Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Thursday, 28 November 2019

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline
Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Di Phuket Paradise anda boleh merasai 2 pengalaman iaitu menaiki ATV dan juga Zipline. Seperti diberiahu melalui artikel Itinerary Phuket, Thailand kami hanya menaikit ATV sahaja ketika berada di Phuket Paradise.

Artikel Berkaitan : Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak TBH1200 hingga 2500. Berbeza mengikut masa yang ditetapkan. Kami semua sebelum ini hanya menaiki selama 1 jam sahaja pergi dan balik secara keselurhan. Track atau jarak perjalanan adalah bermula daripada Phuket Paradise sendiri sehingga Big Buddha.

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Ini juga pengalaman pertama aku menaiki ATV (all-terrain vehicle) dan bagi aku ianya sangat menyeronokkan. Pemanduan sama seperti motosikal tetapi berbeza cara menekan minyak. Motor perlu dipulas pedal tetapi ATV perlu tekan butang untuk bergerak. Ianya tiada gear ok.


Pengalaman Menaiki ATV


Perjalanan melalui beberapa kawasan seperti turun curam, naik bukit, jalan berlobang, jalan tar, jalan berair dan sebagainya. Bagi aku sebagai pemula, agak mencabar dan pada awalnya sedikit kekok untuk mengawal handle kerana ianya 4 tayar dan bukannya 2 tayar seperti motosikal. Anda kene ingat, pemanduannya sedikit berbeza.

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Dalam perjalanan, korang akan lalui 1 kawasan Elephant Santuary, sangat hebat pemandangannya. Banyak gajah disini korang dapat lihat. Disini juga disediakan perkhidmatan naik gaha, tapi please jangan naik gajah kerana ianya seperti suatu penyeksaan kepada mereka. Akhirnya lebih 30 minit sampai di Big Buddha, bergambar dan pulang mengikut jalan yang sama.

Pengalaman Menaiki ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline

Pengalaman menaiki ATV di Phuket Paradise tidak boleh dilupakan. Jika diberi kesempatan, aku nak naik lagi. Kalau sponser la, sebab ini dekat RM150 juga sekali naikkan. Mungkin boleh cuba di Malaysia untuk merasai pengalaman menaiki ATV.

Kongsikan Artikel Ini

7 comments

  1. Wow. seronoknya. teringin jugak nak cuba naik atv. in shaa Allah satu hari nnti :)

    ReplyDelete
  2. bestnyaa. naik atv ni one of my wishlist.

    ReplyDelete
  3. aku pon tak pernah naek ATV ni. Nak gak cube sekali sekala. Tp nak tunggu orang sponser gak lah... hahaha

    ReplyDelete
  4. kat malaysia murah sikit..saya naik yang dekat janda baik tak sampai pon 150..then berbaloi hampir 2 jam lebih pergi balik

    ReplyDelete
  5. nampak seronok tapi mama tak penah naik atv lagi

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat naik atv..
    x pernah naik.. x penah juga pi Thailand huhu~
    Hopefully ada rezeki pi sana

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done