Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Jika anda baru bermula untuk membina sebuah blogger atau website, pasti anda pernah melawat mana-mana blog sebagai contoh dan inspirasi untuk membina sendiri laman blog anda. Terdapat banyak ciri-ciri yang perlu disiapkan antaranya adalah page yang menyediakan maklumat blog seperti about, contact, disclaimer, sitemap dan privacy policy.

Jika and jumpa ciri seperti diatas, ianya merupakan laman blog yang dalam keadaan baik. Selain itu, laman blog ini juga disukai oleh enjin pencarian Google dan juga antara syarat yang membolehkan blog anda diterima untuk pasang Google Adsense. Inilah antara perkara yang paling dicari ketika ini di dunia internet bagi menjana pendapatan sampingan iaitu Google Adsense.

Baca Juga : Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense

Jadi bagaimana nak siapkan laman page about, contact, disclaimer, sitemap dan privacy policy ini? Untuk about, anda boleh ceritakan secara sederhana tentang blog anda. Apa niche yang diketangahkan dan sebagainya. Untuk contact pula, anda sediakan suatu cara bagaimana orang lain boleh hubungi anda sekiranya perlu seperti no telefon, alamat emel dan sebagainya. Untuk sitemap, anda senaraikan segala entry yang pernah anda postkan di blog anda, boleh rujuk sini caranya. Manakala untuk disclaimer dan privacy policy, akan diajar di dalam entry kali ini.

Cara Buat Disclaimer Dan Pricvacy Policy


Anda tidak perlu bersusah payah membinat disclaimer dengan ayat sendiri. Ini kerana terdapat sebuah website yang menyediakan perkhdimatan ini dengan percuma dan sangat senang digunakan. Ikuti langkah dibawah:


Cara Buat Privacy Policy


Pertamanya, anda buka laman web www.privacypolicyonline.com

Kemudian, isikan ruangan kosong di bahagian Your Site Information and Contact, Cookies dan juga Advertisers on your site. Klik dibahagian yang anda perlu sahaja dan lihat seperti didalam gambar. Akhir sekali, tekan Generate HTML

Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Akhir sekali, anda copy semua code HTML yang ditunjukkan dan paste di bahagian blog post anda iaitu di bahagian HTML (Pages > New Page > Pergi bahagian HTML). Anda perlu edit sedikit content tersebut mengikut kesesuaian pada blogpost anda dan berikan nama tajuk Privacy Policy. Jika selesai, tekan Publish. Selesai

Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Cara Buat Disclaimer


Untuk bahagian Disclaimer pula, anda pergi ke laman web www.privacypolicyonline.com/disclaimer-generator

Untuk membuatnya, langkahnya hampir sama seperti di bahagian Privacy Policy di atas, anda perlu masukkan maklumat dibahagian Your Site Information and Contact. Jika sudah selesai klik Generate Disclaimer


Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah

Akhir sekali, anda copy semua code HTML tersebut dan paste di bahagian blog post anda iaitu di bahagian HTML. Berikan nama post sebagai Disclaimer. Seperti langkah yang sama sebelum ini (Pages > New Page > Pergi bahagian HTML) dan akhirnya Publish.


Harap dengan perkongsian ringkas dan mudah bagi membuat Disclaimer dan Privacy Policy ini bermanfaat kepada semua. Semoga dengan cara ini, sedikit sebanyak memberikan laman blog anda nampak lebih teratur dan professional seterusnya mejadikannya lebih mudah ketika ingin memohon Google Adsense nanti. Inilah Cara Buat Disclaimer dan Privacy Policy Dengan Mudah Dan Pantas

9/Post a Comment/Comments

  1. nanti nak try, skrg tak dpt buat, kurang selesa minda, tgh ngantuk 😁😁

    ReplyDelete
  2. Kalau blogger hebat2 mesti ada.. kerana depa sudah perak idea. Macam blogger kampung cam Naim biarkan sahaja. haha

    ReplyDelete
  3. uiiii berpinar mata tgk code html tu hehehe

    ReplyDelete
  4. good info.. tq aiman for sharing

    ReplyDelete
  5. Perkongsian content yang baik.. thanks aiman

    ReplyDelete
  6. perlu berdaftar dgn mana2 jabatan tak tuan utk policy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini untuk pribadi je. tak perlu. Blog ni pun, blog pribadi juga. takda kene mengena dengan organisasi pun

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post