Macam Tu Je Rasa Mushroom Cheese Melt Beef Burger McDonalds?

Mushroom Cheese Melt Beef Burger

McDonalds kembali lagi dengan siri menu burger baru dan kali ini memperkenalkan Mushroom Cheese Melt Beef Burger. Menu ini baru sahaja diperkenalkan pada orang ramai bermula awal November 2019 yang lepas. Adakah ianya menepati cita rasa rakyat Malaysia? Aku sudah rasanya, tapi...

Kalau pada Oktober lepas, McDonalds telah memperkenalkan variasi burger iaitu Sweet Chilli Fish Burger yang bagi aku rasanya tidaklah mengecewakan dan juga tidaklah terlalu padu. Rasanya biasa sahaja. Kali ni datang lagi dengan menu burger dengan cairan mushroom cheese dan dicampur dengan daging burger daripada McDonalds.

Selain daripada burger, McD juga memperkenalkan semula perisa McFlurry yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu Nestum Mcflurry. Turning point bagi aku.


Anda boleh terus baca review di bawah, sedap ke tidak menu baru McDonalds kali ni?

Review Mushroom Cheese Melt Beef Burger


Menu Mushroom Cheese Melt Beef Burger ini boleh didapati di semua outlet McDonalds seluruh Malaysia. Mereka telahpun mula menjualnya. Anda boleh dapatkan harga set iaitu dengan burger, french fries dan juga minuman bergas dengan harga RM15.99. 

Tetapi jika anda menggunakan aplikasi McDonalds, anda boleh dapatkan tambahan Nestum McFlurry dengan harga RM17.50 sahaja. Burger + Fries + Air Minuman + Nestum McFLurry.

Mushroom Cheese Melt Beef Burger

Sejujurnya, burger baru ini juga tidak terdapat faktor yang mengkagumkan bagi aku. Ianya sama seperti cheese burger McD tetapi ditambah dengan mushroom cheese melt. Rasa mushroom melt bukanlah seperti rasa mushroom sup, ianya seperti masin tawar sedikit. Ianya seakan lebih rasa keju tersebut berbanding mushroom.


Sos mushroom juga diberi dalam kuantiti yang agak sedikit, sampai nak kene selak salad baru jumpa mushroomnya. Aku tak pasti dengan outlet lain, tapi outlet 'sini' agak sedikit diberi. Agak kecewa disitu. Bun dan beef yang disediakan cukup baik. Ditabur dengan biji bijan dan daging juga rasa sedap.

Mushroom Cheese Melt Beef Burger

Tetapi Nestum McFlurry sangat best. Ianya campuran aiskrim vanila, cairan coklat dan nestum. Bila anda makan, anda akan makan sekali dengan Nestum. Ini yang memberi rasa Mcflurry itu lebih sedap. Walapun campuran yang simple tetapi membuatkan aku suka. Ini pertama kali aku rasa walaupun ianya pernah dikeluarkan sebelum ini.

Mushroom Cheese Melt Beef Burger

Jadi jika diberi peluang sekali lagi untuk cuba Mushroom Cheese Melt Beef Burger ini, aku takkan cuba lagi disebabkan rasanya yang biasa dan juga harga yang tidak sesuai untuk mencuba lagi. Tapi untuk Nestum McFlurry, aku akan beli lagi dengan harga RM5.99 sahaja.

4/Post a Comment/Comments

  1. Tengok entri pada waktu pagi sebegini akan membuat perut berbunyi hehe

    ReplyDelete
  2. semalam ternampak kt fb kwn akak, pun macamtu jugak, tak nampak pun mushroom nya, lepas tu dia letak sejemput je kat belah tengah hehehe... tak macam gambar iklan meleleh2 mushroom nya

    ReplyDelete
  3. belum cuba lagi, baca review aiman mcam nak mengajak suami p cari malam ni. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post