Youtube Premium Dan Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia

Youtube Premium Dan Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia

Pada beberapa minggu yang lepas, pihak Youtube telah mengumumkan dimana bagi pengguna Malaysia, kini anda boleh melanggan Youtube Premium dan juga Youtube Music. Ini kerana, ianya telah memasuki pasaran Malaysia sama seperti perkhidmatan penstreaman yang lain. Jadi apa itu Youtube Premium dan Youtube Music ini?

Kedua-dua perkhidmatan ini adalah dibawah bumbung yang sama iaitu syarikat Youtube. Youtube Premium adalah seperti Youtube yang biasa kita gunakan sama ada secara web dan juga aplikasi telefon tetapi ianya betul-betul tanpa iklan dan juga terkandung Youtube Original iaitu Series atau Movies khas dikeluarkan untuk Youtube. Erti kata lain, Youtube Premium ini adalah pesain daripada Netflix, iFlix dan sebagainya.


Manakala Youtube Music adalah pesaing untuk Spotify, Apple Music, Joox dan sebagainya. Ianya menyediakan perkhidmatan penstreaman music kepada semua pengguna. Jadi jika ianya sama fungsi, tapi pasti ada kelebihan tersendiri yang dikeluarkan oleh Youtube. Jom baca lagi.

Kelebihan Youtube Premium dan Youtube Music


#1- Youtube Premium

Jika anda melanggan Netlfix sebagai contoh, anda akan dapat menonton kesemua video yang terkandung di dalamnya (kandungan ekslusif dipanggil Netflix Original) secara percuma tanpa iklan. Tetapi jika anda langgan Youtube Premium, anda dapat 3 perkara iaitu :

  • Kandungan eksklusif daripada Youtube (drama, series, filem) dipanggil Youtube Original juga tanpa iklan
  • Anda dapat menonton kandungan video Youtube tanpa sebarang iklan yang ditampilkan. Jadi, pada permulaan video tu, anda takda lah nak tunggu 30 saat untuk tengok iklan.
  • Anda boleh menontong video Youtube sekali pun anda menutup aplikasi Youtube tersebut. Anda boleh taip mesej, main twitter sambil tengok video Youtube. Menarik kan
  • Juga diberi kebenaran untuk download tanpa had

#2 - Youtube Music

Youtube Music juga ada kelebihan berbanding dengan Spotify, Apple Music yang lain. Antara yang menariknya adalah :

  • Anda boleh mendengar lagu tanpa sekatan iklan. Ya sama juga seperti music streaming yang lain
  • Paling best adalah, anda boleh stream semua lagu yang ada di dalam Youtube bersama dengan lirik lagunya sekali. Jadi semua cover lagu yang ada dalam youtube pun anda boleh dengar. Di Spotify anda boleh dengar lagu rasmi sahaja kan. Menarik gila!
  • Anda juga boleh download lagu jika ingin mendengarnya ketika tiada capaian Internet

Anda juga boleh akses Youtube Premium di www.youtube.com dan juga Youtube Music di music.youtube.com

Cara Melanggan Youtube Premium Dan Youtube Music


Youtube Premium

Untuk permulaan, jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkan Youtube Premium sebulan secara percuma. Disini anda boleh akses kesemua ciri yang disebutkan yang ada didalam Youtube Premium dan Youtube Music. 


Anda boleh membuatnya menggunakan telefon pintar sahaja. Caranya adalah seperti berikut :

  1.  Masuk aplikasi Youtube > daftar gmail jika belum di bahagian Accout. Kemudian pilih Get Youtube Premium

  2.  Kemudian akan diberi pilih untuk mencuba selama sebulan. Tekan TRY IT FREE

Youtube Premium Dan Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia

  3.  Disini anda wajib masukkan maklumat kad debit/kredit anda. Macam aku, aku gunakan Kad BigPay je. Disini anda akan dikenekan caj RM1, tetapi dalam beberapa jam ianya akan dipulangkan kembali. Jadinya betul-betul PERCUMA

Baca Juga : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

  4.  Langkah seterusnya anda perlu ikut sahaja arahan sehingga jumpa LET'S GO

  5.  Kini anda sudah boleh menggunakan Youtube Premium dan juga Youtube Music selama sebulan secara percuma. Aplikasi Youtube anda akan memaparkan logo Youtube Premium jika ianya sudah berjaya.

Youtube Premium Dan Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia


Youtube Music

Jika anda sudah melanggan Youtube Premium, secara automatik, anda juga boleh menggunakan Youtube Music. Anda hanya perlu Sign In sahaja menggunakan gmail yang sama seperti di Youtube Premium sebentar tadi.

Youtube Premium Dan Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan Di Malaysia

Yuran Langganan


Jika tempoh percubaan selama sebulan sudah tamat dan anda berminat untuk melanggan Youtube Premium dan Youtube Music. Yuran bulanan yang dikenakan adalah :


Youtube Premium + Youtube Music

  • RM17.90/bulan bagi (1) satu peranti
  • RM26.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family)
Youtube Music

Anda juga boleh menggunakan Youtube Music secara percuma tetapi cirinya terhad dan sudah pastinya ada iklan.
  • RM14.90/bulan bagi (1) satu peranti
  • RM22.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family) 

Jika dilihat daripada yuran langganan ini, dengan bayaran RM17.90/bulan anda akan dapat akses 2 aplikasi terus iaitu Youtube Premium dan Youtube Music. Sudah pastinya, ini adalah pilihan yang paling berbaloi antara yang lain. Anda boleh tengok video dan anda juga boleh dengar music.

Kalau anda berminat, anda boleh langgan sekarang sama ada akaun Yotube Premium ataupun Youtube Music.

5/Post a Comment/Comments

  1. youtube memang banyak iklan sekarang tapi nak langgan yg premium pun sayang nak keluarkan duit..hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing...selalu jg promo youtube premium ni keluar masa nonton movie..

    ReplyDelete
  3. Nak beli semata-mata tak nak iklan tu,, kesian la kat youtuber. Haha

    ReplyDelete
  4. tak sure sama ada berbaloi atau tak youtube premium dgn youtube music ni.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu semua ni. Thanks bagi info terbaru tentang youtube...
    Btw, jangan lupa follow Jovie di blog :
    Https://jovie1995@blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post