Scam Yang Terkenal Di Turki, Let's Have A Drink

scam di turki

Kepada Traveler yang bergerak berseorang terutamnya di Turki, mari kenali antara penipuan atau scam terkenal di sana iaitu 'Let's Have A Drink'. Mungkin ianya berlaku di negara lain juga, tetapi perkongsian ini khas untuk di negara Turki seperti di Istanbul.

Target mereka adalah traveler lelaki berseorangan, ini kerana kerja mereka menjadi lebih mudah jika mangsa tanpa teman yang membolehkan mereka menipu tanpa campur tangan oleh pihak lain. Scam ini pengakhirnnya anda akan disuruh membayar bil minuman sehingga ratus atau beribu dollar dan juga berlaku kes rompakan.


Pada 2014, aku berkesempatan untuk ziarah Istanbul, Turki tetapi pada masa itu, kami pergi ke sana di dalam kumpulan yang ramai. Jadi scam ini sudah pastinya tidak akan berlaku, hampir setiap masa kami akan berada di dalam kumpulan yang ramai. Mereka tidak akan target mangsa yang seperti keadaan ini.

Artikel Berkaitan : Ziarah Istanbul Turki

Bagaimana Scam Let's Have A Drink Ini Berlaku


Menurut perkongsian pengalaman, kejadian scam ini biasanya berlaku di Istanbul, Sultanahmet Square dan BeyoÄŸlu‘s Ä°stiklal Caddesi dan juga Cumhuriyet Caddesi.  Antara variasi dan modus operandi scam ini yang pernah berlaku adalah seperti berikut :

Ianya mula berlaku apabila seorang yang tidak dikenali mendekati anda ketika anda berseorang dalam dan menegur anda dalam bahasa Turki. Selepas itu, sudah pastinya anda akan memberi respon yang anda tidak boleh berbahasa Turki. Selain itu juga, ada berlaku pemangsa ini bermula ketika dia meminta anda yang sedang berseorangan itu minta anda mengambil gambar untuknya.

scam di turki
sumber : Greggman Blog

Jadi disinilah ianya bermula. Selepas itu, pemangsa ini akan mula menjadi lebih friendly dan mula berborak panjang dengan anda dalam English. Ya, mereka fasih berbahasa Inggeris. Selepas berborak panjang, dia mula akan mengajak anda pergi ke mana-mana cafe untuk lepak dan minum sehingga sanggup belanja anda sebelum mengajak anda ke tempat mereka yang membolehkan proses scam akan berlaku.

Selepas selesai lepak dan minum di cafe berdekatan, pemangsa ini akan mengajak ke tempat lain pula dengan menggunakan kereta. 


Di tempat lain inilah, proses scam atau penipuan ini akan terjadi. Sekali lagi, mereka akan membawa anda ke Kelab Malam khas mereka untuk minum dan lepak, tetapi kali ini pemangsa akan mengajak kawan-kawan yang lain turut serta di meja yang sama. Mereka akan pesan minuman dan akhirnya anda disuruh untuk membayar semua minuman tersebut dengan harga yang tidak masuk akal mahalnya.

Jika anda melawan, mereka akan membawa anda ke tempat yang lebih tersorok bagi mengertak anda supaya anda memberikan apa-apa sahaja yang mereka mahu. Jika anda enggan membayar, anda akan dipaksa sehingga dipukul serta kad kredit anda akan dirampas. Katanya ada sehingga paksa mengeluarkan wang tunai di ATM sekali. 

Yes! bermula dengan penipuan atau scam dan diakhiri dengan rompakan. Anda boleh lihat video kes ini di sini, Scam City : Istanbul

Bagaimana Nak Kenal Scammer Tersebut?


Mungkin ada juga rakyat Turki yang betul-betul ingin beramah mesra dengan orang luar dan ketahui akan isu-isu semasa atau mereka memang betul ingin meminta tolong anda tangkap gambar untuknya. Jadi bagaimana nak tahu identiti scammer ni biasanya?

1.  Mereka akan mula menegur anda seperti "I just got off from work in nearby hotel." Sekali gus menunjukkan beliau betul-betul friendly. Lepas kerja, terus turun cari foreigner dan ajak borak.

2.  Pemangsa akan mengajak anda ke mana-mana tempat minum yang tidak jauh seperti bar ke restoren untuk minum dan lepak. Yang akhirnya beliau sendiri akan ajak pergi ke tempat lain seperti kelab malam dengan menaiki kereta sendiri atau teksi.

3.  Mereka akan menggunakan skrip yang sama biasanya sehingga anda betul-betul ingin mengikutnya ke tempat mereka sendiri. Walaupun anda tanya berkenaan Turki, mereka akan cuba elak menjawab dan masuk ke skrip yang telah dirancangkan.

Cara Mengelakkan Diri Daripada Scammer


scam di turki

Jika anda sudah kenal pasti yang mereka ini akan scam anda. Jadi bagaimana untuk anda menjauhkan diri daripada terjebak dengan penipuan ini?

1.  Beritahu pemangsa tersebut, anda sedang menunggu kawan-kawan yang lain (walaupun anda sebenar travel berseorangan) dan mereka juga turut berminat untuk bersama-sama minum dan lepak dengan orang Turki. Ingat, Scammer Let's Have A Drink hanya berminat kepada mereka yang keseorangan sahaja.

2.  Beritahu scammer tersebut, dia hanya akan ikut ke tempat yang terbuka sahaja dan bukannya kelab malam. Disini, pemangsa tersebut akan bertindak seperti memaksa anda juga ikut ke tempat lokasi scam nya. Jangan ikut!


3.  Jika Scammer tersebut ajak anda minum, beritahunya, anda boleh ikut tetapi bukan hari ini kerana atas sebab-sebab tertentu. Sudah tentu, mereka akan tidak setuju dan tidak berminat lagi terhadap anda.

Lebih senang, jika anda terasa akan sesuatu yang buruk berlaku, beri tahu terus kepada scammer tersebut, saya sibuk, jumpa kemudian atau babai terus. Katanya, cara ini juga berkesan. Yang penting jangan ikut dan turuti arahan mereka.

Buat Laporan Polis


Jika anda sudah ditipu oleh scammer tersebut, pergi buat laporan Polis tentang kejadian tersebut. Ini mungkin dapat menolong anda dari segi tuntutan insurans dan juga kredit kad. Ianya juga mungkin memberikan anda pengurangan cukai atas sebab kes penipuan ini.

Turki Negara Yang Indah


scam di turki

Turki antara negara yang menarik untuk dilawati terutamnya di Istanbul. Jangan disebabkan kejadin hitam ini, akan merosakkan keseluruhan keindahan Turki itu sendiri. Istanbul itu sendiri berada di antara 2 benua iaitu benua asia dan eropah dan dipisahkan dengan lautan merah sahaja. Mana anda di tempat lain.


Scam ini sudah tentu anda boleh elak, jika anda tahu akan kehadirannya. Jika anda ingin pergi ke sesebuah negara, sila buat sedikit pencarian berkaitan negara tersebut. Dimana-mana sahaja pasti banyak kejadian penipuan terhadap pengunjung luar negara.

Jangan disebabkan kejadian Let's Have A Drink terpencil ini membantutkan anda untuk pergi ke Turki yang sebuah negara yang aman dan harmoni. Istanbul adalah salah satu tempat menarik yang anda kene pergi kalau berkemampuan.



8/Post a Comment/Comments

  1. Pernah baca scam ni, mmg scary la kan kalau terkena .. Adeh.

    ReplyDelete
  2. menakutkan. rasa seeloknya kena google dulu ttg jenayah, scammer kat sesuatu tpt tu seblm kita pergi kan. pernah kena kat Ho Chin Min City, scammer beca.

    ReplyDelete
  3. seramnya. nasib baiklah tak pernah travel luar negara haha. dalam negara pun kadang2 boleh kena scam jugak.

    ReplyDelete
  4. Wah! thank you for this info! sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  5. saya baca kt twitter pemburu tiket murah, mcm2 cerita psl scam ni termsk lah yg kena scam sm mcm awak ceritakan ni

    ReplyDelete
  6. macam2 scammer sekrg ni....mmg kena berhati-hati + hati kering...

    ReplyDelete
  7. teringin juga nak ke Turki. Next trip InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. bahaya lah travel sengsorang nanti org ambil kesempatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post