Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand

Siam Niramit dipersembahkan di 2 tempat sahaja di Thailand iaitu di Bangkok dan Thailand. Jadi jika sebelum ini dalam penerangan itinerary di Phuket, Thailand ada aku terangkan yang berkesempatan berada di Siam Niramit ini iaitu pada hari ke-2, hari Sabtu.

Artikel berkaitan : Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Bayaran masuk bagi seorang adalah THB 1450. Anda perlu pakai stiker yang diberi pada baju anda selama berada di dalam kawasan Siam Niramit ini. Dengan 1 bayaran, anda boleh nikmat pelbagai aktiviti dan juga makan malam yang disediakan disini. Maklumat lanjut, korang boleh pergi ke pautan ini.


Siam Niramit Dinner & Show


Tempat ini berada di utara Phuket yang mengambil masa 45 minit daripada Patong Beach. Sampai disini korang disambut dengan persembahan ringkas daripada pihak tuan rumah. Persembahan ringkas daripada orang Thailand sendiri

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket ThailandMenikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand  

Siam Niramit Phuket hanya beroperasi di malam hari sahaja iaitu bermula 5.30 malam sehingga 11 malam. Dan waktu persembahan telah ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Traditional Thai Village, tempat makan malam, kedai cenderamata, pre-show intertainment dan juga persembahan teater.

Traditional Thai Village


Bila sampai aku dan peserta lain pergi dahulu ke bahagian Thai Village 4 region. Disini disediakan 4 kawasan berbeza yang menunjukkan 4 kawasan di Thailand iaitu Utara, Utara-Timur, Tengah dan juga Selatan Thailand. Ianya berbeza-beza mengikut kawasan. Juga digambarkan ketika musim kering, musim hujan dan sebagainya. Boleh tengok keadaan di Thailand dalam 1 kawasan. Anda juga boleh bermain permainan disini untuk memenangi hadiah

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket ThailandMenikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand  


Kedai Cenderamata


Disini disediakan kedai cenderamata untuk pelancong yang datang. Pelbagai hadiah yang dijual seperti barang kraftangan, produk Naraya dan sebagainya. Jika mempunyai lebih duit, boleh la shopping sini.

sumber: siamniramitphuket.com

Sawasdee Restaurent


Kami nikmati makan malam di restoren ini bermula jam 6 petang. Disini disediakan makanan secara bufet. Korang boleh makan sebanyak mana pun. Pelbagai menu disediakan. Ada tomyam, nasi, makan western, cendol, mee dan macam-macam lagi.

Pre-show Entertainment


Di Siam Niramit ini disediakan persembahan awal sebelum bermulanya persembahan teater. Ianya dibuat dibahagian ruang luar. Disini ada pelbagai persembahan mengikut waktu yang ditetapkan.

  • Elephant bathing
  • Thai boxing
  • Thai dance
  • Elephant show
  • Elephant war parade. Ini yang paling menarik.

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket ThailandMenikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand 


Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket ThailandMenikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand 


Siam Niramit Show (Persembahan Teater)


Inilah acara kemuncak pada malam itu. Seperti yang diberitahu, pentas teater tersebut adalah pentas terbesar di Asia Tenggara dan aku dapat lihat, agak besar sebenarnya. Dewan yang boleh dimuatkan sehingga 800 orang dalam satu-satu masa.

Korang tidak dibenarkan mengambil gambar ketika teater dijalankan. Kamera akan diambil dan disimpin sebelum masuk ke panggung. Pastikan tiket yang diperoleh, masih disimpin, takut pihak pengurusan minta untuk semak ketika masuk ke teater.

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand

Menikmati Persembahan Teater Di Siam Niramit, Phuket Thailand

Ini kali pertama aku saksikan teater yang sebegitu sempurna yang cukup sarat dengan manusia, proop, terbang-terbang dan banyak lagi. Sangat mengkagumkan. Tapi sayang tak boleh ambil gambar kan. Siam Niramit terima pelbagai pengiktrifan antarabangsa.

Persembahan dibahagikan kepada 3 lakonan iaitu Journey Back To History, Journey Beyong Imagination dan Journey Through Joyous Festivals. Dengan jumlah babak yang dilakonkan sebanyak 7 babak dan kesemuanya berbeza-beza.


Bayangkanlah tenaga kerja yang digunakan. Ada percikan air dan kolam diatas pentas. Ada watak yang berterbangan, haiwan sebenar juga digunakan. Ada kapal, ada rumah, ada sampan dan banyak lagi. Sangat gah dan hebat persembahan teater mereka yang mengambil masa 1 jam tanpa henti itu.

Ini adalah pengalaman persembahan teater terhebat yang pernah aku lihat secara live. Jadi kalau korang datang Phuket dan berminat, boleh la datang Siam Niramit, Phuket Thailand.

3/Post a Comment/Comments

  1. Tak pernah sampai Phuket lagi. Ade rezeki nnt akan sampai dan tempat ni macam sangat menarik. Wajib masuk dalam itinerary aku nanti. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. untungnya dgn sekali byr mcm2 boleh buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post