Itinerari Bercuti Di Phuket Thailand Selama 4 Hari Tahun 2024

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pada 15 november 2019 yang lepas aku dan keluarga berkesempatan bercuti di Phuket, Thailand. Sebenarnya ia adalah hadiah daripada Shaklee kepada yang berjaya. Terima kasih kepada Shaklee untuk hadiah percutian ini.

Jadi perkongsian percutian ini mungkin tidak termasuk kos dan bayaran kerana semua telah disponsor. Kami berempat, iaitu ibubapa dan abang aku yang bercuti di Phuket, Thailand bersama beratus lagi peserta. Bestlah kan dapat jalan oversea.

💡Table Of Contents

Perjalanan kami bermula pada 15 - 18 November 2019 iaitu selama 4 hari. Dalam 4 hari pelbagai aktiviti yang dibuat dan beberapa tempat di lawati.

Pastinya memberikan pengalaman baru terhadap peserta dan juga aku. Ini kali pertama aku sampai di Phuket dan kali ke 2 aku berpijak di bumi Thailand yang sebelum ini adalah di Bangkok

BACA JUGA : Sempat Melawat Mercu Tanda Yang Terkenal Di Bangkok, The Grand Palace

Jika korang nak tahu, Phuket yang diambil daripada bahasa Melayu Nusantara, Bukit diolah menjadi Phuket. 70% di Phuket adalah berbukit, sebab itulah ianya dinamakan dengan pulau Phuket.

Yang utama sekali ketika berada di Phuket adalah dengan kecantikan pantainya. Yang paling terkenal adalah Karon dan Patong Beach. Datang la kedua-dua pulau ini, pasti korang tidak akan menyesal.

Itinerary 4 Hari Ketika Berada Di Phuket, Thailand

Perjalanan kami bermula dengan ETS Salak Tinggi dan terus ke KLIA. Kami menaiki Malindo Air dan perjalanan mengambil masa 1 jam setengah daripada KUL ke HKT (Phuket International Airport). Perjalanan yang singkat sahaja kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh.

Korang kene tahu, masa di Phuket adalah 1 jam lambat daripada waktu Malaysia, jadi mungkin di tiket flight tersebut akan menunjukkan tempoh perjalanan adalah setengah jam je. Hahaha Kene tengok betul-betul tahu.

Hari Pertama - 15 Nov

Kami sampai di HKT lebih kurang 12.30 tengah hari waktu Phuket pada Jumaat. Aku sekeluarga terpaksa tunggu kumpulan lain untuk menaiki bas. Jadi lebih kurang 2.00 petang kami bergerak ke destinasi pertama iaitu sebuah restoren untuk lunch. Sebelum itu, kami singgah dahulu di Masjid Darul Abideen untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Restoren kami ini berada di atas bukit iaitu di Hilltop Tunk-ka Restaurant. Perjalanan daripada masjid mengambil masa 40 minit. Sampai disana kami menikmati lunch bersama pemandangan daripada atas bukit melihat bandar Phuket. Makanan yang disediakan adalah makanan tempatan, sangat unik dan sedap.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand   Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Sepatutnya perjalanan seterusnya adalah bergerak ke Phuket Old Town tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan. Jadi kami terus ke penginapan iaitu di Hotel Duangjitt Resort & Spa berdekatan dengan Patong Beach.

Kami menginap di resort ini selama 4 hari 3 malam. Segala aktiviti bebas, biasanya hanya sekitar Patong Beach ini sahaja. Untuk pengetahuan, resort ini memiliki kolam mandi terbesar di Phuket.

Pada malamnya, kami hanya berjalan disekitar resort dan di Pa Tong Beach. Nikmati makan malam dengan pancake pisang. Datang sini, kene cuba. Sedap wehhh

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand   Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

[Itinerary Hari Pertama]

  1. KUL - HKT : Malindon Air (1 jam setengah)
  2. Masjid Darul Abideen
  3. Restoren Hilltop Tunk-ka
  4. Phuket Old town (terpaksa dibatalkan)
  5. Hotel Duangjity Resort & Spa di Patong Beach

Hari Kedua - 16 Nov

Aktiviti utama pada Sabtu adalah bermain dan menaiki ATV. Aktiviti lasak kami dijalankan di Phuket Paradise ATV & Zipline. Perjalanan mengambil masa 30 minit daripada hotel. Untuk memasuki ke bahagian ATV, bas tidak dibenarkan kerana ruang yang terhad. Jadi kami menaiki kereta.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Sebelum memulakan ekspidisi ATV, kami akan diberi briefing keselamatan dan juga cara menggunakan dan menggerakan ATV tersebut. Ianya sedikit berbeza dengan motosikal ya.

Perjalanan melalui hutan berbukit menaiki ATV mengambil masa 45 minit untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Buddha Temple. Disini kami akan berhenti sementara, dan terus pulang melalui jalan yang sama. Korang boleh baca aktiviti ATV dengan lebih terperinci disini. Sangat menarik untuk dicuba.

Aktiviti seterusnya adalah dimalam hari iaitu nikmati persembahan budaya tempatan, makan malam dan persembahan teater di Siam Niramit Dinner & Show.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Persembahan terbuka yang sangat menarik daripada tuan rumah. Ada persembahan Muay Thai, tarian budaya, perarakan gajah perang dan sebagainya.

Persembahan terakhir, kami disajikan dengan persembahan teater yang sangat mengkagumkan di dalam auditorium. Mereka mempersembahkan pelbagai babak yang berbeza-beza. Siap ada air pancut lagi atas pantas. Boleh baca dengan lanjut di acara teater terbesar di Thailand.

[Itinerary Hari Kedua]

  1. Bermain ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline (THB 1200-2500)
  2. Berjalan di dalam Tesco Phuket sambil menunggu bas
  3. Siam Niramit Dinner & Show (Nikmati persembahan, makan malam dan persembahan teater) (THB 1450)

Hari Ketiga - 17 Nov

Hari Ahad perjalanan menuju tempat shopping dan juga melihat persembahan Dolphin. Sebelum itu, kami singgah di T-Shirt Phuket Factory.

Ianya sebuah Kedai yang membuat sendiri t-shir dan menjual pakaian dan souvenir untuk dibawa pulang dengan harga berpatutan berbanding di kawasan Patong Beach yang lebih mahal.

Korang boleh dapatkan baju pelbagai corak dan gambar, hasil kraftangan, keychain, beg dan sebagainya. Beli 10 percuma 1. Owner kedai tersebut boleh bertutur bahasa melayu kerana katanya berasal daripada selatan Thai. Mudahlah nak tawar menawar.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Selepas selesai terus pergi ke Dolphin Bay Phuket yang tidak jauh daripada kedai tersebut. Disini korang akan disajikan dengan persembahan anjing laut dan dolphin yang bijak lagi comel. Pasti korang tidak akan menyesal datang sini. Baca lebih lanjut di artikel Dolphin Bay, Phuket Thailand.

Pada malamnya, kami semua peserta disajikan dengan makan malam eksklusif daripada Shaklee di berhampiran jeti Banana Beach. Terdapat pelbagai aktiviti dan juadah makanan yang disajikan. Pasti tidak dapat dilupakan oleh kami. Terima kasih Shaklee.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

[Itinerary Hari Ketiga]

  1. Kedai souvenir, T-Shirt Phuket Factory
  2. Dolphin Bay, Phuket (THB 900)
  3. Makan malam eksklusif di jeti banana beach

Hari Keempat - 18 Nov

Hari keempat iaitu hari Isnin tiada aktiviti khusus yang disediakan. Ini kerana flight paling awal adalah pada jam 1.30 petang, jadi kami mesti berada di HKT pada pukul 10 pagi. Masih menaiki Malindo Air untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jika hari terakhir korang berada di Phuket dan sudah sampai di HKT. Tiba-tiba korang lihat masih banyak lagi duit Thai Baht, korang boleh tukar kepada RM di mana-mana money changer. Takda lah bawa pulang Thai Baht kan. Boleh guna di Malaysia pula.

Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Demikian itinerary ringkas selama 4 hari berada di Phuket, Thailand. Pastinya percutian yang menyeronokkan yang tidak boleh dilupakan ketika berada di sana. Jadi lepas ni, nak pergi mana pula weh!!!

6/Post a Comment/Comments

  1. memang best dapat bercuti di phuket. wah teringin nak pergi sana, setakat ni baru sampai hatyai je.

    ReplyDelete
  2. singgah selasa
    minggu ini sangat bz

    ReplyDelete
  3. bestnya. tak pernah lagi keluar dari Malaysia setakat ni

    ReplyDelete
  4. huntong la ada orang sponser. aku tak sampai phuket lagi, paling jauh pon smpi krabi jer. next time aku smpi phuket plak

    ReplyDelete
  5. bestnya bercuti, aku belum berkesempatan melawat thailand

    ReplyDelete
  6. Rajin buat sales Shaklee bagi hadiah ya ini barulah best ehh!

    Cantiknya views kat Hilltop Restoren tu nampak food yang meletop-letop bila kunyah tu lupa lak namanya.

    Wah! aktiviti lasak main ATV mesti happening kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post