Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Ibu Bapa pasti sudah biasa dengar dengan taman permainan kanak-kanak Kidzoona. Manakan tidak, sehingga kini terdapat lebih 10 lokasi yang menyediakan taman kanak-kanak Kidzoona ini terutamnya di shopping mall besar di pusat-pusat bandar. Selain daripada membeli-belah anda juga boleh meluangkan masa bersama anak-anak di Kidzoona ini.

Kidzoona merupakan taman kanak-kanak terkenal atau indoor playground yang mengfokuskan kanak-kanak bermain didalam kawasan tersebut. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan mengikut kawasan. Yang pasti, ianya memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada kanak-kanak yang sedang membesar.


Pelbagai perkara yang boleh dipelajari di dalam Kidzoona dan yang pastinya tiada teknologi telefon pintar disediakan disini. Jadi anak-anak akan bermain secara fizikal dan mental iaitu dengan berfikir.

Antara cawangan yang mempunyai Kidzoona dilembah Kelang ini adalah kidzoona AEON Rawang, AEON BiG Mid Valley [PREMIUM X], AEON Mall Shah Alam [NORMAL], IOI City Mall, di Negeri Sembilan ada AEON Seremban 2 [PREMIUM], di Kelantan AEON Mall Kota Bharu, di Sabah ada Suria Sabah Shopping Mall [PRIME] dan yang terbaru ianya dibina di Central I-City, Shah Alam. Selain daripada AEON Shah Alam, ibubapa yang berdekatan boleh bawa anak-anak disini.

Untuk senarai penuh lokasi, anda boleh rujuk sini

Kidzoona Di Central I-City


Pada minggu lepas juga, kami sekeluarga sempat masuk di Kidzoona Central I-City (Premium) bersama seorang anak buah berumur 2 tahun. Jadi demi melayan kerenahnya, kami masuk juga ke Kidzoona ini. Ianya berada di tingkat 4 berdekat dengan Outlet DIY.

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Terlebih dahulu, jika anda berminat untuk masuk, bayaran masuk adalah sebanyak RM35 untuk hujung minggu dan cuti am manakala RM25 bagi hari biasa. Anda bayar, anda boleh bermain tanpa had masa. Jika anda nak keluar ketika shopping mall tutup pun boleh. Disini sedikit mahal berbanding Kidzoona yang lain kerana ianya didalam status Prime, mungkin antara yang paling besar kot. Tempat lain, paling murah serengah RM12 sahaja.

Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Syarat Untuk Masuk Ke Kidzoona


Terdapat beberapa syarat yang dikenakan kepada kanak-kanak dan ibubapa sebelum memasuki Kidzoona, antaranya adalah :
  1. Hanya kanak-kanak kurang daripada 135cm dibenarkan masuk
  2. Isi borang sebelum masuk
  3. Buat bayaran terlebih dahulu di kaunter
  4. Kanak-kanak mestilah ditemani sekurang-kurangnya seorang penjaga (penjaga masuk percuma)
  5. Wajib memakai stoking/sarung kaki ketika selama berada di dalam Kidzoona supaya kebersihan terjaga.
Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Antara Aktiviti Yang Disediakan


Setiap aktiviti ianya mungkin sedikit berbeza bagi setiap kawasan, penerangan ini merupakan bagi kawasan Kidzoon, Central I-City Shah Alam sahaja. Antara yang disediakan seperti Trampolin, gelongsor, litar berbasikal, kolam bola bersama istana belon, dummy shop dan pelbagai lagi.


Dari segi keselamatan, sepertinya tiada kawasan yang mempunyai hazard yang berat. Sepertiny, ianya selamat digunakan oleh kanak-kanak jika dibawah pengawasan penjaga. Terutamanya jika anak masih kecil.

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kidzoona Terbaru Kini Dibuka Di Central I-City Shah Alam

Kawasan yang paling menarik bagi aku adalah dummy shop tersebut. Kawasan ini terdapat banyak kedai yang seakan betul yang boleh digunakan oleh anak-anak. Disini anda boleh menjadi seorang doktor, berniaga aiskrim, berniaga burger, kedai kek, bekerja di pejabat pos dan banyak lagi. Sedikit sebanyak anak-anak dapat belajar sesuatu daripada perkara ini. Mereka juga boleh menjadi seorang bomba. Bawa kereta bomba, berpakaian seperti ahli bomba dan sebagainya. 

Sepertinya anak buah aku begitu ralit bermain disetiap sudut permainan disediakan, sehingga tidak menghiraukan orang sekeliling. Mungkin begitu teruja dengan permainan yang menarik dan boleh bermain bebas. 

Kidzoona banyak mengajar anak-anak bagaimana untuk bergaul dan bermain bersama. Walaupun berlainan bangsa tetapi mereka boleh berkongsi dan bermain bersama. Sehinggakan ibubapanya juga menggalakkan untuk kongsi permainan dengan anak-anak lain.

4/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post