Sejarah Pekan Sehari Temerloh - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Sunday, 24 November 2019

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Pekan Sehari Temerloh
Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Kalau tanya orang Temerloh, pastinya akan mengenali Pekan Sari Temerloh. Ianya diadakah setiap hari ahad daripada pagi sehingga tengah hari. Disinilah anda boleh dapatkan pelbagai benda, makanan, sayur, pakaian, minuman dan banyak lagi. Senang cerita, di Pekan Sari Temerloh ni, semua ada. Cakap sahaja.

Pekan Sari Temerloh pada dahulunya tetapi kini dieja dengan Pekan Sehari Temerloh tetapi masih disebut dengan sebutan Pekan Sari sehingga kini 2020. Tempat ini menjadi pusat tumpuan setiap minggu bagi semua golongan baik kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan warga tua. Semua berkumpul disini.


Sekarang di sini telah disiapkan tanda peringatan dimana bermulanya tapak perniagaan Pekan Sehari Temerloh selepas beberapa minggu diperbuat. Tanda yang dibuat agak menarik dan pastinya boleh menarik lagi pelacong luar dan juga penduduk daerah Temerloh dan sekitarnya.

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Awal Pekan Sehari Temerloh


Nama Temerloh berasal daripada loghat Reagan iaitu 'mereloh' iaitu bermaksud Tidur. Pekan ini dijadikan sebagai transit atau perhentian orang berdagang atau orang yang merantau di tanah Pahang suatu masa dahulu. 'Temerloh' bermakna tertidur. Seringkali orang yang berhenti rehat di pekan ini di zaman dahulu akan tertidur atau berhenti rehat. Jadi dari situlah 'Temerloh' ini diberi nama yang sehingga kini berkembang pesat menjadi sebuah daerah dan bandar yang katanya kedua terbesar di Pahang selepas ibu negeri, Kuantan.


Sekitar tahun 1800an, dipercayai aktiviti perniagaan bermula dengan kehadiran dan ketibaan orang Kampar. Kemajuan pusat perniagaan ini sebagai pusat perniagaan termaju di pedalaman semenanjung sehingga matawang sendiri dikeluarkan ketika itu dengan dinamakan nukud semantan. 

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Pekan Sehari Temerloh dipercayi telah berusia lebih 250 tahun iaitu bermula selepas ketibaan orang Kampar yang disebut sebelum ini. Ianya merupakan sebuah pasar mingguan dengan menjual pelbagai barangan sekali gus menjadi pusat tumpuan bagi penduduk Temerloh dan sekitarnya.

Sehingga kini, Pekan Sehari Temerloh ini masih pekan sehari yang terpanjang dan terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur. Ianya terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lurah Semantan iaitu berhampiran tepi Sungai Pahang dan tebing Kuala Sungai Semantan, Temerloh. Tambahan pula ianya juga berstatus antara pekan sehari yang tertua di Malaysia yang masih bertahan sehingga hari ini.


Pada sekitar tahun 1960an, Pekan Sehari Temerloh ini telah diberi jolokan oleh para pemuda dan pemudi di daerah Temerloh sebagai 'Gesel Street'. Ini kerana terdapatnya ramai orang di tempat tersebut sehingga ketika anda berjalan, anda akan bergesel bahu dengan orang lain. Kepada yang nak datang Temerloh, Pekan Sehari adalah salah satu tempat wajib datang di sini.



Sejarah Pekan Sehari Temerloh

Sejarah Pekan Sehari Temerloh
sumber bobtahar

Semoga Pekan Sehari Temerloh ini dijaga dengan baik supaya generasi akan datang juga boleh nikmati dan merasai suasana di tempat ini. Mungkin Shopping Mall seperti cendawan tumbah selepas hujan tetapi warisan ini jangan dilupakan. Inilah serba sedikit sejarah Pekan Sehari Temerloh


sumber : negeripahang.com

Kongsikan Artikel Ini

4 comments

  1. Yg bestnya tapak pasar ni adalah tapak bazar ramadan yg pling pnjng di smnnjung...mcm2 ada

    ReplyDelete
  2. menariknya, dah lama rupanya pasar sehari ni ya, akak suka betul kalau ke sini... rasa semua nk beli... hahhaha

    ReplyDelete
  3. bila tengok gambar lama kat atas tu, terbayang cerita Pendekar Bujang Lapok yang dorang meniaga kat penambang tu.. hee~ btw !! bagus entri sejarah macam ni.. kakak suka !!

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done