Cara Tukar Warna Address Bar Ikut Warna Blog

Cara Tukar Warna Address Bar Ikut Warna Blog

Pernah tak korang perasan ada beberapa website atau blog yang anda lawati menggunakan telefon pintar, tiba-tiba warna address bar dia bertukar warna lain daripada warna Chrome korang? Sama juga seperti di blog aimanabdullah.com ini. Korang mesti perasan address bar bertukar warna kepada warna merah kan kalau korang singgah guna telefon pintar.


Jika di laptop, pastinya kejadian ini tidak akan terjadi kerana warna address bar mengikut tema yang telah anda tetapkan tetapi di aplikasi Chrome dan telefon anda tidak boleh. Secara default, ianya berwarna putih. Jadi bila anda masuk ke halaman aimanabdullah.com, address bar bertukar warna.

Cara Tukar Warna Address Bar Ikut Warna Blog

Korang juga boleh buat sama ada menggunakan Wordpress ataupun Blogspot. Disebabkan aku guna blogspot, jadi aku akan tunjukkan caranya. Pastinya blog korang nampak lebih menarik bila diberi warna di bahagian atas aplikasi Chrome kan.

Cara Tukar Warna Address Bar


Sebenarnya cara tukar warna address bar sangat mudah dan senang. Kod yang digunakan pun pendek dan tidak rumit untuk edit. Anda boleh tetapkan bagi kesemua aplikasi browser terkenal seperti Chrome, Safari, pada windows phone, firefox dan opera.

Baca Juga : Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan

Jadi jika pengguna yang menggunakan aplikasi browser seperti disenaraikan, bila mereka masuk blog korang, warna address bar akan berubah mengikut warna yang korang telah tetapkan.


Kod HTML Untuk Semua Aplikasi Browser


Dengan kod ini, anda boleh mengubah warna address bar mengikut citarasa anda. Anda bebas untuk pilih apa-apa warna yang anda minat atau sama dengan warna tema blog anda. Baru nampak professional sikit kan.

<!-- Untuk Google Chrome, Firefox & Opera -->
 <meta name="theme-color" content="#cf2f1e"/>
<!-- Untuk Windows Phone -->
 <meta name="msapplication-navbutton-color" content="#cf2f1e"/>
<!-- Untuk Safari iOS -->
 <meta name="apple-mobile-web-app-capable" content="yes"/>
 <meta name="apple-mobile-web-app-status-bar-style" content="#cf2f1e"/>

Untuk pertukaran warna, anda perlu tukar #cf2f1e kepada kod warna yang anda mahu. Anda boleh pilih warna kod yang anda minat di pautan htmlcolorcodes.com dan tukarlah kod warna di atas.

Cara Pasang Kod HTML di Blogspot


Untuk pasang kod ini juga sangat mudah. Tidak perlu kemahiran teknikal pun. Cara adalah seperti berikut :

  1. Copy dahulu semua kod diatas kemudian buka dashboard blogspot anda dan pilih Theme
  2. Selepas itu tekan Edit HTML
  3. Klik pada mana-mana bahagian kod dan klik keyboard Ctrl+F untuk Search
  4. Kemudian taip  <head>  dan tekan enter
  5. Kemudian Paste kod yang anda copy sebentar tadi dibawah <head> dan tekan Save
  6. Selesai.

Korang boleh cuba semak blog melalui telefon pintar. Tak kisah la guna aplikasi google chrome, firefox, safari dan sebagainya. Jadi inilah cara tukar warna address bar ikut warna blog.

2/Post a Comment/Comments

  1. Yup! Akak pun guna kaedah yang sama jugak Aiman. Nice sharing. Thanks. 👏👏👏

    ReplyDelete
  2. haha rajin gila tukar. ray bab2 ni mmg biar je sbb malas nak buat XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post