Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online Dan Cara Buat Tuntutan Terbaru 2024

Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Dan Proses Tuntutan

Kini tahun 2024, anda tidak lagi perlu ke kaunter Jabatan Akauntan Negeri bagi membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD).

Ini kerana anda sudah boleh membuat semakan WTD secara online sahaja di laman web egumis.anm.gov.my. Pastinya lebih banyak masa dijimatkan dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System telah dilancarkan bagi menyediakan platform semakan Wang Tak Dituntut (WTS) secara online segali gus mempercepatkan proses tersebut. Sistem ini boleh diakses terus daripada portal rasmi JANM.

BACA JUGA : Cara Daftar e-Wallet Untuk Tebus RM30 Daripada Kerajaan Melalui Program eTunai Rakyat

Ikuti cara buat semakan WTD secara online dan juga proses tuntutan dan bayaran balik

Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

Caranya sangat mudah, tapi mungkin buat masa ini server agak perlahan. Tetapi anda boleh cubanya bila-bila masa sahaja.

  1. Klik pautan egumis.anm.gov.my
  2. Klik Pendaftaran
  3. Isi butiran peribadi seperti nama, alamant, no kad pengenalan, no telefon dan sebagainya
  4. Tekan selesai

Kemudian anda akan dibawah ke pautan Semakan

  1. Isi nombor kad pengenalan
  2. Akan keluar jumlah duit yang ada di dalam mana-mana akau bank atas penama dan no kad pengenalan tersebut.

Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Dan Proses Tuntutan

Proses Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

Jika anda sudah berpuashati dengan nilai dalam permohonan WTD ini anda boleh dapatkan maklumat seterusnya berkaitan permohonan tuntutan pula.

Kemudian anda boleh pilih manakah kategori yang anda boleh guna pakai seperti

  • Tuntutan oleh individu
  • Tuntutan oleh bukan individu (syarikah/Firma)
  • Tuntutan oleh 'Liquidator'

Pastikan anda sediakan dokumen yang diminta seperti di dalam garis panduan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) mengikut kategori tersebut (cth: tuntutan oleh individu):

  1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
  3. Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
  4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
  5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan secara pos atau melalui kaunter seperti di alamat berikut:

Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430
Laman web: www.anm.gov.my

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post