Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Friday, 25 October 2019

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Acara pentas komedi terkenal di Astro kini kembali lagi. Program Maharaja Lawak Mega 2019 kini akan bermula tidak lama lagi. Kali ini masih mengekalkan konsep seperti sebelum ini, pertandingan antara pelawak bagi mencari sang juara bagi tahun 2019.

Program Maharaja Lawak Mega 2019 secara rasmi akan membuka pentas pada 1 November 2019 dan terus diadakan bagi setiap hari jumaat dan melangsung selama 11 minggu bagi menentukan siapakan Maharaja Lawak Mega 2019.

Baca Juga : Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2019

Sebelum ke pentas sebenar, telah diadakan MLM2019 - Kerusi Panas yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dimana terdapat lebih 10 kumpulan merebut tempat ke pentas lebih besar iaitu Maharaja Lawak Mega 2019 dan 3 kumpulan daripadanya akan diserap masuk. Jadi pada 25 Oktober 2019 yang lepas, telah terjawab siapakan 3 kumpulan tersebut.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Pada edisi MLM2019 kali ini, Dato AC Mizal masih lagi memegang watak sebagai pengacara bagi mengemudi program tersebut dan dibarisi dengan 3 juri tetap iaitu Sabri Yunus, Fasha Sandha dan David Teo. MLM2019 akan disiarkan setiap jumaat pada jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019


Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019
credit : Instagram Ria X

11 peserta telah pun didedahkan sebelum ini iaitu campuran antara peserta Malaysia, Brunei dan Indonesia. Tambahan 3 lagi kerusi kosong yang dipenuhi daripada peserta MLM2019 - Kerusi Panas

  1. Bocey
  2. Jambus
  3. Cali
  4. J-Born
  5. Popon
  6. Puteh
  7. Rahmet
  8. Rare
  9. Rojak
  10. Stone
  11. Zero
  12. Onxon
  13. Halus
  14. Smart

Secara jujur, agak kecewa terhadap Astro, setiap tahun mempertontonkan program yang pada asasnya mengunakan konsep yang sama. Tambahan lagi, peserta-pesertanya juga masih menggunakan bekas juara yang sudah pastinya lawak ulangan yang akan kita peroleh.

Apa-apapun semoga berjaya kepada semua peserta. Buatlah lawak tetapi tidak merendahkan mana-mana individu. Carilah bahan yang lebih berkualti. Stop lawak shaming each other. Tiba-tiba emo pula haha

Jika 2018, Shiro memenangi MLM, tahun 2019 siapa? Aku rasa J-Born

Kongsikan Artikel Ini

Give us your opinion

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done