Penggunaan Tulisan Jawi Di Setiap Premis Perniagaan di Temerloh

tulisan jawi di temerloh

Tulisan jawi pada premis perniagaan ni biasa dilihat kalau anda pergi ke negeri Kelantan. Hampir setiap tempat di setiap kedai pasti menggunakan pelbagai tulisan iaitu tulisan rumi disertai dengan tulisan jawi dengan menggunakan bahasa Malaysia disamping tulisan cina dan tulisan-tulisan lain.

Selain Kelantan, Terengganu pun kalau tidak silap sudah ada premis yang menggunakan tulisan jawi ini. Jadi satu lagi negeri pantai timur yang akan mengikut jejak langkah ini dengan menambah lagi satu tulisan iaitu tulisan jawi iaitu negeri Pahang.

Tetapi bukan semua daerah di Pahang diarahkan penggunaan tulisan jawi di premis perniagaan sebaliknya buat masa ini selain Pekan, satu lagi daerah  mengeluarkan arahan daripada majlis perbandaran iaitu daerah Temerloh.

tulisan jawi di temerloh

Pada 2018 yang lepas, Yang di-Pertuan Agong, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah pun bertitah negeri Pahang juga akan menggunakan tulisan jawi di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh negeri ini bagi memartabatkan semula tulisan itu semula. 

Tulisan Jawi Di Gunakan Di Setiap Premis Perniagaan Di Temerloh


Berkuatkuasa pada Januari 2020, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mewajibkan kepada semua peniaga untuk menggunakan tulisan jawi di Papan Ikan Premis Perniagaan. Antara premis yang terlibat adalah semua yang berada dalam Majlis Perbandaran Temerloh :

  • Semua pelesanan
  • Pemilik bangunan swasta
  • Premis perniagaan
  • Pejabat pengurusan
  • Bank-bank perdagangan
  • Institusi pelajaran
  • Kilang
  • Hotel
  • Bengkel
  • Premis kediaman


Syarat Menggunakan Tulisan Jawi Di Premis Perniagaan


Dalam pengumuman itu juga, pihak MPT juga telah mengeluarkan syarat dan cara bagaimana peniaga-peniaga boleh mengikut arahan ini, antaranya adalah :


  1. Menggunakan tulisan jenis Sakkal Majalla, Uthman Taha atau Arabic Style
  2. Saiz huruf tulisan jawi hendaklah sama atau lebih besar daripada tulisan rumi atau lain-lain tulisan
  3. Tulisan jawi pada Papan Iklan Premis Perniagaan perlu dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Munsyi Dewa jawi di Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Negeri Pahang terlebih dahulu seperti di bawah :
Puan Nurizan Binti Baharum - 09 5365353
Encik Asmadi Bin Abdul Rahman - 09 5365353

Sekiranya arahan daripada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) tidak dipatuhi, pihak MPT boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan perundangan sediaada.

Buat masa ini, MPT telah menggunakan dwi tulisan di papan tanda jalan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh, sepertinya ia lebih menarik disamping mampu memartabatkan kembali tulisan warisan iaitu Tulisan Jawi. 

Mungkin selepas ini anda akan lihat Ikan Patin di jawikan, Restoren Gobang dijawikan, Restoren Patin Bangau, Raja Kancil pun akan ditulis dengan tulisan jawi.


tulisan jawi di temerloh

tulisan jawi di temerloh

1/Post a Comment/Comments

  1. usaha yg bagus...semoga tiada bantahan dari mana2 pihak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post