Perkongsian Pengalaman Bagaimana Merasai ETS Bussiness Class - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Thursday, 31 October 2019

Perkongsian Pengalaman Bagaimana Merasai ETS Bussiness Class

Perkongsian Pengalaman Bagaimana Merasai ETS Bussiness Class
pengalaman menggunakan ets bussiness class

ETS atau nama penuhnya Electric Train Service yang beroperasi bagi menghubungkan pantai barat dengan kawasan Utara Malaysia. Perjalananya bermula daripada Stesen Gemas sehingga Padang Besar.

Perkhidmatan ETS ini telah bermula sejak 2010 lagi sebagai alternatif kepada pengangkutan awam yang lain bagi penduduk pantai barat khususnya. Jika tidak mampu menaiki kapal terbang atau tidak mahu menaiki bas dan memandu sendiri, keretapi adalah pilihan seterusnya.

Jadi selepas beroperasi selama 10 tahun, tahun 2019 ini, pihak KTM memperkenalkan kelas terbaru bagi ETS 2 iaitu Kelas Bisnes (Bussiness Class). Selepas ini, anda boleh merasai lebih keselesaan ketika berada di dalam Bussiness Class di dalam sebuah keretapi.

pengalaman menggunakan ets bussiness class

Perjalanan Sepanjang Menggunakan ETS Bussiness Class 


Disini, admin ingin kongsikan sebuah pengalaman pengguna yang menggunakan khidmat ETS bagi kelas bisnes iaitu daripada akaun Twitter NadxSky.

Beliau memulakan perjalanan daripada Sg Petani ke Kuala Lumpur (mengambil masa 5 jam) dengan menggunakan ETS Kelas Bisnes. Harga bagi perjalanan satu hala tersebut adalah RM90 dan yang lebih menarik adalah perkhidmatan dalam Kelas Bisnes ini semua yang diberi dengan sekali bayaran sahaja. 


Bagi Kelas Bisnes, ianya hanya menyediakan 1 koc sahaja iaitu di bahagian koc A dan hanya disediakan 12 kerusi (bagi single seat) dan 24 kerusi (bagi couple seats)

Tambang dan Jadual Perjalanan Bagi ETS Bussiness Class


Anda boleh membuat pembelian tiket sama ada melalui :

  1. KTMB ticket counter
  2. KTMB website
  3. KTMB Mobticket application, Android | iOS

pengalaman menggunakan ets bussiness class
Jadual dan tambang bagi ETS Kelas Bisnes (semasa promo)


Perkhidmatan Yang Disediakan Di Dalam Kelas Bisnes


Selain ruang yang lebih selesa, terdapat banyak lagi ciri yang menarik di dalam Kelas Bisnes dan ataranya adalah :

  • WiFi percuma
  • Khidmat Steward dan Stewardess disediakan
  • Kerusi yang boleh menurun sebanyak 45-darjah
  • Lampu bacaan
  • Sekuriti dengan CCTV 24 jam
  • Hidangan makanan istimewa
  • Kemudahan kit
  • Tempat duduk & tempat duduk pasangan
  • AVOD - Hiburan Video Papan Audio di tempat duduk anda
pengalaman menggunakan ets bussiness class
Sepertinya, ciri dan perkhidmatan yang disediakan sama seperti  di dalam kapal terbang. Sangat menarik bukan.

Ternyata perkhidmatan ini akan memberi suatu pengalaman baru bagi pengguna yang sering menaiki ETS atau keratapi ketika bergerak ke destinasi yang jauh. Yang pastinya akan memberi lebih keselesaan kepada penumpang dan memberi kepuasan kepada mereka.


sumber : twitter NadxSky

Kongsikan Artikel Ini

6 comments

  1. baru sekali naik ets..selesa & nyaman sekali..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya ... kena try ni. tapi tiket ets ni selalu sold out la kalau nak ke padang besar

    ReplyDelete
  3. menarik . Boleh try nanti . Makanan tu nampak macam lagi mewah dari makanan dalam flight . hehehe . .

    ReplyDelete
  4. ETS pu. belum sempat nak merasa naik. yang business class ni pastinya lebih menarik. dan yang penting harga mampu. hihihi

    ReplyDelete
  5. Best juga economy class ni. Teringin naik ETS tapi entahlah tak kemana hala nak dituju =_='

    ReplyDelete
  6. Teringin nak naik ets jejalan ke utara. Ramai kata selesa dan cepat. Harap ada rezeki naik ets ni juga.

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done