungan Neflix tanpa gangguan atau iklan di dalam Standard Defintion (SD) tetapi hanya boleh ditonton sama ada pada (1) satu telefon bimbit atau (1) satu tablet dalam satu-satu masa.

netflix murah

Jika membuat perbandingan dengan pelan yang disedia ada, dari segi harga, sudah pastinya pelan Mobile ini memberikan sedikit kelebihan dengan penawaran harga yang paling murah berbading pelan lain.

Jika anda berminat untuk menggunakan Netlfix buat kali pertama, anda boleh dapatkan Free Trial secara percuma selama sebulan juga tanpa gangguan dan iklan. Jika terus masih berminat selepas tempoh percubaan habis, anda boleh memilih 4 pelan yang ditawarkan iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium.

Cara Daftar Akaun Netflix


Anda boleh menggunakan pelbagai platfom bagi menonton Netflix sama ada, telefon, tablet, laptop dan juga TV. Selain menonton secara streaming, anda juga boleh muat-turun kandungan Netflix jika mahu menontonnya dimasa lain dan yang pastinya kandungan hiburan yang disediakan tidak terkira dan pasti memuaskan pengguna Netlfix.

Meh sini aku ajar korang, macam mana nak daftar akaun Netflix bagi buat pertama kali ingin menggunakannya

  Langkah 1  
Pergi ke laman web Netflix di www.netflix.com kemudian klik Try 30 Days Free

netflix murah


  Langkah 2  
Bahagian seterusnya anda perlu pilih 4 pelan yang ditawarkan iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium dan setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

  Tips  
Sebenarnya jika dilihat ciri-ciri bagi setiap pelan anda boleh dapatkan akaun Netflix lebih murah dan lebih berbaloi bila anda langgan pelan Premium bersama 4 orang lain. Jika anda berkongsi dan membayar RM51 sebulan dengan 4 rakan anda yang lain, sebenarnya anda hanya membayar RM13 sahaja dan ciri yang diberi pun lebih menarik seperti mempunyai akses kepada High Defintion (HD) dan Ultra High Definition (UHD) berbanding pelan lain.

Lebih baik anda cari 4 rakan yang lain dan kongsi akaun sahaja.

netflix murah


  Langkah3  
Daftar akaun Neflix anda dengan mengguna email yang boleh diakses sepanjang masa.

netflix murah


  Langkah4  
Terakhirnya anda perlu masukkan cara bayaran langganan anda. Netflix menggunakan bayaran Autopay bagi setiap bulan. Jangan risau, 3 hari sebelum tarikh percubaan anda tamat, pihak Netflix akan mengingatkan anda. Anda boleh cancel langganan bila-bila masa sahaja yang anda suka.

Jadi anda boleh pilih menggunakan 3 kaedah iaitu :

Bayar secara debit menggunakan kad debit
Bayar secara bil bulanan postpaid telefon anda (hanya pengguna Maxis, Digi, Celcom)
Bayar secara Gift Code Netflix yang boleh didapati di pasaran

netflix murah

(bayaran RM5 akan di caj sejurus pendaftaran dibuat. Tetapi jangan risau, pihak Netflix akan refund kembali RM5 anda ke akaun yang didaftarkan sebelum ini. Ianya hanya tujuan verikasi sahaja)

Sebelum selesai, anda masukkan No Telefon bagi tujuan varifikasi.

Selepas itu, anda sudah bebas menonton kandungan Netflix bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tanpa gangguna dan iklan. Mungkin Netflix ini adalah inisiatif kepada siaran berbayar yang ada diluar sana dan nampak lebih murah dan mengutungkan. 

Dan baca? Berminat tak nak daftar Netflix ini? Boleh dah mula daftar. Jika artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan anda di media sosial terutamanya. 

27/Post a Comment/Comments

  1. asalam Aiman..infor bagus untuk pembaca maya..

    ReplyDelete
  2. memang murah tp xbest la tengok kat phone..hehe

    ReplyDelete
  3. tak puas lak tengok kat hp ni sebab selalu tengok kat laptop. hehe

    ReplyDelete
  4. dulu nk jg langgan tp memandangkan sy ni payah sikit nk dok mengadap cerita dlm satu jangka masa yg lama so sy ignore kan je hehehe

    ReplyDelete
  5. kenapa pakai debit card tak boleh eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. guna je nombor yang ada depan kad tu. Pastikana ada logo visa/mastercard.

      Delete
  6. saya dah try untuk debit and number phone tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa Sama lama... Mcm mna ya Nk buat.. baca Dkt blog Satu lgi... Dia Kta strt 2016 bank Malaysia dah inactive kita punya card untk langgannan Tu.. tapi klaw Nak langgan kita boleh Kol centre untk aktifkan kad

      Delete
  7. saya pun.. macam bermasalah bila nak register

    ReplyDelete
  8. Salam aiman. Kalo kongsi 4 org. Bole ke 4 org ni tgk di 4 tv yg berasingan pd masa yg sama. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Kalau beli premium akaun boleh je serentak.

      Delete
  9. Bminat tp xtau cra.. nk tgk dr tv mcm mne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka dari fon senang, follow je instruction untuk daftar akaun Netflix. Kalau nk tengok dri tv, pastikan ada apps Netflix di TV dan sign sahaja.

      Delete
  10. dia penting tak boleh log in dalam masa yang sama. mesti sorang je boleh.

    ReplyDelete
  11. Bayaran secara postpaid tu akan auto tarik duit topup phone kite eh..

    ReplyDelete
  12. salam nk tnya .. kenapa eh saya nk bayar yg rm17 tu tk boleh ? number digi saya ada credit rm18 tapi kenapa tk boleh bayar ?

    ReplyDelete
  13. Saya selalu ke negara eropah urusan kerja, boleh ke saya sign in dan tonton di sana, cth di uk, france, italy. Ada sekatan ip address?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika disana ada Netflix, kandungan akan ikut negara tersebut. Kemungkinan kandungan filem/drama melayu tak boleh tengok. Kalau nak tengok juga kena guna VPN la.

      Delete
  14. Klau bayar postpaid kena potong dekat topup kita kah min?

    ReplyDelete
  15. Nak ty. Macam saya br jer 2 julai br ni daftar pelan yg rm35 tu. Tp bila tgk balik x boleh bukak kat tv sbb pelan tu utk SD. Jd kalau sy nk upgrade pelan rm45 tu hari ini, adakah sy cuma perlu tambah rm10 shj atau kena buat byran penuh rm45 tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah langgan tak boleh simply tambah macam tu. Cuba contact netflix terus, bagi tahu nak upgrade. Mungkin boleh refund dan langgan baru

      Delete
  16. Salam, Aiman...klu nak langan premium tu, nak share dgb kwn, sorang bayar ke atau asing2 byr...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang je bayar. Nanti kutip la kemudian.

      Delete
  17. puas try nk melangan pakai visa, tp xdpt..buat kecewa jer

    ReplyDelete
  18. puas try langgan pakai Card Visa tp tak dpt..buat kecewa jer..try semua card visa pn still sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kenapa. tapi rasanya macam ramai yang ada masalah tu. Mungkin bole hubungi pihak bank terus tanya kenapa.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post