Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Tuesday, 8 October 2019

Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF

Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF
Kempen #BMF

Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF | Rasanya sudah ramai sudah mengenali dan ketahui akan kewujudan kempen membeli barangan muslim dahulu iaitu Buy Muslim First dengan menggunakan #BMF.

Manakan tidak di group Facebook kini sudah mencecah hampir 2 juta ahli di dalamnya dengan menggunakan Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia. Mungkin antara group Facebook yang teramai ahlinya di Malaysia buat masa ini. Seperti di maklumkan, admin group tersebut menerima permohonan 5 hingga 10 post bagi setiap minit. Jadi terpaksa tapis apa yang tidak perlu.

Baca Juga : 10 Page Facebook Paling Popular Di Malaysia Tahun 2019

Apa sasaran kempen ini sebenarnya? Katanya ingin memboikot barangan non-muslim, betul ke? Jadi untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, kempen ini bukan mengajak pengguna untuk memboikot barangan non-muslim tetapi ianya hanya mengutamakan terlebih dahulu barang muslim. Jika tiada sudah barang muslim, kami juga akan membeli barang non-muslim yang telah disahkan halal oleh pihak JAKIM. Maka tiada isu boikot sebenarnya.


Ini kerana, semua peniaga Muslim akan dikenakan bayaran Zakat. Jika peniaga tersebut membayar zakat lebih tinggi, maka saluran zakat kepada mereka yang memerlukan juga akan meningkat. Jadi lebih ramai orang susah akan menerima bantuan.

Jadi disini, kami kongsikan sedikit intipati berkaitan dengan kempen #BMF yang sedang hangat diperkatakan di media sosial terutamanya.
#BMF = Buy Muslim First

Kaedah Pelaksanaan Kempen #BMF


Ianya mengikut kedudukan tertinggi hingga ke bawah:


Produk Muslim Di Kedai Muslim
Produk Muslim Di Kedai Bukan Muslim
Produk Bukan Muslim Di Kedai Muslim
Produk Bukan Muslim Di Kedai Bukan Muslim


Produk Muslim Di Kedai Muslim
Ini adalah tingkat yang paling baik. Boleh memaksimakan pembelian untuk membantu ekonomi Muslim

Produk Muslim Di Kedai Bukan Muslim
Ini adalah tingkat kedua sekiranya pengguna tidak dapat pergi kepada kedai Muslim. Pembeli akan mengutamakan barangan Muslim dahulu

Produk Bukan Muslim Di Kedai Muslim
Tingkat ini boleh dilakukan sekiranya pengguna tidak dapat mencari produk keluaran Muslim tetapi akan membantu kedai Muslim yang ada

Produk Bukan Muslim Di Kedai Bukan Muslim
Ini adalah tingkat paling bawah sekiranya pengguna tidak dapat cari produk Muslim atau kedai Muslim. Ingat, kami tidak boikot, hanya mendahulukan Muslim sahaja.

Kempen #BMF

Dapatkan bahan kempen softcopy daripada pihak asal (Izzudin Norrahman) di pautan di bawah :


Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia


Disamping itu juga, Izzudin Norrahman anda mengeluarkan beberapa senarai produk Muslim mengikut kategori bagi setiap barang. Senarai produk tersebut seperti dibawah :

Beras
JUARA - FAIZA - ERA BAYAM - FIKRI / FIAZ

Gula & Garam
CSR (WARNA MERAH) - TAMIN - ADABI - FAIZA

Bihun, Kuey Teow & Mee Kuning
FAIZA - MUSLIM - TIGA TERATAI - TAMIM - SUFI - TAYBAH

Minyak Masak 
SAJI - LESONG - ADELA - ALIFF - JENAMA FGV

Kicap, Sos & Cuka
JALEN - TAMIN - KIPAS UDANG - FAIZA - AGROMAS - MUDIM - ALIF - ADELA - ADABI - ENAQ - HPA - FIKRI - TAYBAH
#BFM = Buy Muslim First
Susu Pekat / Cair
SAJI - ALIFF - COOP 1 MALAYSIA

Sardin
ADABI - KING CUP - PERTIMA - AGROMAS

Santan
ADABI - AGROMAS - USAHAWAN TEMPATAN

Rempah Ratus
ADABI - AGROMAS - BRAHIMS - FAIZA - MAK SITI - IMANS - BESTA - BUNGA ROS

Biskut / Roti
GARDENIA - HPA - AGROMAS - IKHWAN

Minuman / Kopi
HANG TUAH - GANTANG - AGROMAS - HPA

Produk Tenusu
SUMMERFIELD - LAZZ

Sapuan Roti / Majerin
GARDENIA - AGROMAS - SUN BEAR (FGV) - ADELA - SERI PELANGI - MARINA

Air Mineral
HPA - GAU - FAIZA - MYDIN - UMMAH - HAFI

Produk Sejuk Beku
RAMLY - AYAMAS - IWANI - AZMY - ENNA

Sabun / Penjagaan Diri
SECRET GARDEN - MyUMMAH - ASMAK

Pasaraya Muslim
MYDIN - SABASUN - IKHWAN MART - SAKAN - AZ-ZAIN - SMA GROCERIES

Kempen #BMF

Dapatkan bahan kempen softcopy daripada pihak asal (Izzudin Norrahman) di pautan di bawah :

Mungkin ada banyak lagi produk Muslim dengan kempen #BMF yang masih belum tersenarai, insya Allah akan di kemaskini dari semasa ke semasa.  


Semoga kempen ini sedikit sebanyak memberi percambahan dan pertambahan ekonomi bagi umat Islam khususnya dan terus memberi pesaingan yang sihat bagi peniaga-peniaga di luar.

Nasihat Kepada Semua Peniaga Muslim


  1. Tingkatkan lebih lagi kualiti produk yang dihasilkan. Gunakan bahan yang berkualiti.
  2. Jangan naikkan harga barang sesuka hati.
  3. Tingkatkan lagi iklan pemasaran. Keluarkan sedikit wang bagi tujuan promosi.
  4. Jangan ambil kesempatan terhadap pengguna yang bersungguh terhadap kempen #BMF 

Nasihat Kepada Semua Pengguna Muslim


  1. Teruskan kempen #BMF selagi tidak melanggar apa-apa undang-undang
  2. Beli barangan hanya mengikut keperluan sahaja.
  3. Tolong jangan bangkitkan isu Boikot
  4. Bantulah sesama muslim


Kongsikan Artikel Ini

4 comments

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done