Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Saturday, 9 November 2019

Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan

Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan

Ada yang menghantar pertanyaan kepada aku, yang tanyakan tentang blog aku berkaitan template dan domain apa yang digunakan. Jaranglah dapat pujian berkaitan blog ni. haha Jadi entry ni aku kongsikan sedikit berkaitan apa template yang aku gunakan dan syarikat mana aku daftar domain sendiri ini.


Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, template terkandung 2 jenis iaitu template percuma dan juga template premium yang perlu sedikit bayaran. Terdapat banyak jenis template dan yang penting anda pilih template yang betul untuk blog anda bagi mengelakkan berlaku apa-apa perkara yang merosakkan prestasi blog anda.

Baca Juga : Kesan Daripada Tukar Template Blogger

Manakala bagi domain pula, juga terdapat banyak syarikat yang menyediakan khidmat domain ini sepertinya Domain Kognitif, Domain Plus, Exabytes Domain, DataKL dan banyak lagi. Tapi apa itu domain? Domain ini adalah unik nama bagi sesebuah website. Untuk blog ini, domain nya adalah aimanabdullah.com dan jika anda menggunakan blogspot.com itu juga domain tetapi ianya domain percuma yang disediakan oleh Google. Domain yang diberi nama .com atau .my ianya disediakan oleh beberapa syarikat yang disenaraikan di atas dan perlu kepada pembayaran.


Jadi disini, aku kongsikan template apa aku guna dan syarikat mana yang aku daftarkan domain aimanabdulla.com

Jenis Template


Bagi blog aku ini, aku telah membuat keputusan untuk pertama kali aku gunakan template premium yang anda perlu membuat pembayaran sekali seumur hidup. Aku gunakan template bernama Asal SEO daripada pengeluar idntheme. Ianya juga menyediakan versi percuma. Anda boleh cuba


Banyak kelebihan yang aku dapat daripada template Asal SEO ini dan paling menarik adalah, aku terima 5 contoh template premium daripada idntheme. Tapi aku guna 1 sahaja. Selain itu, anda boleh minta bantuan daripada pengeluar template ini. Jadi jika terdapa sebarang masalah, mereka akan membantu untuk selesaikan masalah anda. Pengeluarnya daripada Indonesia, jadi mudah untuk anda berkomunikasi.

Dengan harga USD7.69 sahaja anda dapat semuanya. Template responsive bagi versi desktop dan mobile. Disediakan widget dan ruang bagi anda meletakkan Adsense dengan mudah. Dilengkapi dengan recent post slider dan pelbagai lagi. Anda jangan risau, disediakan documentation untuk anda setup template ini sehingga berjaya. Mudah sahaja. Jika anda berminat anda boleh template Asal SEO dengan menggunakan PayPal.


Daftar Domain


Manakala bagi domain aku pula, aku daftar di syarikat DataKL Solutions Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Disini bukan sahaja disediakan pendaftaran domain tetapi ada juga hosting. Jadi untuk blog ni aku hanya gunakan hosting daripada google iaitu Blogger atau Blogspot. Tak perlu nak beli hosting.


Selain .com juga ada .my, .gov, .com.my dan pelbagai lagi. Pastinya setiap domain mempunyai harga yang berbeza. Yang best bila menggunakan domain daripada DataKL adalah, walaupun anda tidak pandai set up domain buat pertama kali, mereka akan membantu anda secara percuma. Anda juga boleh tanyakan sebarang masalah berkaitan domain terus melalui email. Yang pastinya harganya juga berpatutan iaitu RM53 per tahun. Jadi RM4.4 la sebulan. Berbaloi kan ada domain sendiri. Anda boleh dapatkan nama profesional dengan domain sendiri daripada DataKL.

Kesimpulan


Untuk yang mereka serius akan dunia blog ini, pemilihan template dan penggunaan domain sangat lah penting. Sedikit sebanyak memberikan pretasi blog anda kepada tahap yang lebih baik. Carilah template dan domain yang sesuai dengan blog anda.

Kongsikan Artikel Ini

5 comments

  1. terbaiklah! pelaburan untuk blog! :)

    ReplyDelete
  2. Tul tu. Jgn kedekut nak beli domain sendiri kan?

    ReplyDelete
  3. Domain tu tanda serius berblog..

    ReplyDelete
  4. saya guna templet percuma saje sebab bukan aktif dan serius dlm blogging.. anyway nice sharing

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done